KUALA LUMPUR: Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.
Katanya, beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.
Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mereka mendesak tindakan itu diambil bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meletakkan jawatan.
"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu tempat hutan. Dan saya dok fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, 12 malam, saya ingat mustahil kot," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.
Rakaman temu bual itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.
Raja Petra berkata dalam Akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.
"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini.
"Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata: "Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi, dan untuk orang-orang ini ke depan.
"Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis," katanya.
Raja Petra berkata, individu yang memberinya maklumat tersebut terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.
Selain itu, seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.
Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau telah bertanya kepada Nik Azmi kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu dan bertanya:
"Apa yang kau harapkan untuk dicapai? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak sekat Najib, Najib akan menjadi perdana menteri, ganti Pak Lah."
Raja Petra berkata, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar.
"Din Merican pun hubungi saya balik, dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi lampu hijau. Dia kata okey, orang ini tak ada masalah, apa dia cakap kita boleh percaya.
"Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar...Leftenan Kolonel ini, dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini...dia kata teruskan. Saya pun teruskan," katanya.
Raja Petra berkata, semua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.
TV3 akan menyiarkan sambungan temu bual ekslusifnya dengan Raja Petra dalam Buletin Utama 8 malam esok. - BERNAMA

2 ulasan:
salam... video temuramah dah keluar, sila lawati blog aku... tq...
tq..
Catat Ulasan