Rabu, Januari 06, 2010

Isu Allah : Keputusan PKR dan PAS bertentangan Fatwa Kebangsaan

Tindakan PKR dan PAS yang menyokong penggunaan Allah bagii bukan Islam bertentangan dengan keputusan majlis Fatwa.

Majlis Agama Islam Selangor menjelaskan sebarang membenarkan Herald-The Chatolic Weekly menggunakan kalimah Allah bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang menyatakan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.

"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan jika terdapat unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah itu, ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata majlis

Nampaknya keputusan PKR dan PAS telah melampaui batasan fatwa dan agama... Semakin jelas bahawa Islam akan semakin hancur jika mereka berkuasa...

Pendirian PAS dan PKR yang bertuankan DAP ini memang tidak mengejutkan, hati dan mata mereka telah dibutakan dengan undi walaupun terpaksa menggadai maruah agama...

Sumber : Berita Harian

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selama berbicara dengan penyokong kepala batu PAS dan PKR, dapat saya rumuskan mereka rata-rata adalah golongan ibarat "pandai tak boleh di ikut dan bodoh tak boleh diajar". Kalau kita nak ajar kita jadi bodoh. Jadi biarlah merela dlam kebodohan mereka.

Kongsi Link Anda