Salmah Mat Husain
Wed | May 21, 08 | 6:28:25 pm MYT
KOTA BHARU, 21 Mei (Hrkh) � Sudah menjadi cita-cita setiap parti politik di dunia ini mahu mentadbir kerajaan di peringkat persekutuan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat atau negara lain.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak ada sebuah parti politik pun yang hanya ingin memerintah atau mentadbir di peringkat kampung saja.
�Mana ada macam itu.. begitu juga dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk mentadbir peringkat pusat,� katanya kepada pemberita menerima kunjung hormat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus Khairuddin di pejabatnya hari ini.
Hadir sama Bendahari Angkatan Muda KeADILan Pusat, Zamakhsari Ibrahim, ketua-ketua bahagian KeADIlan di Kelantan.
Ahad lepas rombongan kerajaan negeri Perak yang diketuai Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut mengunjungi Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Darulnaim.
Sebelum ini Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan perubahan kepemimpin kerajaan Persekutuan berlaku selewat-lewatnya 16 September depan.
Pakatan Rakyat memerlukan 30 lagi anggota parlimen bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk. Sekarang Barisan Nasional (BN) menguasai 140 kerusi dan Pakatan Rakyat - 82 kerusi.
Sekiranya 30 anggota parlimen menyertai Pakatan Rakyat bermakna jumlah kerusi di parlimen meningkat kepada 112, sebaliknya BN akan susut menjadi 110.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkeyakinan dalam situasi sekarang Pakatan Rakyat semakin hampir dapat mengambil alih pentadbiran negara.
�Hal ini berlaku memandangkan Umno telah hilang halatuju perjuangan sebenar. Tindakan itu menyebabkan masyarakat semakin sedar Umno gagal kerana mengasingkan agama dan politik dalam pentadbirannya.
�Kerana itu kita nak ambil alih pucuk pimpinan negara mengikut ajaran Islam sebenar dan insya-Allah Pakatan Rakyat akan mengambil alih kuasa apabila tiba waktunya nanti,� ujarnya lagi.
Menurutnya bayangan ke arah itu semakin jelas apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed meninggalkan Umno yang pernah diketuainya.
Beliau juga turut melahirkan rasa kesal di atas tindakan pihak tertentu yang menghantar peluru hidup kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh.
�Perkara itu tidak seharusnya berlaku memandangkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi, sedangkan menggunakan peluru hidup itu hanyalah ajaran Amerika,� katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri sekarang semakin utuh kerana persefahaman di antara tiga parti utama bertambah jitu.
�Walaupun pertemuan di antara kami di sini tidak lama, namun demi untuk permuafakatan yang lebih kuat dalam Pakatan Rakyat ia akan diperkemaskan lagi dalam pertemuan selepas saya pulang dari Makkah nanti.
�Insya-Allah, sama-samalah kita berdoa semoga usaha ini akan berhasil kerana apa yang kita ingin laksanakan ini adalah untuk rakyat di seluruh negara,� tambahnya.
Sementara itu, Fairus berkata, kunjungannya ke Kelantan untuk menziarah mutiara ilmu yang terdapat di negeri ini, hasil usaha yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu.
Katanya, Kelantan telah membuktikan kejayaannya dalam pentadbiran terutama dalam aspek kebajikan dan kesederhanaan kehidupan pemimpinnya.
�Konsep kesederhanaan dan pembangunan insan yang dilaksanakan kerajaan PAS telah diterima masyarakat umum. Tiada ertinya pembangunan pencakar langit sekiranya jiwa manusia itu gersang,� katanya.
Pada akhir April lalu Fairus telah mengadakan lawatan tidak rasmi ke Pejabat Tabung Amanah Tok Kenali dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. - mj
P.s: Pemimpin Pakatan Rakyat semakin yakin menerajui negara, Pemimpin BN khasnya UMNO pulak macam mana? Rasa-rasanya rakyat pun semakin yakin juga..
1 ulasan:
Tak perlulah sayang sangat pada Karpal Singh. Apa sangatlah Peluru itu yang tidak mengena dia pun. Bagaimana pula dengan SEGALA FITNAH yang dilontarkan pada BN selama ini??
FITNAH demi FITNAH, Tian Chua sendiri mengaku tampal gambar altantuya supaya nampak DSN ada hubungan dan rakyat benci pada DSN??
Bukankan Fitnah itu lebih dasyat dari membunuh???
Nauzubillahiminzalik, harap PAKATAN MERAPU tak ambil alih kerajaan Malaysia. Semoga ALlah Selamatkan Malaysia!!
Catat Ulasan