Isnin, Jun 16, 2008

Rebet subsidi - antara marah dan senyum


Seramai 300,000 pemilik kenderaan dan sebanyak RM 144 juta jumlah rebet yang telah dituntut di pejabat pos sepanjang 2 hari lalu.

Saya percaya ramai yang tersenyum semasa mengambil rebet tersebut termasuklah ahli dan penyokong pembangkang. Walaupun tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak tetapi dengan pemulangan rebet subsidi ini tetap diambil oleh mereka. Kepada pemilik kenderaan yang layak pula rebet subsidi ini sedikit sebanyak sangat melegakan mereka. Khasnya mereka yang mempunyai lebih dari sebuah kereta ataupun motorsikal lagilah banyak rebet subsidi yang mereka terima.. Kalau 3 buah kereta, jumlah rebet ialah sebanyak RM 1,875. Mungkin kereta yang digunakan seharian hanya sebuah sahaja.. Banyak tu...

Bersyukur sahajalah... sebagaimana kata YB Shahrir, ketika ini kaeadah rebet adalah penyelesaian terbaik.. Jadi kita sokonglah yang baik..

Day 1 : 239,414 claims RM116.734 million
Day 2 : 59,154 claims RM 27.6 million
Total : 298,568 claims RM144.334 million

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda