Ahad, November 09, 2008

MASIH RAMAI SAYANGKAN UMNO

Mesyuarat Bahagian UMNO akan berakhir pada hujung Minggu ini iaitu genap sebulan. Sehingga semalam Pengerusi lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail melaporkan hampir 900 kes aduan politik wang yang diterima.

Dari satu sudut ianya boleh dilihat sebagai sesuatu yang serius, tetapi dari sudut yang lain betapa ahli UMNO mula sedar tentang keburukan poiltik wang dan semakin berani untuk tampil ke hadapan untuk membuat laporan. Bukankah ini satu perkembangan yang baik?. Adakah dahulu disebabkan kurangnya laporan politik wang bermakna tiada politik wang yang berlaku. Sehinggalah zaman Anwar jatuhkan Ghafar Baba ketika mahu menjadi Timbalan Presiden UMNO, adakah pada masa itu politik wang tidak berlaku..

Kini ahli UMNO semakin matang dan berani untuk mengelakkan diri dari terjerumus kehancuran parti yang disayangi iaitu parti UMNO. Jika mereka tidak sayangkan UMNO pastinya gejala politik wang ini akan dibiarkan. Apabila PAS juga melaporkan dakwaan politik wang berlaku di Kota Tinggi bermakna PAS juga sayangkan UMNO... tidak mahu parti keramat UMNO ini terus dihancurkan oleh politik sempit pihak yang mempunyai kepentingan diri.

Akhir sekali syabas kepada ahli UMNO kerana menunjukkan keberanian dan kematangan dan seterus menolak pemimpin yang menggunakan politik wang bagi mendapatkan jawatan...

11 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Salam Bro...

Setuju benar dengan ulasan dan pangan bro ahli UMNO dah semakin matang dalam memperjuangkan erti kepimpinan dalam parti

Aspirasi Bangsa berkata...

yes madam...

bungaraya berkata...

Salam semuslimin kot,
Saya salah seorang yang sangat sayang kepada UMNO.
Nombor keahlian saya ialah 1641.
Saya pernah penjadi perwakilan UMNO dalam Persidangan Agung Di PWTC. Maka saya sangat maklum tentang perjuangan didalam UMNO.
Mungkin lebih kurang saja sepertyi juga Persidangan dalam MCA, MIC, GERAKAN, DAP, PKR, PBS, USNO, BERJAYA, PAS, PPP DAN lain-lain parti lagi. Bahkan jika integriti kalah dik Nafsu, siapa juga pemimpin akan kecundang dan disekelilingnya penuh dengan syaitan yang bermaharajalela.

Ketika ini suara-suara didalam UMNO maupun di luar UMNO sangat risau tentang perlakuan rasuah dalam UMNO. Asal saja disebut melayu, samada dalam kedai kopikah, ketika dalam perahu tengah mengangkap ikan di tukun tiruankah, atau tengah membajak sawahkah, atau dalam situasi apa sekalipun orang melayu menyatakan kerisauan mereka tentang gejala ini.
Yang belum ada kaedah untuk menghindarkannya. Saranan untuk mengindarkannya ada. Tapi kaedahnya masih belum ada. Saya ragu akan kepekersaan BPR maupun AJK Disiplin parti UMNO mampu mengatasi gejala rasuah dalam UMNO.

Aspirasi Bangsa berkata...

Terima Kasih saudara bungaraya.

Sebagaimana tuan, saya pun juga adalah ahli UMNO dan juga memeganag jawatan diperingkat pemuda bahagian.

Kita sebenarnya mengetahui tentang gejala ini, namun akhir sekali kembali kepada ahli dan pemimpin UMNO itu sendiri untuk menilai baik dan buruk. Jika mereka betul-betul sayang kan UMNO, saya percaya mereka akan hindari gejala tersebut.

Namun apa yang kita bimbang ialah terdapat kumpulan didilam UMNO samada pemi,pin mahupun ahli yang mempunyai kepentingan sempit. ini yang akan memusnahkan UMNO.

Namun kita mengharap ahli UMNO stetlah lebih 60 tahun akan semakin matang dan bertindak untuk kepentingan parti, bangsa dan agama.

Tanpa Nama berkata...

selagi tak letakan al-quran sebagai panduan sekali tu hancur UMNO....

Aspirasi Bangsa berkata...

Saudara anynymous

Islam adalah agama yang bersumberkan dari al-Quran dan As-Sunnah dan di dalam perlembagaan UMNO seperti fasal 3, perkara 3.3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

Saya rasa perkataan Islam sudah cukup mencakupi sumber al_quran dan As-Sunnah. ataupun sudara anonyomous Islam itu sumbernya tidak dari al-Quran.

Cakap biar serupa bikin, jangan main hentam je. Tapi jangan cakap sahaja ikut al-quran tapi hari ini lain esok lain, sesuka sahaja menggunakan hukum. Ini yang dilakukan oleh PAS/

kifli berkata...

Jika Tsunami Sarawak ini terus mencengkam, maka sudah pastilah arus perubahan yang bakal dibawa akan terlaksana jua akhirnya. Umum mengetahui bahawa Sarawak menjadi salah satu senjata kemenangan BN dalam setiap kali pilihanraya umum. Agenda "jahat" dilakukan oleh SPR dengan membuat penambahan terlalu banyak kerusi parlimen di Sarawak termasuk juga Sabah. Jika berlandaskan faktor semenanjung, jelas sekali ini bermakna BN sudah tersungkur 8 Mac lalu. Namun, berkat usaha dan kerja kuat SPR yang merupakan parti komponen BN maka perkara ini dinafikan. Inilah sebenarnya menjadi masalah dalam negara demokrasi seperti Malaysia ini. Badan pemantau pilihanraya, bersekongkol dengan puak pemerintah untuk memastikan kuasa terus berada ditangan mereka].
Rakyat sudah tidak sabar untuk menanti perubahan yang bakal dibawa nanti. Biarpun 16 September gagal dilaksanakan, namun keyakinan itu terus tinggi menggunung untuk melihat kerajaan Pakatan Rakyat bakal menjadi kenyataan, sebelum Najib Razak ditabalkan sebagai Presiden UMNO atau pun Perdana Menteri. Jika terlambat, sudah pasti Najib akan menggunakan sepenuh kuasanya yang ada untuk membendung pengaruh Anwar dan juga Pakatan Rakyat. Ada yang membayangkan jika Najib berkuasa, pasti operasi besar-besaran untuk menangkap pemimpin pembangkang bakal dilaksanakan. Bahkan ISA akan terus menjadi bahan ujikaji mereka untuk menghumbankan rakyat tanpa belas kasihan. Justeru itulah ramai yang berharap Pakatan Rakyat dapat mengambil alih kerajaan sebelum Najib berkuasa].
wahai pencacai umno,dah tak lama lagi dah parti engko orang nak ditalkinkan,seluruh makhluk diatas muka bumi tak mau lagi dok hidu najis umno

kifli berkata...

Puak UMNO memang sudah buta matanya, biarpun mereka tahu pemimpin terbabit terlibat dengan berbagai skandal seks dan rasuah, namun mereka tetap memilihnya untuk diangkat sebagai pemimpin. Wan Amizan dipercayai adalah anak didik TPM Najib Razak. Maka kita tidak hairan beliau terus menang bergaya biarpun akhlaknya tidak seberapa. Ini kerana puak-puak UMNO tidak penting semua itu. Janji, mereka diberikan imbuhan untuk memilih calon terbaik. Semoga dengan ini UMNO akan terus berkarat dan akhirnya mereput dalam masa terdekat ini. UMNO sukar untuk memulihkan imej dikalangan rakyat. Rakyat semakin bijak untuk membuat penilaian kini. Maka yakinlah, dengan sikap puak-puak UMNO ini, ianya akan menjurus kepada kehancuran parti itu nanti

kifli berkata...

UM’ plus ‘NO’ equal to beruk

Gejala politik wang sudah sebati dengan Umno! Ini rumusan penganalisis dan pemerhati politik yang mengikuti dengan dekat perkembangan tersebut sejak kebelakangan ini.

Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr Ghazali Mahyudin berkata, gejala politik wang sudah lama berakar umbi dalam Umno dan ia merebak daripada peringkat atasan hingga ke bawah.

“Ia dah berlaku lama. Bila ada bunga-bunganya, ia patut dicantas cepat tapi Umno dulu, masa hal ini (politik wang) berlaku, mereka menutupnya dan akibatnya semakin dapat dilihat pada hari ini. Ia semakin merebak dan sukar dibendung lagi,” katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

“Selain itu, ini juga melibatkan masalah kepimpinan. Walaupun ada pemimpin Umno yang berdegar-degar bercakap politik wang berdosalah, merosakkan maruah bangsa dan sebagainya tetapi tidak semua ahli yang memandang berat cakap-cakap mereka.

Bangsat punya pemimpin UMNO

“Ada sesetengah ahli yang bila pemimpin bercakap demikian, mereka pun kata ‘alah, dia cakap, dia pun buat juga’... itulah yang membimbangkan,” katanya.

BPR dan PDRM bacul, semuanya mengikut telunjuk UMNO. Macam bangkai bernyawa.

Ghazali menambah, gejala yang berleluasa di kalangan ahli Umno ini tidak boleh dipandang mudah kerana golongan ini yang akan menerajui parti dan kemungkinan besar menerajui negara.

Orang UMNO yang berebut nakkan jawatan dalam parti semata-mata untuk merembat khazanah negara. Sialan punya pencacai UMNO kerana mempersundalkan undi mereka dengan mengangkat perasuah sebagai pemimpin mereka.

Justeru katanya, cara yang baik bagi mengekangnya adalah dengan menghapuskan sistem kuota yang menjadi salah satu punca kepada gejala ini terus berlaku.

Ada kuota atau tiada kuota, UMNO telah menjadikan rasuah sebagai

kifli berkata...

UMNO dah sebati dengan rasuah ni….nazak dah susah nak diperbetulkan. Harapkan yg atas tu..lagi tak boleh harap semua bapa2 lanun dan perompak hak rakyat. Kalau perompak Robin Hood tak apa juga tapi perompak ni lain…merompak untuk kesenangan sendiri dan kroni.

Nak hapuskan rasuah dalam umno????
Lupakanlah….apa cara pun tak akan jadi sebab rasuah tu jadi perlembagaan tak bertulis dalam umno.

Biarkanlah umno dengan rasuah-rasuahnya….pedulikanlah dia….parti ni dah hancus dah…

Harapan saya rakyat terbanyak sedar akan keadaan ni….Next PRU katakan tidak kepada BN…

kifli berkata...

Allah, Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi.

Pemuda dan Pemudiku

Dahulu aku hairan.... mengapa Haman sanggup menjadi Menteri kepada Firaun yang mengaku dirinya Tuhan.

Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.

Dahulu aku hairan.... mengapa Qarun yang diberi kekayaan oleh Allah sanggup mendurhakai Tuhan sehingga akhirnya ditelan bumi diri dan hartanya.

Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.

Dahulu aku hairan.... mengapa Qabil membunuh saudaranya Habil kerana merebut seorang wanita yang disukainya walaupun ditegah Tuhan.

Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.

Dahulu aku hairan.... mengapa negara Soviet Union mempunyai seorang mufti walaupun fahaman negara tersebut adalah komunis yang tidak mempercayai adanya Tuhan.

Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.

Dahulu aku hairan.... mengapa Hamid Othman sanggup menjadi penasihat agama kepada Perdana Menteri yang digelar rakyat pada ketika itu sebagai MahaFiraun.

Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.

Dahulu aku hairan.... mengapa pemimpin UMNO mencari berbagai alasan untuk membenarkan perbuatan mereka yang jelas salah dengan menggunakan hujah Al-Quran, bahkan tidak cukup mengimport ulamak dari luar negara untuk menghalalkan perbuatan mereka.

Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.

Dahulu aku hairan.... mengapa Yusof Nor lulusan Phd Tasawuf, boleh bersama UMNO dan menjadi salah seorang pendebat olok-olok untuk mempertahankan UMNO dan juga pakar rujuk untuk mencari jalan membenarkan segala tindak tanduk pemimpin UMNO.

Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.

Dahulu aku hairan.... mengapa Firdaus bekas Imam masjid negara apa boleh masuk UMNO dan bertanding atas tiket BN dan sampai sekarang ketika UMNO barah dengan rasuah masih rela bersama UMNO.

Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.

Oleh itu wahai pemudaku, carilah kebenaran, kenalilah kebenaran.... InsyaAllah kamu tidak akan sesat, tetapi jika kamu hanya mengenali manusia dan topeng yang dipakainya, tetapi tidak mengenali kebenaran aku bimbang kamu akan disesatkan oleh manusia dan topengnya kerana kamu dan aku juga adalah manusia.
fikir fikirkanlah dengan mata hati anugerah ILAHI INSYAALLAH selamat didunia dan akhirat

Kongsi Link Anda