Popular Today

Isnin, April 20, 2009

Pakatan Rakyat - langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi

KUALA KANGSAR 19 April - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini melahirkan kebimbangan baginda dengan serangan ombak globalisasi yang mahu memecahkan benteng budaya dan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa.

Sehubungan itu, baginda mengingatkan rakyat terutama golongan muda agar bijak mengimbangi antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan supaya 'air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit.'

"Ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik.

"Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalu menghapuskan identiti asal negara bangsa," titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kerabat-kerabat diraja yang lain. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Tegas Raja Nazrin, rakyat perlu sedar bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijaksana dapat berfungsi sebagai pemudah cara untuk memajukan negara bangsa.

Titah baginda, elemen-elemen budaya bangsa yang merupakan faktor penyatuan bangsa selama ini adalah modal sosial berharga dan wajib dipertahankan.

Malah titah baginda, kelangsungan sesuatu bangsa dan wajah sesebuah negara bergantung pada faktor-faktor yang telah memberikannya identiti dari segi institusi, agama, budaya dan bahasa.

"Tindakan menghina institusi, mempersendakan institusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identiti asal negara bangsa," titah baginda.

Baginda menjelaskan, di era perang dingin, langkah-langkah sedemikian lahir daripada kumpulan yang berpegang pada doktrin politik berfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif.

"Atas nama Revolusi Budaya di Cina dan indoktrinasi komunisme di Kemboja dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkat ekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri.

"Para pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, ada rumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulah keadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di samping modal sosial negara bangsa habis termusnah," titah baginda.

Raja Nazrin secara tegas bertitah, baginda akan mengambil tanggungjawab melaksanakan segala usaha bagi memastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistem berkerajaan dan bernegara di negara ini terus dipertahankan.

"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang raja pemerintah itu tidak akan anakanda reda untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.

"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita," titah baginda.

Baginda bertitah, raja-raja Melayu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu merupakan institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.

Titah Raja Nazrin, sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.

Kebijaksanaan pemerintahan beraja titah baginda, membantu berlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulah lahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.

"Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.

"Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan, memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawab mengekalkan identiti negara bangsa," titah baginda.

Raja Nazrin turut mendoakan ayahanda baginda, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar dilimpahkan hidayat, dikurniakan kekuatan, dianugerahkan kebijaksanaan, berupaya menghadapi cabaran dan dugaan untuk menyempurnakan amanah sebagai seorang 'Amirulmukminin' yang mampu memayungi negeri secara adil dan saksama.

7 ulasan:

noi/moi berkata...

Mahkamah dah boleh ganggu keputusan speaker DUN. Di perak, YB Sivakumar yang gantung MB belum sah dan EXCO telah dibatalkan oleh mahkamah. Keputusan oleh hakim-hakim yang bersidang. Orang tak tau undang-undang tak boleh komen. Macam ana ini tak reti nak kata apa, tetapi sering juga didalam parlimen diberitahu bahawa keputusan speaker parlimen dan DUN tak boleh dicabar didalam mahkamah. Kalau tidak apa yang dibuat dalam DUN dan paarlimen boleh dicabar dalam mahkamah, maka setiap rang undang—undang yang diluluskan dalam parlimen boleh dibawa didalam mahkamah dan dipertikaikan dalam mahkamah, hakim kata RUU tu tak boleh lulus, maka terpaksa buat RUU lain, begitu juga kalau speaker gantung ahli sama ada DuN atau Parlimen, tiba-tiba ahli tersebut bawa kemahkamah, maka keputusan speaker tu boleh batal dek hakim, maka akan jadi celaru dan haru biru habis dasar yang telah digariskan dalam perlembagaan kita selama ini.

Susah nak komen bab ni pasal nampaknya selama 5 perdana menteri tak pernah belaku pertikaian keputusan speaker sebelum ini sehinggalah Malaysia berperdana menterikan PM keenam tambah 4, ada hantu dibelakang yang menjadi mentor beliau, maka jadi haru biru habis Negara kita sekarang ni.

Segala pemahaman kita pasal pemisahan kuasa antara eksekutif, judiciary dan kehakiman yang termaktub dalam perlembagaan Negara sejak sekian lama tentu akan musnah dalam era kepimpinan yang wujud sekarang ini. Bak kata sahabat ana yang kalah dan tak masuk bertanding jadi menteri, yang menang dan masuk bertanding MT jadi ahli parlimen saja, maka sebagai precedent, lepas ni jangan ada yang bertanding, dah tentu chance untuk jadi menteri akan lebih baik dari yang masuk bertanding.
Juga lepas ni, mungkin YB Puchong boleh ambil tindakan mahkamah terhadap speaker dewan rakyat yang gantung beliau setahun dan ada ketika dimana yang kena gantung sehari dua dari menghadiri siding boleh start ambil tindakan mahkamah kerana di Perak sudah ada precident.

Kedua.

Masa 3 ADUn Perak yang serah surat letak jawatan kepada Speaker Perak hari tu, SPR kata mereka nak siasat dulu perletakan jawatan tu, kerana mereka pertikaikan perletakan jawatan tu walaupun disahkan oleh Speaker negeri Perak, tetapi bila Penanti isthar letak jawatan dan disahkan oleh Speaker, adakah SPR akan siasat juga atau terus nak diadakan PRK di Penanti nanti?. Juga kenapa di batang Air hari tu pengiraan kertas undi tak dibuat ditempat mengundi saperti ditempat lain di PRU 12 atau PRK di Permatang Pauh , KT , Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan dikira setelah kertas undi menaikki Helikopter ke tempat penjumlahan, apakah ini tidak menimbulkan andaian bahawa kertas akan ditukar atau dibuang kelaut atau ditambah atau apa-apa penipuan yang boleh dan layak berlaku .

ajaib Ajaib...

kifli berkata...

UMNO Dimakan Sumpah Akibat Derhaka Raja
Mengikut cerita orang tua-tua dahulu setiap Raja ada daulatnya. Ada yang sakit akibat sesuatu perbuatannya terhadap Raja dan hanya boleh disembuhkan oleh Raja itu sendiri. Ada pula cerita apabila Raja tiba di sesuatu majlis, tiba-tiba awan yang mendung beransur hilang diganti cuaca yang cerah. Semuanya berlaku, selain dari kuasa Allah, ia dikaitkan dengan daulat Raja.


Sebab itulah pada zaman dahulu, rakyat sangat hormat kepada Raja. Mereka khuatir jika kurang hormat kepada Raja, akan dimakan sumpah dek daulat Raja. Jika Raja perintah melakukan sesuatu yang tidak masuk akal pun, perintah Raja perlu dijunjung. Sebab itulah di dalam hikayat Hang Tuah, apabila Hang Tuah dititahkan menyelam ke dalam telaga tahi untuk menyelamatkan kuda Sultan, pahlawan terbilang itu melakukannya tanpa was-was bagi menjaga daulat Raja.


Pada zaman dahulu, sesiapa yang melawan Raja dipercayai pasti akan menerima pembalasan setimpal, bukan sahaja kerana kuasa Allah, tetapi juga kononnya kerana daulat Raja itu sendiri. Hang Jebat, Sang Rajuna Tapa dan Laksamana Bentan yang menderhaka Raja adalah antara contoh pahlawan zaman silam yang ditimpa musibah gara-gara menderhaka Raja, walaupun mereka dikatakan berada di pihak yang benar.


Tahun lepas berlaku dua peristiwa yang benar-benar menguji daulat Raja. Di Terengganu baginda Sultan dihina sehingga dipanggil 'binatang' oleh segelintir pemimpin UMNO tempatan, gara-gara ketua mereka Idris Jusoh tidak menerima perkenan Sultan menjadi Menteri Besar.
Di Perlis pula, kem UMNO di bawah Shahidan enggan menerima Md Isa Sabu yang diperkenan Raja sebagai Menteri Besar. Beberapa kain rentang menyindir Raja juga dinaikkan di Perlis dipercayai dilakukan oleh puak pro-Shahidan.


Pada zaman digital ini ramai yang tidak yakin masih ada daulat Raja. Kata mereka jika daulat Raja masih ada sudah tentu UMNO Terengganu dan Perlis yang menderhaka kepad Raja sudah dimakan sumpah seperti Sang Rajuna Tapa, Hang Jebat dan Laksamana Bentan.


Namun apa yang berlaku akhir-akhir ini seperti menunjukkan bahwa daulat Raja bukan metos semata, ia umpama benar-benar wujud. Lihatlah apa yang berlaku kepada UMNO Terengganu dan Perlis akhir-akhir ini. UMNO Terengganu dan Perlis kelihatan berpecah dua antara kem Menteri Besar kini dan bekas Menteri Besar dahulu. Di Terengganu keadaan semakin gawat sehingga ada penyokong Idris Jusoh yang berura-ura untuk membuat usul undi tidak percaya kepada Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Hari ini pula 10 orang ADUN UMNO memboikot persidangan DUN. Gawat sungguh!


Di Perlis pula perang mulut antara kem Md Isa dan Shahidan tidak habis-habis. Kelmarin Shahidan menyatakan beliau sebagai Ketua Perhubungan UMNO yang sepatutnya menjadi Menteri Besar, bukannya Md Isa Sabu. Kroni kuatnya Hashim Suboh pula menyatakan Mat Isa adalah produk haram (maksudnya produk haram yang dicipta Raja Perlis). Lepas ini perang saudara pasti makin sengit. Punca sebenar perang ialah perebutan kek kontrak yang semakin mengecil di zaman kemelesetan ekonomi ini.


Apa pun punca UMNO Terengganu dan Perlis bertelagah, pasti ada yang mengaitkannya dengan daulat Raja. UMNO yang merupakan pelopor pelakuan penderhakaan terhadap Raja akhirnya dimakan sumpah gara-gara sering menderhakai Raja. Sekarang mereka telah menerima balasan akibat perbuatan menderhaka Raja hingga hidup tidak tenteram dan parti seperti hampir karam

PARPUKARI berkata...

SALAM ASPIRASI BANGSA,

ANWAR NI MEMANG CILAKA ORANGNYA, DEMI NAKKAN KUASA DIA SANGGUP BUAT APA SAHAJA LA!

umno/BN celaka berkata...

Dua darjat dua persepsi

Persepsi 1

Sultan tidak peduli majoriti pengundi

PR telah memenangi 31 daripada 59 DUN Perak yang dipertandingkan dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008. MB Nizar telah dilantik sebagai MB Perak. MB Nizar di sepanjang menjawat jawatannya telah berusaha merealisasikan manifesto PR kepada rakyat dan negeri selagi manifesto itu tidak bercanggah dengan perlembagaan negeri dan negara. Namun 11 bulan selepas itu Sultan Perak telah menitahkan MB Nizar meletakkan jawatan. UMNO telah berjaya dalam helahnya merampas kuasa di Perak. Misteri kehilangan ‘tiga ADUN PR dalam kegembiraan PR menerima ADUN Bota’ telah memenangkan UMNO. UMNO telah berjaya mempermainkan majoriti pengundi yang tidak mahukan BN memerintah Perak. Tetapi sultan tetap percayakan UMNO.

Sultan terus menerima tiga ADUN PR yang berpaling tadah menyokong UMNO. Sultan tidak mengherdik apatah lagi menitahkan mereka agar menyerahkan kembali mandat kepada pengundi mereka. Sultan tergesa-gesa melantik MB DPulau sebagai MB baru. Rakyat pula berhimpun mengadap di luar pagar istana memohon supaya ditangguhkan dahulu majlis berkenaan. Ada di antara rakyat yang telah didakwa kerana ‘mengadap’ sedemikian rupa.

Hari ini 19 April 2009, sultan menganugerahkan darjah kebesaran Dato’ Seri kepada MB DPulau dan gelaran Dato’ kepada exco-exco baru. Memang sultan sayangkan UMNO lebih daripada sultan sayangkan rakyat. Baru dua bulan mereka memegang jawatan tanpa kerja, telahpun dianugerahkan gelaran Dato’. Sedangkan pada tahun sebelumnya, hanya dua pemimpin PR sahaja yang menerima anugerah istana.

Rakyat Perak terkejut dan kecewa. Mudah benar sultan memejamkan mata menerima pencabulan undang-undang oleh UMNO. Namun begitu, mereka yang mengundi PR tetap sayangkan sultannya walaupun sultan tidak menunjukkan kasihnya kepada mereka. Setiap minggu mereka berdoa ke hadrat Illahi agar sultan sentiasa di dalam peliharaan Allah.

Persepsi 2

Sultan balas dendam

Tindakan PM Madey menghapuskan imuniti raja-raja Melayu amat menghina istana. Lebih dua pertiga AP telah menyokong dan meluluskan usul PM Madey ini di Sidang Dewan Parlimen. Sultan-sultan Melayu begitu berdendam dengan UMNO. Sultan Perak yang paling sedih dan pedih kerana penghapusan kekebalan istana ini diluluskan beberapa tahun setelah ucapan baginda di Majlis Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang, USM ;

“Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satupun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satupun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka berlakulah perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya”, Sultan Azlan Shah, USM Pulau Pinang, 29 Jun 1980

Nah, sultan sememangnya sedar dan faham bahawa rakyatlah yang berkuasa menentukan hidup matinya institusi istana. Sultan mahu bersama membantu PR menambahkan derita UMNO. Pada waktu yang sama juga, sultan memberikan ruang dan waktu yang secukupnya untuk PR menyusun dan mengukuhkan saf-saf kepimpinan dalam PR. Sultan ikutkan segala kehendak UMNO supaya UMNO akan terus lalai dan semakin dibenci oleh rakyat. Tiada guna bubarkan DUN Perak jikalau UMNO masih bertenaga untuk memenanginya. Atau PR hanya mampu menang tipis sahaja ke atas UMNO. Bukankah lebih manis dan selesa jikalau PR berjaya memenangi negara dan negeri dalam PRU 13? Selagi UMNO menguasai negara, PR akan bermasalah di negerinya. Lihat sahaja gangguan UMNO di Kelantan. Adakah pimpinan PR Perak sekental Kelantan?

UMNO mahu kuasa di Perak, sultan mudahkan laluan. UMNO mahu DUN bersidang, sultan perkenankan seperti yang diberitahu oleh Abdullah Antong Sabri. UMNO mahu anugerah, sultan perkenankan. Manakala apa yang PR mahu, sultan diam dan senyapkan. Sultan tidak perkenan bubar DUN dan tidak perkenan menerima mengadap MB Nizar. Tetapi sultan tetap menjemput MB Nizar dan semua ADUN PR menghadiri jamuan di istananya. Kemudian sultan mengungkapkan titah bahawa kekuasaan sultan mesti berada di atas politik. Secara rasminya, siapa yang meletakkan sultan di bawah politik? Bukankah UMNO? Bermakna titah ucapan Sultan Perak ditujukan khas untuk UMNO. Sultan sedang membalas dendam kepada UMNO. Seumpama ‘pukul anak sindir menantu’ …

Dirgahayu tuanku

"Sempena sambutan ulang tahun ke 81 hari ini, semoga Tuanku akan sentiasa diberi taufik, hidayah dan inayah oleh Allah swt. Semoga juga diulang tahun ke-81 ini, Allah swt membuka pintu hidayah kepada Tuanku untuk memperkenan supaya DUN Perak dibubarkan. Patik-patik seluruh rakyat Perak memohon perkenan Tuanku agar keadilan dikembalikan kepada rakyat. Rakyat hakim yang paling adil dalam menentukan siapa yang memerintah negeri Perak. Rakyat Perak mohon Tuanku bubarkan DUN Perak. Pilihanraya jalan yang paling selamat dan adil. Daulat Tuanku", Y.B. Haji Mohd. Anuar bin Sudin, ADUN Changkat Jong, 19 April 2009

NJ berkata...

Salam sejahtera,

Ucapan Tun Dr. Mahathir semasa pembentangan usul Pindaan Perlembagaan pada 1993 dahulu saya dapati daripada pautan berikut (Blog YB Elizabeth Wong):-

http://elizabethwong.wordpress.com/2009/02/13/in-1993/

Sila lawati pautan di atas untuk teks ucapan penuh (kira-kira 15 mukasurat) seperti yang dipaparkan oleh YB Eli.

Izinkan saya membuat beberapa petikan ucapan tersebut:-

Para 13

“Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah. Tetapi jika Raja tersalah semasa menjalankan tugas rasmi, Raja adalah bebas daripada tuduhan. Ini adalah kerana yang bertanggungjawab dan boleh didakwa ialah Kerajaan.”

Para 22 & 23,

“Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan- keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.”

“Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.”

Para 26 & 27

“Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan”.

“Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.”

Para 38

“Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.”

Para 52

“Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.”

Para 58, 59 & 60

“Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan.”

“Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.”

“Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.”

Para 68 & 69

‘Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, Kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti Kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.’

‘Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.”

Dari pembacaan sepintas lalu saya terhadap teks ucapan tersebut, saya berpendapat:-

1. Tujuan pindaan adalah untuk melindungi Raja (member imuniti) apabila Raja menjalankan tugas rasmi. Apabila berlaku cabaran di mahkamah terhadap tugas rasmi seorang Raja ini, maka adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk didakwa di mahkamah, bukan Raja (seperti mana yang berlaku di Perak.

2. Pindaan ini akan menghapuskan persepsi bahawa seorang Raja mempunyai imuniti mutlak, yakni, langsung tidak boleh dipertanggungjawabkan walaupun Raja itu melakukan jenayah (perlakuan peribadi, bukan perlakuan dlm sesuatu tugas rasmi). Ianya tidak membolehkan seorang Raja berlaku sewenang-wenangnya.

3. Tiada pindaan dibuat/dicadangkan kepada Perlembagaan negeri-negeri.

4. Pindaan ini bertujuan untuk melindungi/mengekalkan institusi Raja daripada “revolusi rakyat” yang benci kepada Raja akibat tindakan-tindakan seseorang Raja itu sendiri, yang diluar batasan (bacalah sejarah dunia yang institusi Rajanya berkubur akibat perangai Raja itu sendiri).

5. Pindaan juga cuba melindungi rakyat daripada diperlakukan sewenang-wenangnya oleh seorang Raja.

Oleh itu, tidak nampak bagi saya bahawa Kerajaan dahulu ingin “menderhaka” ataupun “menghapuskan” sistem Raja, MALAHAN, kerajaan dahulu ingin melindungi institusi Raja dari berkubur apabila seseorang Raja itu berlaku sewenang-wenangnya (contoh memukul rakyat tanpa sebab) kerana Raja itu ada imuniti (repeat : Raja ada imuniti dalam tugas rasmi sahaja, bukan dalam tindakan peribadi).
Apabila Raja bertindak sendiri diluar batasan, ia akan menimbulkan kebencian kepada rakyat yang akhirnya membawa bibit-bibit revolusi yang akan menguburkan sistem Raja itu sendiri. Oleh itu pindaan ini, saya rasakan wajar kerana Raja juga seorang manusia yang tidak boleh berlaku zalim, walau di mana sekalipun negerinya di atas muka bumi ini.

Jadi, saya agak pelik apabila ada komen-komen yang mengatakan pindaan ini suatu penderhakaan. Tolong baca teks ucapan itu dan rujuklah kepada yang lebih arif. Saya bukannya arif dalam hal Perlembagaan ini.

Negara Malaysia ada RUKUN NEGARA & PERLEMBAGAAN nya. Jangan cemari ia.

Terima kasih.

“SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”
NJ.

NJ berkata...

Salam sekali lagi,

Maaf, tertinggal pula.

Sekiranya anda seorang Rakyat Malaysia yang sejati (bukan rakyat China atau India yang tinggal dalam negara Malaysia ini dan memegang Kad Pengenalan Biru), tolong luangkan masa (barang 20 minit?) dan hayati tulisan Sdr. KijangMas ini.

http://deminegara.blogspot.com/2008/11/racial-polarisation-and-forging-of.html

Negara ini ada Rukun Negara & Perlembagaannya. Sekiranya tidak secocok dengan anda, anda carilah negara lain di atas mukabumi ini. BE GONE from Malaysia tercinta ini.

Salam,

"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

NJ

TAAVEEKUN PERAK berkata...

pendedahan kaitan anwar,PKR & CIA . Namun walau pun telah banyak kali pendedahan telah di buat,penyokong totok PR masih in denial ,menolak dan mengatakan fitnah.

Orang Penanti,harus sedar ini lah kelakuan pimpinan agung PR yang harus di tolak,bersekongkol dengan Yahudi CIA,mengadai bangsa & negara.Apa perlunya mendapat bantuan daripada Singapura? ini bukan yang pertama,malah pertemuan sebelum PRU12 turut berlaku di Pulau Pinang,dengan sejumlah besar wang di salurkan oleh CIA & Singapura.

Kongsi Link Anda