Ahad, Oktober 03, 2010

Kronisme dan Gengterisme di meyuarat PKR Sabak Bernam


Pelbagai Insiden telah berlaku dalam pemilihin PKR.. minggu lalu perjalanan mesyuarat PKR adalah yang terburuk dalam sejarah parti politik Malaysia..

Jika minggu lepas mesyuarat cabang berlaku tindakan samseng, ugut, gaduh dan sebagainya.. minggu ini pula berlaku serangan hentak kerusi oleh ahli PKR.. bukan sahaja kepada sesama PKR, wartawan juga menjadi mangsa serangan ahli PKR [rujuk sini]
Dua beranak dan dua wartawan termasuk seorang jurukamera diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali semasa proses pengiraan undi pemilihan Parti Keadilan Rakyat cabang Sabak Bernam, Sabak Bernam malam tadi.

Dalam insiden bermula 8.15 malam tadi, sekumpulan lelaki dikatakan menyerang calon Timbalan Ketua Cabang Sabak Bernam, Abu Talib Bujang yang berada dalam Dewan Tun Razak, tetapi beliau dapat mengelak serangan itu.

Bagaimanapun anaknya Mohd Fadli, 24, yang ingin menyelamatkannya telah dihentak dengan kerusi di kepala
Sementara itu, taktik terkini pemilihan PKR ialah menggunakan Banner untuk menghina calon yang lain.. [rujuk sini]
penghinaan yang dilahirkan menerusi kain rentang di persimpangan lampu isyarat Tebuk Pulai itu menjatuhkan maruah orang Sabak Bernam apabila tertera ayat yang meminta supaya jangan memilih pemimpin yang lompat parti dan gangsterisme.

Sementara itu Bahari Basri berkata, jika kepimpinan sedia ada masih lagi terus memimpin (Cabang Sabak Bernam) mereka perlu menerima teguran itu dan membuat perubahan terbaik.

“Kita nampak kepincangannya dan ia perlu diubah.... kepimpinan Cabang Sabak Bernam yang diisi kroni... “Dulu cakap tidak mahu jadi parti kroni tetapi sekarang sama saja... orang jaga parti dan pimpinan tapi pimpinan sendiri hancur lebur,” katanya."
PKR ialah parti yang rosak.. jika presiden sendiri dah amalkan nepotisme dan kronisme... inikan pula ahli PKR.. yang lebih sudu dari kuah.. kalau dahulu mereka tuduh UMNO, kini semua tuduhan itu kembali semula kepada PKR..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

demokrasi contoh kunun...."demo-kerusi" tu yang sebetulnye amalan puak2 pkr nih!

Tanpa Nama berkata...

demo "kera" sih + demo kerusi = demokrasi ala pkr!

Kongsi Link Anda