Popular Today

Jumaat, Januari 15, 2010

DAP - Publisiti untuk cari makan

Beberapa hari lepas, ketua pesuruhjaya baru badan itu Datuk Abu Kassim Mohamed memberi amaran bahawa seseorang pengadu, dan media tidak boleh mendedahkan butiran dakwaan rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). di bawah syeksyen 29(4) Akta SPRM seperti amaran ketua pesuruhjaya baru badan itu Datuk Abu Kassim Mohamed semalam.

Beliau berkata pihak berkenaan juga sengaja membawa media bersama mereka sebelum atau selepas membuat laporan berkenaan bagi mendapatkan publisiti sedangkan tindakan itu sebenarnya menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 29 (4), Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Namun seorang Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng kemudian mencadangkan bagi mengelak seseorang pengadu disabitkan kesalahan mendedahkan kepada media mengenai aduan rasuah, seseorang yang ingin mendedahkan kandungan dakwaan rasuah boleh melaporkan kepada polis kerana Kanun Acara Jenayah (CPC) tidak menghalang seseorang berbuat demikian.

"Menurut peruntukan CPC 1999, menjadi tanggungjawab polis untuk menyiasat semua aduan yang disampaikan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan. "Selepas siasatan, polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada SPRM jika wujud unsur-unsur rasuah dalam aduan tersebut. "CPC tidak melarang seseorang pengadu daripada 'menyebarkan' maklumat aduan polis kepada orang lain." Tambahnya, orang ramai harus membuat aduan yang bersifat jenayah, termasuk kes-kes rasuah, kepada polis.

Memanglah itu tujuan parti pembangkang selama ini pun, mereka hidup kerana publisiti jika tiada publisiti mereka tak boleh cari makan. Hakikatnya itulah cara pembangkang, apa nyang dibuat tidaklah hebat sangat cuma publisiti semata-mata.

Sebenarnya cadangan AP DAP baiDAP tu, semakin menyusahkan pihak polis dahlah mereka menuduh polis itu dan ini.. tetapi sekarang demi publisiti polis terpaksa menambah kerja lagi...untuk menyiasat sehingga sesuatu kes itu dibuat 2 kali siasatan, mula-mula Polis dan kemudian SPRM kan dah membuang masa.. kemudian tuduh polis dan SPRM lambat membuat kerja. Kita dah nampak motif DAP biaDAP ni..

Bukanlah sangat tentang kes untuk disiasat, tetapi untuk mencari alasan untuk menghentam dan menyalahkan agensi kerajaan khasnya agensi kerajaan seperti polis dan SPRM. Jika UMNO dituduh mereka akan bersorak, tetapi jika mereka dituduh mereka katakan ini semuanya alat UMNO. Jadi apa sebenarnya yang mereka hendak ialah SPRM da polis hanya alat isu politik semata-mata dan bukanlah mengenai keadilan.. keadilan dan kebenaran semua perkara yang karut bagi mereka...

Kita tahu yang merosakkan negara ini kerana ada piak biaDAP yang sengaja mengkucar-kacirkan sistem negara, SPRM dihadkan masa siasatan pada waktu bekerja, kemudian hendatm SPRM kerana lambat, tuduh SPRM bunuh Teoh Beng Hock sedangkan Teoh Beng Hock yang menyimpan rahsia besar mengenai rasuah dan penyelewengan DAP dan samseng mereka..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda