KUALA LUMPUR: Selepas lebih tujuh bulan menjejak Raja Petra Raja Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak April lalu, polis akhirnya berjaya mengesan penulis blog itu, di Melbourne, Australia.
Menurut sumber, siasatan mendapati Raja Petra lari dari Malaysia menuju ke Thailand melalui jalan haram dan menaiki penerbangan terus ke Australia.
"Rekod imigresen menunjukkan dia tidak keluar dari negara ini, namun siasatan lanjut mendapati Raja Petra keluar melalui laluan haram ke Thailand beberapa bulan lalu.
"Maklumat mendapati dia kemudian menggunakan jalan serta dokumen sah untuk ke Australia," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, polis bagaimanapun masih menyiasat lokasi persembunyiannya di negara berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.
Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell dalam blog www.malaysia-today.net, pada 25 April 2008.
Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini pada 18 Jun tahun lalu.
Mahkamah Sesyen, pada 11 dan 13 November lalu membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi hanya berkata polis masih menyiasat lanjut. - Berita Harian
2 ulasan:
Hahahahahhah....
Kali ni mampusssssssss kau Raja Putar Alam.Engkau ingat polis Malaysia ni bodoh...
Bersedia la engkau bangsat....
KEE
Sepandai tupai melompat akhirnya jatuh jua ke tanah.....
Catat Ulasan