Khamis, Februari 19, 2009

Melarang Dr Zambry umpama menafikan kuasa sultan

Siapa lebih tinggi kuasanya, Sultan ke Speaker?

Speaker hari ini telah melarang MB dan exconya dari menghadiri sidang dun negeri perak. Seterusnya Menafikan kuasa pelantikan sultan kepada MB baru. Inilah sikap biadab dan kurang ajar serta menghina sultan perak selaku yang melantik MB.

Jika dlm keadaan mereka dapat kuasa sedikit pun boleh membelakangkan raja, apatah lagi apabila mereka memerintah negara, semua ini adalah contoh dan bukti bahawa raja bagi pakatan rakyat adalah hanya simbol semata-mata tidak mempunyai kuasa yang tidak boleh masuk campur urusan mereka . jika trend dan contoh ini, maka ini adalah lebih dahsyat dari penjajahan inggeris yang pada masa itu masih menghormati raja
sabagai ketua negara.

Inilah bukti penyalahgunaan kuasa oleh pakatan rakyat, menggunakan kuasa secara membabi buta.

8 ulasan:

bungaraya berkata...

Telah sah dan nyata sekali PR adalah sebuah Pakatan yang berusaha untuk memusnahkan adat kebudayaan bangsa melayu yang hanya tinggal sekarat. Habis terhapus dengan budaya melayu baru yang perasan boleh maju bersaing dengan bangsa lain tanpa bimbingan ketuanya lagi. Saya okey saja kerana usiapun sudah lanjut. Masalahnya anak-anak baru yang masih nak merangkak bagaimana? Jangan berharap hanya pada doa dan keyakinan bahawa Allah SWT akan menolong kita, kerana yang pasti Allah tidak akan mengubah nasib kita jika kita tidak berusaha untuk "BERJAGA-JAGA".

TokMudim berkata...

Pariah Punya Tuan Speaker...ingat Dewan bapak dia punya.

Bila nak dighaibkan Tuan Speaker ni. MB Zombie and the gengs dah ada timbalan Speaker yang setia menunggu.

pariah betul. Mr Zombie and the gengs nak buat kerja pun susah..

kifli berkata...

MB haram dan EXCO haram Perak..... masing-masing telah digantung tak bertali oleh Speaker Sivakumar selam 18 bulan dan 12 bulan berkuat kuasa serta merta..... Terkontang-kanting ler kome.....!! Nampak nya.... tak nampak ler muka kome di DUN Perak nanti.... Keluor tadi pun muka masing-masing monyok jer .... Kome jangan diam.... pegi mengadu pada Najib cepat. Tanya dia apa nak buat sekarang......

Pak Lah, komer jangan kacor... biorkan dia. Dia kan dah nak pencen.... Bior dia pencen dengan aman. Tapi betul ke dia nak pencen.... Dengor nyer ramai orang suruh dia stay on sebab dene tak nak bagi dan tak berkenan Najib jadi Perdana Menteri... banyak kontroversi sangat.... Kontroversi yang masih ada tanda soal yang besar dan yang belum ada jawapan pasti..... Kome boleh terima ke dia???
Permainan politik di Perak semakin mengujakan.... Speaker DUN dah tunjuk kuasa dia yang sah mengikut perlembagaan. Kalau tak de kome dalam DUN nanti...... senang ler Pakatan Rakyat nak buat kira-kira macam mana nak ajor kome..... Itu ler... lain kali bior beradap sikit!!! Macam jantan bedebah nak mengendeng bini atau anak dara orang.... nak masuk ikut pintu depan tak upaya ... ,jadi gasak masuk ikut pintu belakang.... Huh, sekarang padan muka.... laki dia atau bapak dia dah belasah kome.... senyap...tak berbunyi....!!!

Huh... ini dengor berita... konon nyer, 2 ekor katak.... sorang betina dan sorang jantan... si Hee dan Yeop Nasa nak letak jawatan.... Pulak dah.... Mampuih UMNO di buat nyer.... Agak nyer tak tahan deme kena tuii.... hari-hari. Libang-libu ati peghut dibuat nyer.... Ater, baguih ler kalo dah sedor..... Sesat di hunjung jalan... balik ke pangkal jalan. Rakyat Perak akan memaafkan kome kalau kome buat rupa itu...

Kita tengok..... UMNO pasti tengah petak kepala... memikirkan apa helah seterusnya. Parti UMNO ni memang parti tong taik.... sebab pemimpin dan pengikut memang jenis manusia yang suka main kotor.... Kali ini.... apa lagi lah taktik kotor yang deme nak pakai untuk memburukkan lagi keadaan di negeri Perak ni.... Tak cukup lagi kah ..... tunggang-langgang negeri Perak ni deme kerjakan.... Lepeh ni entah ler...

Apa pulak ler kesudahan ceriter nyer..... adakah akan ada undi tak percaya di DUN Perak dan DUN dibubarkan bagi membolehkan amanah rakyat dipulangkan semula kepada mereka dan pilihan raya kecil diadakan untuk mereka membuat pilihan semula..... Harap-harap begitu lah hendaknya....

Dengan ada nyer pilihan raya DUN di Perak ini..... kemelut politik yang melanda Perak pasti akan berakhir...... insya Allah!!

kifli berkata...

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bertindak di dalam lingkungan kuasa yang ada padanya apabila beliau menghalang Menteri Besar Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco dari menghadiri sidang dewan undangan negeri akan datang, demikian kata seorang pakar undang-undang hari ini berhubung dengan langkah terbaru ekoran krisis perlembagaan di Perak.

Abdul Aziz Bari, seorang professor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa berkata kuasa Speaker adalah luas di dalam hal-hal yang melibatkan peraturan dewan.

“Ia termasuklah memuktamadkan pentafsiran sebarang peruntukan di dalam Perintah Tetap -peraturan yang digunakan untuk mengawal perjalanan dewan,” tambahnya.

Peguam veteran, Karpal Singh, menyetujuinya.

Karpal, yang juga Pengerusi DAP, menyatakan meskipun V Sivakumar adalah seorang Speaker yang baru, beliau mempunyai kuasa untuk betindak sepertimana yang telah dilakukan hari ini.

Sivakumar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Prof Abdul Aziz menyatakan di peringkat persekutuan juga, Speaker Dewan Rakyat telah banyak melakukan beberapa “keputusan yang tidak logik dan kabur — contohnya di dalam menolak usul dan menggantung ahli parlimen”.

“Sekerang masanya BN merasai hal yang sama,” tegasnya.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan bahawa beliau masih seorang menteri besar Perak yang sah kerana beliau belum meletakkan jawatannya atau diberikan undi tidak percaya oleh majoriti ahli dewan undangan negeri.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan Isnin ini bagi sebutan untuk mempertimbangkan tiga isu yang dibangkitkan pada hari pertama prosiding undang-undang yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Abdul Aziz menyatakan Nizar mempunyai hak untuk melakukan tuntutan di mahkamah erdasarkan “kesahihan kerajaan BN yang dipimpin dubious position of Zambry”.

Beliau menambah kerajaan negeri “bergantung kedudukannya” kepada sokongan majoriti di dalam dewan undangan negeri.

“Ini masalahnya kerana kita tak pasti samada Zambry faham ataupun tidak,” kata Prof Abd Aziz lagi.

Hal yang sama juga telah disuarakan oleh seorang peguam, Asmuni Awi.

Zambry seperti yang dipetik dari Berita Harian bagaimanapun menegaskan jawatankuasa dipengerusikan Speaker DUN dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar, membuat keputusan itu tanpa mengendahkan kuasa Sultan Perak yang memperkenankan pelantikannya sebagai Menteri Besar dan barisan Exco berkenaan.

Beliau berkata, tindakan jawatankuasa itu juga subjudis kerana isu pelantikannya sebagai Menteri Besar sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh bekas Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ramai pengamal undang-undang menolak kenyataan Zambry itu kerana tindakan Sultan Perak yang memperkenankan perlantikannya sebagai Menteri Besar adalah stau hal yang berbeza. Keseluruhan cara bagaimana BN mendapat kuasa dan perlantikan Menteri Besar dan barisan exco oleh Sultan Perak adalah jelas tidak mengikuti Perlembagaan, justeru itu ia tidak mempunyai sebarang penguatkuasaan undang-undang.

"Peruntukan undang-undang ialah Sultan hanya boleh memanggil parti yang difikirkan telah memperolehi suara majoriti rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan. Apa yang berlaku di Perak ternyata konspirasi pihak tertentu terutama Najib selaku Timbalan Perdana Menteri yang mengatur strategi untuk merampas kuasa dan Sultan memperkenannya disamping menolak permohonan Menteri Besar yang sah untuk membubarkan dewan undangan negeri supaya memboleh satu pilihanraya diadakan semula," tegas pengamal undang-undang tersebut.

"Soal subjudis terhadap pelantikannya sebagai Menteri Besar sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh bekas Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga adalah hal yang berbeza. Itu adalah tindakan Nizar untuk mendapatkan haknya yang tidak ada kena-mengena dengan tindakan Speaker berkenaan," tambahnya.

kifli berkata...

KUALA LUMPUR - Sambil menyifatkan tindakan speaker Dewan Undangan negeri (DUN) Perak V. Sivakumar hari ini sebagai kelakar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (foto), berkata speaker itu berkelakuan mempersenda dewan berkenaan. Nazri berkata, seluruh episod itu adalah satu "komidi" kerana keputusan oleh Sivakumar itu "amat tidak masuk akal". Dalam tindakan di luar jangkaan sama sekali itu, Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya dari menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan berkuatkuasa serta merta. Pergolakan terbaru dalam kemelut politik Perak ini tercetus selepas speaker memutuskan bahawa Zambry dan enam exconya telah menghina DUN. "Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu. "Ini benarbenar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod," kata Nazri di lobi parlimen semalam. "Saya rasa untuk menghentikan ini semua, anggotaanggota DUN Barisan Nasional hendaklah ke mahkamah untuk menyelesaikan kebuntuan dan menjelaskan situasi," kata Nazri.

[Kenyataan Nazri ini ternyata beliau memang begitu dangkal dan jahil bab undang-undang. Bila beliau mengatakan tindakan Spekaer DUN Perak V.Sivakumar menggantung MB baru dan exconya semalam sebagai tidak masuk akal. Walhal ia termaktub dalam perlembagaan negara komenwal seperti kata pensyarah undang-undang Prof Dr Aziz Bari pula berkata Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. "Speaker ialah ketua Dewan.pada asasnya," katanya. Katanya sebelum ini terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat. "Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel" katanya. Bahkan kes seperti ini juga berlaku di Dewan Rakyat apabila Speaker menggunakann kuasannya untuk menggantung ahlinya yang didapati melanggar peraturan. Dalam hal Perak, ternyata MB dan Exco baru didapati telah melanggar peraturan iaitu menerima perlantikan diri sebagai MB dan Exco disaat MB serta Exco sedia ada masih memegang jawatan itu. Tambahan pula Nazri harus belajar balik ilmu perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak perihal "Rampasan Kuasa" yang berlaku, sah atau tidak].

kifli berkata...

MENTERI Besar HARAM Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan. Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini. Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undangundang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

“Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini. “Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri,” kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.

Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).

Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada pukul 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini. Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu. - sumber BERNAMA

Mi Sumber berkata...

To Kifli,

Nampaknye kamu ngelejat semacam. Dah tak tentu arah. Sampai pariah sekor tu pun kamu sokong sakan. Si Nuar Berahi tu dah tentulah. Suka main belakang macam yang kamu kata. Oghang Peghak dah sedor. Tak sior lagi nak sokong si pariah dan Nizar gila kuasa tu. Sampai Sultan Perak yang kami sayang pun kamu sanggup derhaka. Lagi satu kamu kata UMNO akan mampuih... Tapi kamu tengok nanti. Ada soghang lagi ADUN PR di Perak yang dah sedor diri. Sedor yang dia salah pilih geng. Katanya tunggu masa nak join UMNO... Nampaknya kamu pun ngelejat le lepaih ni. Macam si Nuar Berahi yang la ni dah ngelejat kene sumpah dek si seipon. Hidup UMNO...

Tanpa Nama berkata...

kuasa sulatan, per kuasa yang sultan ada bro, kuasa rakyat lagi power laaa

Kongsi Link Anda