Popular Today

Jumaat, Januari 15, 2010

Nik Aziz kecam penulis blog banyak mengumpat

Rasanya Nik Aziz lebih baik berikan kecaman kepada penceramah PAS yang bukan hanya mengumpat bahkan membuat fitnah dan membuat penipuan dari mengecam bloggers.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali lagi mengulangi kritikannya terhadap penulis blog yang lebih dianggap sebagai mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca. Katanya, tulisan blog banyak bersifat mengumpat orang lain dengan pelbagai isu dan meminta rakyat menapis maklumat yang tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan oleh penulis dalam blog masing-masing.

Baru-baru ini, Mursyidul Am Pas itu, menyifatkan penulis blog yang cuba melaga-lagakan pihak tertentu khususnya dalam politik Pas Kelantan sebagai "blogger celaka".

Banyak kali dah Nik Azis kecam blogger, mana taknya asyik-asyik dia hentam Nik Ajis, Ariffahmi lah, blogger kapak lah, rasuah kek lah dan sebagainya. mana tak meradang orang tua tu.

Masa zaman blog hentam UMNO dia tak kisahpun.. galakkan lagi.. tapi bila kena bab dia.. ewah... ewah. terus melenting la pula... kalau nak tegur untuk kebenaran dan keadilan tegurlah semua, bukan ikut musim.. atau kroni...

kalau nak ikut, banyak penceramah Pakatan yang mengumpat, menipu, memaki, dan sebagainya.. apa pasal tak tegur.. kenapa? kroni...

hahahaha.... kalau dah nama ulama politik tetap politik.. setenagh kata dia ulama terompah kayu... bukan tegur untuk agama tetapi tegur untuk politik... piii..rah!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ELOKLAH TU, IANYA SATU TEGURAN, ISLAM AMAT MENGALLAKAN UMATNYA SALING INGAT MEMPERINGATI.

Tanpa Nama berkata...

Selama ni Nik Aziz tak mengumpat ke mungkin orang politik kebal dari dosa mengumpat. Kalau Nik Aziz seorang Tok Guru agama dia akan mengajar pengikutnya supaya jangan mengumpat, memfitnah dan mencerca sesama Islam. Semua itu berdosa. Biarlah Nik Aziz nak cakap apa pun apa yang ditulis oleh blog adalah pendapat masing masing. Bagi Nik Aziz apa yang ditulis di blog tak berilmu tapi bagi orang lain merupakan satu ruang mengutarakan pandangan mereka.

Kongsi Link Anda