Popular Today

Jumaat, Januari 02, 2009

Dr Syed Azman lebih layak menjadi calon PAS Kuala Terengganu.

Semua Calon yang disebut-sebut untuk menjadi Calon PAS Kuala Terengganu tidak terpilih... apa telah terjadi?

Calon Nik Aziz - Mat Sabu tidak terpilih

Calon Haji Hadi - Dr Syed Azman tidak terpilih

Dan Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu, Mustafa Ali (cikgu pa) juga tidak terpilih...

Nampaknya pemilihan calon PAS kini mengecewakan banyak pihak samada Mat Sabu dan penyokongnya, Dr Syed Azman dan penyokongnya dan juga Cikgu Pa dengan penyokongnya....

Nampaknya ADUN Wakaf Mempelam sejak lima penggal yang lalu masih dipilih oleh Pemimpin PAS untuk menjadi calon PAS Kuala Terengganu.

Terdapat cakap-cakap kedai Kopi bahawa sebenarnya yang paling layak untuk menjadi calon PAS Kuala Terengganu ialah Dr Syed Azman dan jika beliau bertanding peluang untuk menang semakin besar iaitu 60/40. Namun jika Abdul Wahid pula peluangnya hanya 50/50 kerana pengundi sangat mengenali beliau dan prestasinya..


Ramai juga yang mempersoalkan pemilihan ini, persoalannya jika dengan meletakkan Dr Syed Azman peluang kemenangan semakin besar, jadi kenapa tidak meletakkan beliau? apakah terdapat pihak yang hendak mencantas Dr Azman untuk menjadi pemimpin PAS Kuala Terengganu atau pusat pada masa akan datang?

Dengan ketokohan Dr Syed Azman, pengundi mula mempertikaikan calon PAS ini
.

Namun sesuatu yang PAS terlupa.. apabila terlalu lama menjadi calon... biasanya calon / ADUN tersebut tidak produktif.

Mengikut sumber dan penyokong PAS Wakaf Mempelam sendiri mempertikaikan pemilihan Abdul Wahid Endut berikutan prestasi yang semakin menurun. Beliau kini banyak menerima rungutan oleh rakyat Wakaf Mempelam kerana tidak mesra pengundi. Beliau juga didakwa tidak menghiraukan masalah dan aduan pengundi dalam kawasan dan juga sukar dijumpai oleh pengundi. Selain itu juga Abdul Wahid juga dikatakan suka tidur dalam Dewan Undangan Negeri.

Dengan kata lain, jika pengundi Wakaf Mempelam pun yang telah lima penggal diwakilinya merungut mengenai prestasi ADUN ini apa akan terjadi kepada permasalahan pengundi di Kuala Terengganu pada masa akan datang.

Perkara ini boleh disahkan oleh pengundi kawasan Wakaf Mempelam dan kawasan sekitarnya. Jika pengundi Wakaf Mempelam pun tidak terjaga apatah lagi di kawasan yang lebih besar iaitu di Parlimen Kuala Terengganu.

Seelain itu bagi memastikan kemenangan PAS ini, mereka akan mengharapkan kesetiaan penyokong mereka jika tidak mereka akan tewas. Namun kita mengetahui bahawa pemilihan PAS pusat akan diadakan pada tahun ini (2009). Inilah masanya pihak tertentu membuat percaturan bagi menaikkan atau menghapuskan nama tertentu. Di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu nama Dr Syed Azman telah dikorbankan.

Perlu diingat ialah setiap calon ini mempunyai kekuatan dan pengaruh mereka sendiri, jika mereka berasa kecil hati dan dipinggirkan kemungkinan mereka 'lepas tangan'. Mungkin mereka manafikan tetapi di hati kecil mereka pasti timbul perkara seperti ini.

Rambut sama hitam, hati tiada siapa pun tahu...

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

artikel ini sangat lawak, bodoh, dan memalukan diri sendiri, adakah saudara penduduk wakaf mempelam, kami okay je dengan wahid endut, kami tiada masalah, beliau seorang yang sangat bagus, kalau tidak bagus masakan beliau boleh memegang dun selama 5 penggal.... zaman umno kuat spt dulu pun beliau boleh menang, masakan zaman umno sangat2 lemah...spt sekarang..

peluang kemenangan adalah 70 pas 30 bn, wahid endut sgt dikenali.. sbnrnya beliau mmg lebih layak berbanding dr syed azman, cuma beliau tidak berhasrat dicalonkan..

tetapi pada prk kali ini, beliau diberi penghormatan untuk menunjukkan kekuatan sbnr beliau, percayalah peluang kemenangan PR adalah 70:30..

Tanpa Nama berkata...

sudah lah... tidur je kat Dewan Negeri tu... tak payah lah nak sibuk kat Dewan Negara...

Taminsari berkata...

Kepada Lochoe...kenapa nak terloncat pula..artikel ini tak ada apa-apa..kena dekat batang hidung ke..setakat lima penggal makan gaji buta, lebih baik turun ke laut aje..buat malu Pas aje.. Apakah sumbangan Wahid pada rakyat Kelantan..Takkan tadah " air liur basi " aje di dewan..entahlah..macam cerita si badang pulak..hoi..

bungaraya berkata...

Untuk menjadi Wakil Rakyat PAS, modal yang mereka ada hanyalah bersikap mulia, senyum selalu, berkata manis dan warak dalam ugama. Jika untuk membangunkan Kuala Trengganu serta membangunkan modal insan mesyarakat islam Kuala Trengganu, habuk pun tak ada. Kerajaan PAS langsung tidak memiliki kemampuan untuk menjadikan keinginan mereka satu kenyataan.
Ditambah lagi kekuathiran kita akan Ladang babi dan penghapusan DEB spt yang dilaksanakan di Selangor, dan Pulau Pinang.

Unknown berkata...

Saya tak mahu kata apa di ruangan ini, cuma menasihatkan orang Islam, berilah sokongan kepada parti yang telah sah terbukti membela nasib umat Melayu dan Islam selama ini. Fikirlah...

Kongsi Link Anda