Selasa, Mac 02, 2010

Tok guru kencing berdiri, anak buah kencing berlari-lari.




Nama mamat ni Zulkarnain Ismail, seorang yang mengaku ahli dan pejuang PAS. Berasal dari Pasir Tumbuh Kelantan. Beliau menghina pemergian Allahyarhamah Ketua Puteri UMNO Ampang, Saudari Haslinda Mohd Zerain dengan tulisan berikut di laman sosial Facebook:

"Alhamdulilah...ketua putri neraka dari ampang telah kembali ke neraka buat selama-lamanya..."

Kalau berdasarkan kenyataan di atas... rakyat dapat menilai ajaran tok guru sesat mana yang diikut... Tak Lain dan tak bukan ialah ajaran Pok Nik Ajis... Mursyidul Am PAS... Merangkap Mursyidul Am Pakatan Rakyat...

Nik Aziz pernah mengatakan sokong pas masok syurga dan sokong Umno masuk neraka dan banyak fatwa sesat lain...

Bukan setakat itu sahaja, bahkan Nik Aziz juga secara bersyarat sokong Kalimah Allah digunakan oleh geraja. Dengan kata lain Nik Aziz juga membenarkan kalimah Allah disyirikkan oleh Kafir Harbi..

Semuanya tidak lain dan tidak bukan untuk tujuan politik semata-mata dan memperalatkan Islam untuk kepentingan PAS. Akibatnya ahli PAS kini semakin sesat lagi menyesatkan orang lain.

Syurga dan neraka semua hak Allah SWT dan bukannya beliau... adakah beliau berani mengatakan syurga dan neraka hak beliau,.. Jika beliau berani lebih baik beliau menilai akidah beliau sendiri... Allah adalah Satu, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

Nauzubillah...minta saudara bertaubat lah sebelum terlambat!

1 ulasan:

ghostWRITER berkata...

inilah kesan hasil didikkan dan tarbiah ulama PAS. Hasilnya adalah penyokong PAS taksub. Sanggup buat apa sahaja demi PAS. Sebab PAS Parti Isle...

Kongsi Link Anda