Popular Today

Rabu, Februari 17, 2010

News : Anwar gagal rayu batalkan tuduhan liwat terhadapnya

17/02/2010 5:13pm

PUTRAJAYA 17 Feb. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam rayuannya agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma’ah sebulat suara menolak rayuan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Mahkamah juga menolak permohonan Anwar agar perbicaraan kes itu, yang sedang berjalan, ditangguhkan sehingga rayuannya terhadap keputusan hari ini didengar di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Abu Samah berkata, bahawa mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Anwar, 63, sedang dibicarakan terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan kes itu ditangguhkan sehingga esok bagi menunggu keputusan hakim sama ada akan menarik diri ekoran dakwaan pihak pembelaan kononnya beliau berat sebelah. – Utusan Malaysia

1 ulasan:

Unknown berkata...

Rahsia Jubor Saifool Al Bontot tak berak 2 hari akhirnya terbongkar....terkejut sila klik disini

Kongsi Link Anda