Rabu, Februari 25, 2009

KEPADA MB SELANGOR - LU PIKIRLAH SENDIRI

Takkan tak faham-faham lagi, kan kes ini masih dalam siasatan, namun isu moral tetap isu moral....

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang gambar bogelnya disebarkan kepada umum baru-baru ini.

Pendirian Sultan Selangor itu dinyatakan kepada Khalid semasa beliau menghadap baginda hari ini untuk mendapat nasihat mengenai kedudukan Elizabeth yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan ekoran kontroversi tersebut.

Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Elizabeth masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik.

Takkan nak pilih pemimpin yang tiada moral... jangan bayangkan Eli Berbogel sudahlah..... lu fikirlah sendiri

Mengenai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak.

Mohamad Ariff berkata kes itu diserahkan kepadanya bukan kerana beliau memintanya tetapi sebagai satu tugasan biasa atau rutinlah.

Memang dah tersebardah sms awal-awal lagi siapa tu Mohamad Ariff Md Yusof, antara kandungan SMS adalah seperti berikut:

Maklumat Penting pasal "HAKIM" yg akan mengadili kes Nizar , Bekas MB Perak
JC Mohamad Ariff Md Yusuf , Hakim yg di tentukan oleh sistem kehakiman kita bg menghakimi kes Mohd Nizar bekas MB Perak, pernah jadi penasihat undang2 Pas, juga sebagai "Pas's Leading Council" (iaitu peguam-pembela utama) dlm kes Petition P'raya Kangar, Perlis, suatu masa tak brapa lama dulu.
*** Lebih mengejutkan, "hakim" ini pernah bertanding dlm PRU 5 tahun lalu sbagai calon PAS di S'gor.
Fikirkan. Apa kah "hakim" sebegini boleh membuat keputusan yang adil bg menghakimi dakwaan seorang bekas MB Pas ? Dan jika diteruskan juga, apakah tidak akan berlaku protes selepas keputusan mahkamah sudah dicapai? Tak kah mungkin huru-hara keselamatan negara kita selepas ini?


Itupun menarik diri setelah dibantah, kalau tidak bagaimana yang dikatakan, rutin kerjalah... kalau dah rutin itu sebelah PAS, maka keputusannya pun rutinlah.. hancus..

Berita lain pula, Zambry Abdul Kadir mengatakan Elaun cuti Exco Perak ditalik balik.

Elaun percutian tahunan sebanyak RM20,000 seorang kepada enam Exco Kerajaan Perak akan ditarik balik untuk digunakan bagi mengatasi masalah rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Katanya, adalah tidak wajar peruntukan sebanyak RM120,000 itu digunakan sebagai elaun percutian dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

"Wang berkenaan sebaliknya digunakan untuk mereka yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Pejabat Daerah Hilir Perak, hari ini.
Zambry juga berkata kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan mesyuarat exco di setiap daerah di negeri itu secara bergilir-gilir bagi membolehkan semua anggota exco memahami lebih mendalam masalah rakyat di peringkat akar umbi.

Tak Rugi pilih BN, kerajaan prihatin macam kata Timbalan pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata: "DAP ingin mengucap tahniah kepada Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Mohd Zin Mohamed) atas usahanya untuk mendeklasifikasi(perjanjian) dan menghapuskan tol di dua plaza dalam dua minggu lalu".

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MB Selangor bukan tak faham,cuma takde telor.Nak perangkap Sultan dan lepas tu boleh blame Sultan.

melayu2020 berkata...

Baca titah sultan tentang sedihnya Duli yang Maha mulia tentang pencerobohan privasi tu. jangan melalut.

melayu2020 berkata...

Nak tulis titah Sultan biar habis,jangan sekerat-sekerat. Orang umno memang suka sekerat-sekerat. Buka tafsir dan hadis pun sekerat sekerat.hahahha

TokMudim berkata...

OOI Kulup Raja Lawak

Kejap cerita lembu Kejab cerita Bogel

Pakatan dah mula serang DR Khir buat tuduhan DR Khir beli rumah kat Mekah guna duit rakyat.....juta-juta


DR Khir kena PC besaran, panggil penyokong dan blogger otak lembu bagi sokongan.

Ni baru syiok memblog

kifli berkata...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur undang-undang dipatuhi. Beliau berkata, selain itu, dalam isu lembu korban yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Sultan tidak mempunyai halangan terhadap usaha sedekah malah menggalakkan segala usaha kebajikan seperti itu diteruskan. "Saya telah memaklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah mematuhi segala proses undang-undang yang telah ditetapkan berhubung penyelenggaraan kereta tersebut. "Dalam isu derma lembu korban pula, Tuanku Sultan malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.

Khalid berkata demikian ketika mengulas hasil majlis menghadap beliau dengan Sultan Selangor semalam di Istana Mestika di sini yang antara lain membincangkan isu dakwaan penyalahgunaan wang rakyat oleh beliau bagi penyelenggaraan kereta persendirian dan 46 ekor lembu korban yang diderma di kawasan Parlimennya di Bandar Tun Razak pada Aidiladha tahun lalu. Khalid berkata, beliau akan menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bagi meminta penjelasan berhubung kenyataan beliau sebelum ini bahawa suruhanjaya itu mempunyai bukti kukuh mengenai kedua-dua dakwaan tersebut. "Dalam pada itu, salah satu proses undang-undang akan dibuat terhadap Pengerusi GERAK atas segala tohmahan salah guna kuasa seperti yang disiarkan media," katanya. Gerak Malaysia sebelum ini membuat aduan kepada SPRM berhubung penyalahgunaan kuasa yang dikatakan dilakukan oleh Khalid.

[Maka kini terbuktilah bahawa orang-orang macam Khir Toyo perlu di sekolahkan semula. Mungkin dek kerana beliau "meraban" akibat menjadi terlalu singkat menjadi Menteri Besar Selangor maka beliau "tidak lena tidur" kerana takut segala rahsia dan fail-fail sulitnya bakal didedahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Justeru itulah sebelum apa-apa berlaku, beliau mengarahkan rakyat negeri itu membuat apa jua laporan polis dan SPRM terhadap pentadbiran Tan Sri Khalid yang dikatakan banyak menyeleweng. Khir Toyo lupa bahawa dirinya hanya "doktor gigi" jika mahu dibandingkan dengan Tan Sri Khalid yang pernah membawa kegemilangan kepada Perbadanan Nasional Berhad dan Guthrie suatu ketika dulu itu. Maka tahniah juga kita ucapkan kepada Tuanku Sultan Selangor yang telah berjaya menjadi raja yang benar-benar adil dan saksama kepada rakyatnya. Bahkan keputusan yang dibuat oleh Tuanku Sultan itu mungkin amat mengecewakan Khir Toyo dan juak-juaknya. Kepada pihak SPRM, diharap agar dapat lebih "profesional" dan tidak "double Standard" dalam melaksanakan segala tugasannya selepas ini nanti]. - bernama

bungaraya berkata...

Memamnglah Tuan Ku Sultan Selangor tidak ada bantahan kepada Sedekah Lembu tersebut dan Pemakaian kereta peribadi itu, tapi hendaklah mengikut kaedah yang dibenarkan tanpa ada niat untuk membuat penyelewengAn dalam keadaan sedar maupun tidak. Perkara itu semua kita pun tidak membuat pembantahan. bantahan yang kita lakukan kerana ia dibuat dalam suasana salah. Tidak mengiktu peraturan dan untuk tujuan peribadi pemimpin. Untuk menutup segala kesalahan berbagai perubahan dan penyembunyian fakta dibuat dalam keadaAn kalang kabut. MB Selangor memang melakukan satu kesalahan.

Sedingin Salju berkata...

Ha? Dap ucap tahniah atas penubuhan SPRM? Ini parti, aku langsung tak percaya dia punya.

TokMudim berkata...

Bungaraya

Ni satu lagi kulup yang perlu disekolahkan semula...salah atau tidak salah biar mahkamah tentukan.....pandai-pandai pulak kulup ni bagi kenyataan '..memang melakukan satu ksalahan..'

Jaga mulut Nanti derhaka...

Sasha2020 berkata...

Pelik lah MB selangor ni..pasal Elizabeth Wong, Bagida Sultan serahkan kepada kebijaksanaan MB sebab tak mahu masuk campur. Baginda kata sebab kes dlm siasatan polis lagi.
Tapi bila pasal rasuah dan salahguna kuasa, dia boleh kata Sultan setuju dgn tindakan dia. Tak ke dia sedar yg kes tu masih dlm siasatan SPRM. Betul ke Sultan cakap macam tu?

bungaraya berkata...

Tok Mudim,
Tajamkah pisau tu,
Aku nak bersunatlah.

Tempe2u berkata...

shasha bkn dlm siasatan sprm lagi . SPRM kate da ader bukti kukuh kalau dlm siasatan maksudnye bukti x cukup.. suruh sprm tu siasat Khir Toyo banyak tu jgn berat sebelah..

Kongsi Link Anda