Jumaat, Mac 12, 2010

Polis dipermainkan oleh ANuwar Aljuburi

Oleh : Panglima Perang Cyber

Anwar kembali lagi menghangatkan negara dengan menyerang polis dan menuduh ia menjadi alat kepada parti pemerintah.

Tipu daya amat jahat ini dibuat selepas beliau disiasat ekoran ceramahnya yang penuh dengan fitnah terhadap Perdana Menteri berhubung isu Altantunya, kapal selam dan lain lain.

Empat laporan polis sudah dibuat terhadap Anwar dan sebab itu siasatan perlu dibuat. Meskipun polis sudah tahu Anwar akan memutar belit tindakan tersebut.

Sebagai rakyat saya MEMBANTAH SEKERAS KERASNYA sesiapa sahaja mengkritik tindakan polis atau mana mana badan yang mendapat mandat dari Ydp Agong untuk menjalan tugas mereka.

Polis bukan menjadi alat Perdana Menteri tetapi alat kepada kami sebagai rakyat untuk memastikan pengkhianat seperti Anwar tidak akan terus merosakkan negara dengan cerita fitnahnya yang busuk lagi memualkan.

Kemarahan rakyat terhadap Anwar lah yang semakin membara dan marak sekarang ini bukan kemarahan rakyat kepada negara !

Tindakan mereka ( Pakatan Rakyat ) sudah jelas berpaksikan keuntungan politik dan tidak ada pun niat untuk membantu rakyat kecuali menipu mereka demi mendapatkan sedikit undi.

Perhatikan betapa kejinya perbuatan Anwar 'meliwat' maruah polis dengan menuduhnya sebagai alat kepada Umno dalam video bawah ini !

Ayuh kita bantah dan menunjukkan reaksi kita terhadap manusia sudah hilang akalnya ini yang sudah sedar bahawa penjara Sungai Buloh sedang menanti bukan Putrajaya sebagai Perdana Menteri.

Video Anwar tuduh polis jadi alat

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda