Selasa, Jun 16, 2009

Terima Kasih Us Nasharudin



Dalam menjawab respon Najib mengenai PAS ikhlas mengenai kerajaan perpaduan, us Nasha menerima baik respon Najib mengenai kerajaan perpaduan.

Inilah sepatutnya pemimpin Islam bertindak dari dahulu lagi sentiasa berjiwa besar dan bukan berfikiran sempit. Inilah pemimpin yang melihat agama Islam di hadapan dan parti politik di belakang. Beliau berkata respon ini saya terima dengan hati terbuka dan akan memberitahu presiden pas. Beliau berkata PAS menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden BN, begitu terbuka untuk menerima perbincangan kerajaan perpaduan.

“Respon (kali ini) yang saya rasa pertama kali agak serius daripada Perdana Menteri, dan saya sendiri bawa balik ke Presiden parti sendiri. Saya tidak boleh cakap bagi konteks parti.

“Kita tidak boleh buat keputusan secara individu. Muktamar merupakan pihak berkuasa tertinggi,” katanya.

Sebelum itu Najib mengulas hasrat PAS, beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perdana menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

Namun berita sambut baik dari Najib dan Nasharudin ini menggelikan telinga ramai penyokong Erdogan yang berasa tidak senang dengan respon ini. Antaranya sebagaimana respon dari blog Pinktutle menulis

Adakah bermoral dan tidak berdosa kalau ada pemimpin tertinggi PAS yang mengkhianatinya?

Saya tidak tarik balik maki hamun saya kepada pengkhianat kepercayaan rakyat. Apabila orang Cina atau Hindu mempercayakan wang ringgit mereka kepada kita misalnya, kita wajib menjaganya dengan amanah. Jika kita pecah amanah, tok-tok guru yang saya tumpang mendengar orang belajar dari mereka menegaskan, kita berdosa. Tidur malam payah nak lena. Memohon maaf berkali-kali pun tidak meredakan rasa berdosa.

Begitulah panas punggung setan-setan anti perpaduan Islam ini. Tahniah dan terima kasih Us. Nasha..


Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda