Popular Today

Rabu, Februari 10, 2010

Azizan : Buat apa hang pa kecoh sangat!!

Setakat ni paling steady di kalangan pemimpin PAS ialah MB Kedah, Azizan Razak..

Buat apa hang pa kecoh sangat, terima sahajalah keputusan tu.. itulah yang dikatakan oleh Azizan.. [rujuk sini]

"Tak pa lah, itu kerja mahkamah, kita berharap ia adalah satu keputusan yang adil dan saya tiada apa yang nak komen kerana mahkamah telah buat kerja dia dan Zambry adalah menteri besar yang diumumkan oleh mahkamah,"

Dalam keadaan orang PAS duka nestapa, Azizan cakap lagu ni.. aku rasa ramai ahli PAS yang 'terbakar' dengan kenyataan Azizan ni..

Mana taknya ramai pemimpin PAS yang kecewa sehingga ada yang menuduh mahkamah di pengaruhi, negara akan jadi monarki mutlak, kuasa patut dikembalikan kepada rakyat dan sebagainya.. tiba-tiba azizan cool sahaja.. lepas tu suruh pulak penyokong menerima keputusan mahkamah.. mana tak melenting ahli PAS... Dah lah tadi malu kat Mahkamah Persekutuan... mana nak letak muka.. orang kampung kecoh dah nak bubar DUN Perak..

Nungkin Azizan tenang kerana beliau juga sedang menunggu keputusan Mahkamah mengenai Kota Seputih.. Kota Siputeh kini menjadi perhatian sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan terhadap status Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hassan Sarip sama ada akan kekal sebagai wakil rakyat kawasan DUN itu atau pilihan raya kecil diadakan.

Jadi hang tunggu la.. na.. chek dah tak sabaq ni..

1 ulasan:

zedmagel berkata...

Salam Bro Aspirasi,

Jika dinilai dari segi segalanya YAB MB Kedah yang paling open minded sekali, jika dibanding dengan yang lain. Saya lihat kedah aman dan tenang sahaja. Yang beberapa buah lagi macam tongkang nak tenggelam.

Kongsi Link Anda