Kejayaan Nasharudin Mat Isa mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Pas diharap mampu meneruskan agenda muzakarah UMNO-Pas ke arah membentuk kerjasama antara kedua-dua parti itu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO bersikap terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan Pas.
Malah katanya, pergerakan itu sudah mula membincangkan tentang kemungkinan mengadakan muzakarah dengan Pas sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.
''Mungkin belum sampai ke tahap membentuk pakatan yang rasmi. Diharapkan dengan kemenangan Nasharudin, agenda ini dapat diteruskan," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Himpunan Bakti Remaja yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.
Mengenai percanggahan pendapat di kalangan pemimpin Pas dan parti lain dalam pakatan pembangkang tentang pembentukan kerajaan perpaduan, beliau berkata, ini menunjukkan perpecahan yang ketara di antara mereka berhubung isu berkenaan.
Katanya, ini menunjukkan seolah- olah tiada perbincangan tentang dasar-dasar yang ingin dilaksanakan di kalangan pemimpin pembangkang.
''Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata idea itu mendapat penerimaan daripada pakatan pembangkang.
''Tapi mereka tidak setuju dan timbulkan percanggahan ideologi di kalangan pakatan sampai satu tahap kritikal seolah-olah tiada perbincangan tentang dasar pembangkang," ujarnya.
4 ulasan:
salam..
setelah meneliti situasi sekarang ini maka saya sangat mengharapkan perpaduan Melayu Muslim akan diusahakan oleh semua pihak. ini kerana kekuatan Melayu akan membawa keamanan dan kestabilan untuk semua kaum di Malaysia.
Meskipun tidak disenangi oleh puak yang pernah diusir keluar oleh umno seperti Anwar dan juga Nik Aziz namun Islam perlu bersatu juga tanpa menghiraukan pandangan dua orang manusia yang busuk hati ini..
Masakan tidak busuk hati jika mereka masih menolak perpaduan dan kerjasama antara kerajaan dan pembangkang namun rela bekerjasama dengan parti samseng yang jelas dapat dilihat dalam video tersebut..
usaha saya ini demi perpaduan Melayu dan rakyat Malaysia amnya...
saya cabar penyokong Anwar dan Nik Aziz untuk melihat sendiri video DUN Perak kali ke 12 pada 7 Mei 2009 yang lalu di blog saya di link bawah ini.
Lihatlahh YB DAP PKR begitu samseng sekali termasuk seorang YB 'tersesat' dari PAS bernama Nizar yang begitu kemaruk ingin kembali menjadi MB hingga tidak kisah apa jua cara sekalipun hendak dicapai asal kuasa dapat dikembalikan kepadanya..
Mujurkah YB Pas yang lain di Perak tidak terikut-ikut dengan provokasi murahan geng samseng PR itu.
Jika masih ada di kalangan YB atau rakyat yang tetap menyokong PR selepas melihat kejadian tersebut maka saya kira ia tanda hati mereka sudah terkunci mati dari melihat kebenaran...
apa boleh buat.. Sila lihat di link bawah :
http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/06/edisi-pagi-video-adun-pr-samseng-dan-24.html
Moga Allah menyatukan hati hati kita semua.....
Alahamdulillah
Akhir nya Ust Nasharudin memenangi juga jawatan yang di pertahanakan didlm PAS ini. Semoga dengan itu saya amat berharap agar dapat beliau mencari jalan untuk menyatukan kembali org MELAYU yg memegang Kalimah "ALLAH" dengan pemimpin UMNO yg ada skrg. Sekiranya perkara ini berlaku saya berhrp pemimpin UMNO juga hendaklah ikhlas dalam mencari jalan menyatukan semula org MELAYU tanpa ada agenda tersembunyi. Lakukan ini semua untuk kekuatan umat ISLAM yg majoriti nya berbangsa MELAYU.
Pada hakikatnya MELAYU ni dah hilang banyak perkara : Tanah Melayu dah x ada yg ada MALAYSIA, LLN Tanah Melayu dah jadi TNB, dan lain2 cuma yg tinggal hanya satu saja iaitu KTM ( Keretapi Tanah Melayu ). Jadi berwaspada lah denagn ancaman bangsa asing yg telah hampir berjaya memecahbelahkan perpaduan org MELAYU. Ingatlah akan masa depan anak cucu kita nanti.
KESEDARAN
sAYA INGIN MENJELASKAN KEPADA KALANGAN PEMIMPIN TERTINGGI UMNO BAHAWA PERPADUAN SERTA PENYATUAN KEPIMPINAN ANTARA PASA DAN UMNO MEMBAWA MAKNA YANG DALAM DAN PENGORBANAN SEGALA APA YANG UMNO SELAMA INI PEROLEHI DALAM PERJUANGAN. sECARA RINGKAS SAYA BERIKAN BEBERAPA CONTOH YANG TERPAKSA DIKORBANKAN DEMI UNTUK MENJAYAKAN ISTILAH PERPADUAN TERSEBUT. aNTARANYA:
1. Jawatan mestilah dikorbankan kepada pemimpin melayu dalam PAS juga. Bukan sahaj jawatan diperingkat kabinet, malah diperingkat dibawah juga. Termasuk daripada jawatan pada peringkat JKKK hingga ke jawatan Menteri.
2. Kerana ianya pepaduan kalangan melayu yang rata-rata beragama islam, perjuangan kearah menegakkan sinar islam di Malaysia mestilah menemui kata sepakat dan jurusan perjuangan yang sama sama dipersetujuai antara kedua kwepimpinan parti besar melayu itu.
3. Adalah sesuatu yang tidak "jernih" kelihtannya jika dua perkara diatas itu tadi tidak menjadi kenyataan. Kita jangan tamak dan haloba dan menampakkan ketidakjujuran dalam perpaduan yang akan terjalin.
4. Kembalilah berjuang bersama-sama diatas satu landasan yang tidak duduk pada nyata retorik semata. Tetapi berpijak dibumi yang nyata. Jangan ada dusta konon harta dunia bukan perkara penting dalam mencapai matlamat perjuangan menegak sinar islam di Dunia ini. Dan jangan terlampau gila sehingga harta dan kuasa adalah segalanya sehingga sebaliknya umat berpecah belah.
Tahniah Ustaz Nasharudin.
Nah tengok, DAP bimbang. Pas, biarkan mereka musuh melayu ini berada dalam ketakutan. Ini bermakna mereka bersalah.
Catat Ulasan