Khamis, September 11, 2008

16 September - Sedarlah, bangkitlah dan bersatulah wahai Melayu...

Sebenarnya dua 3 hari ini, idea nak menulis tak de sangat. Letih fikir tentang masa depan Melayu ini. Apa nak jadi dengan mereka ni kalau Anwar memerintah nanti. Apa agaknya nasib anak cucu kita nanti. Masihkah ada peluang pendidikan, biasiswa, lesen ,permit dan menganggotai perkhidmatan Awam. Adakah mereka masih mempunyai peluang seperti sekarang ini.

Jika hak keistimewaan orang Melayu dihapuksan ke mana mereka akan pergi walaupun di dalam negara mereka sendiri. Sebagaimana Tun Dr Mahathir kata, ramai golongan muda profesional sendiri yang menolak kontrak sosial, apatah lagi kaum bukan Melayu, setentunya mereka lagi menolak.

Malangnya padangan mereka ini, ialah pandangan mereka yang takbur kerana mereka telah berjaya. Sedangkan ramai lagi anak-anak Melayu yang mesih belum berjaya. Pegangan bumiputera terhadap Ekonomi pun masih jauh ketinggalan lagi.

Dengan Pakatan DAP, PKR dan PAS masa depan Melayu dan Islam mesti akan berkubur ini semua dapat dilihat dari tindakan-tindakan mereka memerintah 5 negeri pakatan rakyat Habis tanah rezab Melau, masjid disamatarafkan dengan kuil dan Hindu, kg orang Melayu pusat ternakan Babi, kemudian minta wang peruntukan untuk aktiviti ibadat bukan Islam. Pusat Institusi Islam seperti masjid, universiti, pejabat agama dan surau boleh diberikan peruntukan kerana Islam termaktub sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Jika tidak kemungkinan surau dan masjid tidak boleh dibina di kampung-kampung dan jadi seperti di Indonesia, terpaksa meminta ehsan dan sedekah untuk membina masjid.

Apatah Lagi kalau negara ini menjadi negara sekular dimana agama langsung tidak boleh dikaitkan dengan pentadbiran kerajaan (memisahkan agama dengan kerajan). Jangan masjid dan surau tidak boleh menerima bajet kerajaan bahkan pejabat agama juga perlu ditutup kerana bertetangan dengan dasar kerajaan Pakatan DAP, PKR dan PAS yang mahukan negara sekular.

Jangankan impian PAS nak laksanakan undang-undang Islam, nak laksanakan syiar Islam pun belum tentu dapat dibuat.

Adakah Melayu dan Islam bersedia untuk menghadapi ini semua.. Sedarlah, bangkitlah dan bersatupadulah wahai Melayu...

1 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Kalo nak fikirkan memang penat bila isu Melayu sering menjadi persoalan dalam negara kita.

Nak buat macam mana kan bangsa ni adalah bangsa yang cukup popular....

Rasanya kalo pun Anwar memerintah, orang Melayu akan dapat juga hak dia tapi tak macam sekarang n mayb gak nak jadi Singapura lah makin susut nilai.... orang Melayu masa tu akan rasa nyesal tak sudah... skang ni tak sedar lagi jadi lantang lah nak jatuhkan semasa Melayu....

Kongsi Link Anda