Ahad, Jun 07, 2009

Tingkat Empat PAS

Lepas pemilihan PAS ni banyak aku dengar cerita masalah dalaman PAS.. terkini adalah isu tingkat empat PAS!.. kes UMNO dah selesai dah kini kes PAS pulak..  post ni aku cilok dari penarik beca"
"Berdasarkan kepada pemimpin kali ini seolah-olah pemimpin yang menang bukan keraja kerja yang dilakukan tetapi berdasarkan populariti.

"Kita risau keputusan tadi tamai yang tidak turun ke medan tetapi menang dalam pemilihan. Kita melihat ada di antara dipilih bukan berdasarkan kerja malangnya lagi jika ia dipilih berdasarkan puak-puak" - Perwakilan negeri Pahang, Yusuf Embong (Dari berita Malaysian Insider 7/6/09 bertajuk "Wujudkah ‘chai’ di dalam pemilihan PAS?")
Dengan kemenangan Ustaz Nasharudin Mat Isa, Tingkat Empat PAS sudah mula naik tocang. Mereka mula nak mencaturkan siapa pemegang-pemegang jawatan penting di dalam parti itu.

Antara lain, mereka mahu Ustaz Idris Ahmad menjadi Setiausaha Agung dan Ustaz Nik Amar Nik Abdullah menjadi Ketua Penerangan. Tidak ada masalah siapa pun yang akan dilantik ke jawatan mana pun. Presiden PAS berhak berbuat demikian.

Secara naturalnya, Presiden tentulah akan melantik orang-orang yang boleh berkerja dengannya sambil mengambilkira faktor perpaduan parti. Menurut Perlembagaan PAS, beliau boleh berbuat demikian di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Presiden boleh melantik. Lainlah kalau dipilih oleh muktamar. Beliau terpaksa menerima sesiapa sahaja yang dipilih muktamar walaupun berkali-kali beliau merungut orang itu "tidak membantu".

Tetapi kalau perlantikan pemegang jawatan utama dalam parti dicaturkan oleh penagih-penagih Umno, tidak kira Tingkat Empat atau apa yang digelar Komiti 7, adakah akan berlaku satu lagi fenomena seperti yang melanda Tun Abdullah Ahmad Badawi?

Tahniah kutu cikai yang bernama Datuk Wan Abu Bakar dari Task Force 2010.

4 ulasan:

Parpu Kari berkata...

WAH PAS PUN ADA TINGKAT 4 KE??? HE HE HE

SALAM TUAN, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

YANG GAMBI berkata...

Selagi ada politik, melobi untuk kroni-kroni tetap ada, PAS jangan asyik nak tuduh UMNO je, samalah deme ye......

Aspirasi berkata...

Pas banyak kena cermin muka tu dulu selepas ni... rupanya banyak masalah dalam PAS yang baru diketahui..

Sedingin Salju berkata...

Salah orang Pas. Mereka asyik memandang hina kat orang.

Kongsi Link Anda