Popular Today

Khamis, Januari 07, 2010

Tindakan UMNO selari dengan majlis Fatwa

Ramai yang membelasah UMNO khasnya pembangkang yang menuduh dengan pelbagai tohmahan seperti UMNO mahu jadi Hero, UMNO timbulkan perkauman, UMNO tidak toleransi.. namun hakikatnya tindakan UMNO selari dengan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan berhubung isu kalimah Allah.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang menyatakan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.

Majlis Agama Islam Selangor menjelaskan sebarang membenarkan Herald-The Chatolic Weekly menggunakan kalimah Allah bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam.

Bantahan UMNO bukanlah berasaksan emosi dan perkauman tetapi sebenarnya selari dengan kehendak agama sebagaimana Fatwa yang telah dikeluarkan.

Bukan sebagaimana tindakan pihak yang menuduh UMNO, tindakan mereka hanya berasaskan kepentingan politik sempit dan mahukan undi semata-mata apatah lagi mereka membelakangkan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda