Pemuda PAS Kubang Kerian semalam membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang disifatkan sebagai berunsur rasuah. Ini berikutan kenyataan bekas Menteri Besar Perak menawarkan jawatan Menteri Besar jika Umno Perak bergabung dengan PAS bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh.
Sebenarnya tindakan oleh UMNO ini telah dibuat oleh DAP dan PKR sebelum ini iaitu menjadikan wakil PAS sebagai Menteri Besar.
Hakikatnya jika PKR dan DAP sahaja bergabung dalam membentuk kerajaan negeri Perak kerusi kedua-dua parti ini masih tidak mencukupi melainkan PAS berada di dalam pakatan mereka.
Tidak boleh tidak jika DAP dan PKR hendak berkuasa maka mereka pun menawarkan kerusi Menteri Besar kepada PAS.
Jika diikut logik, tidak mungkin parti yang memiliki kerusi DUN paling sedikit patut menjadi menteri besar. Namun itu yang berlaku didalam kerajaan pakatan pembangkang di Perak.
Jadi siapa sebenarnya yang rasuah? jika ianya dipanggil rasuahlah!.
Bagi seluruh orang Melayu penawaran Bekas Menteri Besar itu ada asasnya. Bagaimana dilihat pentadbiran kerajaan negeri sekarang ini sangat merugikan orang Melayu seperti isu cadangan memberi hak tanah kekal kepada penduduk Kg Baru.
Hakikatnya jika PAS bersama DAP dan PKR pasti agenda untuk membangunkan sosio ekonomi dan politik pasti tidak terlaksana. Agenda untuk orang Melayu dan Islam hanya akan berlaku jika PAS bergabung dengan UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan