Selasa, Julai 08, 2008

'DAP, Anwar beri wang bonus undi pembangkang'

Oleh Matzidi Dris
mzidi@bharian.com.my

KUCHING: Pengundi, Kho Whai Piaw memberitahu Mahkamah Sesyen II di sini, semalam bahawa tangan kanannya terkehel ketika beliau dalam perjalanan untuk mengemaskini buku akaun simpanan di Bank CIMB, di bandar raya ini, petang Jumaat lalu.

Akibatnya tangan kanan beliau terpaksa beranduh, namun tidak menghalang beliau untuk menghadiri perbicaraan yang disambung hari ini.

"Saya tergelincir dan jatuh menyebabkan tangan kanan saya terkehel," katanya memberitahu hakim Datuk Clement Skinner, sejurus perbicaraan disambung pada jam 9.10 pagi semalam.

Jumaat lalu, beliau diminta Wong Ho Leng, peguam responden Chong Chieng Jen, untuk mengemaskinikan buku akaunnya bagi mengetahui baki wang dalam buku akaun milik beliau, selepas beberapa kali membuat pengeluaran.

Ketika ditanya mengapa beliau kerap membuat pengeluaran selepas menyimpan wang itu, beliau berkata; "Saya mengeluarkan wang itu bukan untuk dibelanja semuanya, tetapi untuk disimpan di dalam beg duit saya dan di rumah."

Beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau tertarik dengan manifesto DAP pada pilihan raya 2008 yang menawarkan RM6,000 kepada orang ramai yang mempunyai pendapatan kurang dan RM6,000.

Wong: Adakah awak tahu dari mana wang bonus itu diperolehi?

Kho: Menurut Manifesto DAP, ia datang dari DAP.

Wong: Bukan dari Chong (Chieng Jen)?

Kho: Tidak, dari DAP dan mungkin juga dari (Datuk Seri) Anwar.

Wong: Maksud awak Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Kho: Ya.

Pada 29 Mei lalu, plaintif mengemukakan petisyen pilihan raya di Mahkamah Sesyen sama bagi membatalkan kemenangan Chong yang juga Setiausaha DAP Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan atas dakwaan dia menggunakan manifesto, risalah, poster dan bahan kempen tidak mengikut peraturan SPR.

Kho diwakili peguam Datuk Mohd Shafie Abdullah.

-----------------------------------------------------------
Kata Rakyat : DAP pun main politik wang.. sebagaimana kata pepatah "paku dulang paku serpih kata orang dia yang lebih"..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda