Khamis, Julai 30, 2009

Malaysia contoh pengurusan etnik terbaik - Museveni, Presiden Uganda

Mungkin sebahagian orang akan menyampah bila mendengar Malaysia adalh sebuah negara contoh.. apatah lagi kalau yang mendengar dari pihak PAS, PKr dan DAPig... Namun hakikatnya dan fakta tetap menyatakan Malaysia contoh pengurusan etnik terbaik. Mungkin sebahagian dah tahu cuma sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud "mereka sengaja pekak, bisu dan buta (tidak melihat kebenaran dari pencaindera mereka) maka mereka tidak akan kembali (menerima kebenaran)" (al-Baqarah:18)..

Apa yang dimaksudkan ialah DEB dan ISA... DEB ialah ekonomi yang bermatlamat membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat Malaysia.. manakal ISA pula elemen pencegahan daripada berlakunya hasutan yang mengancam keselamatan kaum. Sejarah membuktikan bahawa terdapat kaum bukan bumiputra (kerana di dalam perlembagaan tidak menyebut perkataan kaum Cina dan India) yang sentiasa berusaha mencemar Hak Melayu dalam Perlembagaan seperti SIQIU, IFC dan HINDRAF... mereka ini adalah contoh extremese bukan Bumiputra yang mengambil kesempatan setiap kali berlaku perpecahan di kalangan Melayu...

Berita hari ini.. Presiden Uganda, Yoweri Kaguta Museveni meminta negara-negara Afrika yang berdepan konflik antara etnik supaya mencontohi kejayaan Malaysia mengatasi masalah ketegangan kaum pada 1969 sehingga menjadi negara paling maju dalam kalangan negara membangun.Menurutnya, seluruh dunia mengetahui mengenai insiden pergaduhan kaum itu termasuk beliau sendiri yang mendengar berita tersebut ketika menuntut di universiti.
Mengambil pengajaran daripada peristiwa berdarah itu, kata beliau, Malaysia membangun dengan pesat sehingga menjadi pencetus idea penganjuran Dialog Perkongsian Pintar Global (Global) 2009 melibatkan negara itu dan negara-negara Afrika.

"Kami semua tahu cerita mengenai rusuhan antara kaum pendatang Cina dan India dengan penduduk asal Melayu pada 1969, Malaysia jadi tumpuan berita kerana insiden itu. Kejayaannya bangkit dan maju memberi galakan kepada kita negara-negara Afrika untuk maju seperti mereka. "Saya sendiri tidak tahu bagaimana Malaysia melakukannya. Saya kena pergi ke Malaysia untuk mengkaji dan mempelajari mengenainya," katanya......

1 ulasan:

bungaraya berkata...

Malaysia menjadi contoh terbaik kerana pemerintah adalah BN/UMNO.
Mungkin agaknya jika PR yang menjadi pemerintah, Malaysia akan menjadi nombor terjorot. Pergaduhan antara kaum seperti 13hb Mei 1969 mungkin akan terjadi semula jika PR yang menjadi pemerintah negara. Allahualam.

Kongsi Link Anda