Akibat kegagalan PAS laksanakan Hudud, UMNO pula diberikan amaran oleh 'Budak PKR'... tidak ke bengong namanya tu..
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu tidak teragak-agak untuk mengadap dan menghantar memorandum kepada Duli Yang Mulia Sultan Terengganu, sekiranya Umno-Barisan Nasional tidak menghentikan permainan politik murahan berkaitan isu hukum Hudud dan Qisas
Namun apa yang mereka lupa ialah Enekman Hudud dan Qisas telah menjadi undang-undang yang diperkenan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin masih di kekalkan oleh kerajaan BN selepas menawan kembali Terengganu daripada PAS.
UMNO tidak mempertikaikan Hudud tetapi yang mempertikaikan Hudud ialah kawan-kawan PAS iaitu PKR dan DAP dan ini disebut oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tian Chua dan juga Krpal Singh...
Namun terdapat seorang lagi yang masih belum membuat kenyataan mengenai pendirian beliau ialah Anwar sekeluarga, Wan Azizah dan Nurul Izzah.
Kini pemimpin ini mendakwa akan 'jajah' Malaysia Timur iaitu sabah dan sarawak... dan kita hendak tahu apakah agenda Hudud ini akan dibawa oleh Anwar dan rakan mereka di Sabah dan Sarawak? Apa pulak pendirian PAS pula mengenai Hudud di sana?
Namun dalam keadaan sekarang ini dan PAS sudah pun terlanjur untuk melaksanakan Hudud jadi kita cabar PAS gubal Enekman Hudud dan Qisas di Negeri Pakatan Rakyat iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah?
Jangan pulak Hudud nanti hanya laksanakan di Negeri yang majoriti Melayu sahaja bukan di negeri majoriti bukan Melayu? Jadi macammana hendak perintah negara?
8 ulasan:
sekurang-kurangnya PAS mempunyai niat untuk melaksanakan cuma lambat je pelaksanaannya. Tapi adakah UMNO mempunyai niat yang sedemikian??
Jangankan nak laksana,sapa yg berhajat nak laksanakannya pn akn di tentang umno..itulah UMNO..
Akibat Majlis Debat antara Husam Musa dan Khairy di Kelantan baru-baru ini, maka isu hudud kembali timbul. Ia dimainkan oleh golongan puak munafik UMNO yang sejak dari dulu lagi memang anti hudud dan qisas ini. Apa yang menariknya ialah mereka cuba melaga-lagakan DAP dengan PAS dalam isu ini.
Jika mereka ini cerdik dan waras mereka tidak akan jadikan hudud serta qisas ini sebagai isu yang kononya DAP menentang hasrat PAS untuk melaksanakan syariat Islam yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul itu. Ini adalah kerana DAP orang bukan Islam, jika mereka menentang tiada apa yang peliknya. Masalah kegagalan PAS untuk melaksanakan hudud dan qisas ini bukan berpunca dari DAP, MCA atau MIC tapi dari puak munafik UMNO ini sendiri.
Mereka ini beria-ia menentang hasrat PAS ini dengan hujah songsang yang boleh membawa kepada murtad seperti yang terkandung dalam kitab Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri itu. Antara hujah-hujah syaitan mereka ialah Hudud zalim, tak sesuai dengan zaman ini, masyarakat majmuk, Negara akan huruhara dan berbagai lagi hujah yang direkacipta dan dipersetujui dan disokong pula oleh pengikut sesat mereka serta ulama atau ustaz-ustaz syaitan bisu mereka.
TV1 pula dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pula pada 24/12/2008 seorang pengacaranya Al fadhil Ustaz Hashim bagaikan ulama menghentam PAS kerana kononya mengapa PAS tak laksana hudud di Kelantan sedangkan PAS sudah ada kuasa otonomi untuk berbuat demikian. Inilah apabila orang jahil undang-undang dan buta agama bercakap. Bukankah untuk melaksanakan hudud itu perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan? Kerajaan Kelantan hanya punya kuasa untuk menggubal undang-undang tersebut dan diluluskan di Dewan Undangan negeri tetapi tidak boleh melaksanakanya selagi pindaaan Perlembagaan Persekutuan tidak dibuat.
Bukankah mantan Perdana Menteri pernah menghantar surat amaran kepada Kelantan untuk mengambil tindakan undang-undang (termasuk istihar mageran) jika PAS melaksanakan hudud dan qisas? Tapi oleh kerana Tuan Guru cerdik, beliau menangguhkan hasrat itu kerana mengelakan dari Kelantan diambilalih oleh kerajaan Pusat atas alasan dharurat.
Jadi sebagai bukti bahawa yang benar-benar menghalang hudud dan qisas ialah UMNO sendiri. UMNO melawan atau menentang PAS dalam pilihanraya adalah kerana ingin menghalang PAS dari melaksanakan syariat Allah. Itulah UMNO sanggup buat apa saja termasuk menipu dan bagi rasuah setiap kali pilihanraya kecil atau umum semata-mata kerana agenda Quran dan Hadis yang dibawa oleh PAS. Apakah pernah kita mendengar MCA/Gerakan menentang DAP secara menipu atau bagi rasuah pada pengundi mereka? Tidak ada, yang ada melakukan kerja jahat dan kotor hanya UMNO dulu, kini dan selamnya.
Mereka bawa pengundi luar (hantu), bagi kad pengenalan sementara yang beralamat Terengganu untuk mengundi dalam pilihanraya umum Mac lepas dan untuk 17hb. Januari ini. Mereka bagi hujah bodoh, jika benar mereka bawa pengundi hantu mengapa PAS menang di Kelantan dan tempat-tempat lain? Jawapanya mudah, ini adalah kerana pengundi-pengundi hantu mereak juga mengundi PAS dan Keadilan, mereka dah meluat dan benci dengan UMNO. Mereka mengundi hanya kerana dipaksa, diugut (kakitangan kerajaan) dan hendakan wang upah saja. Oleh itu sesiapa yang mengundi UMNO bermakna menentang pihak yang ingin melaksanakan Quran dan Hadis. Mereka ini sebenarnya lebih sesat, hina dan bahaya dari DAP, MCA dan MIC.
Oleh kerana sesat, buta hati dan tidak mendapat hidayah, itulah sebabnya apbila diberitahu kepada pengikut atau penykongnya akan akhlak pemimpin mereka , sesatnya perjuangan mereka, pengikutnya akan menjawab “itu hal dia orang, kami tak campur, kami tak sokong yang jahat atau yang tak betul tu”. Jawapan inilah yang ditunggu-tunggu oleh para syaitan iblis kerana racun mereka sudah mengena. Hanya orang beriman saja yang tahu siapa sebenarnya yang sesat dan siapa yang benar.
SELAMATKANLAH DIRI DAN KELUARGA ANDA/AKU DRP AZAB API NERAKA..
Pengomen tanpa nama dan bro, UMNO akan tetap melaksanakan Hukum Hudud suatu waktu nanti.Telah banyak yang UMNO laksanakan, walaupun suatu ketika UMNO dikatakan tidak akan melaksanannya. Umpamanya Bank Islam, Universiti Islam, Pajak Gadai Islam, Mahkamah syariah, dsbnya. Terlalu banyak kalau nak dimuatkan disini. mengenai hudud, UMNO mesti meneruskan usaha pemahami kepada orang bukan islam dan orang islam terlebih dahulu. UMNO mesti berusaha meenimbulkan orang-orang islam yang bijakpandai dalam urusan pelaksanaan hukum ter;ebih dahulu. Dan banyak lagi yang harus disediakan agar kita tidak dikatakan bodoh dan kelam kabut.
Jangan membuat tuduhan yang UMNO menentang hudud. TIDAK. Bahkan kita menentang cara dan pendekatan yang cuba dibuat oleh PAS. PAS dah tahu terang-terang ia tidak berkuasa, kenapa mahu diujudkan? Bukan bodoh namnya tu. Aku rasalah lah, cara sebegini, tidak akan mendapat pehala, malah dosa.
Cerita mengenai hudud timbul semula setelah YB Khairy Jamaluddin yang
dijemput menyertai wacana di Kota Bharu berjaya menggelecek Husam Musa
dari PAS supaya mengikut rentaknya. Ramai yang tahu sebenarnya KJ
bukanlah ikhlas menimbulkan isu tersebut, cuma sekadar mengumpan
dengan tujuan untuk memerangkap Husam dan menimbulkan kontraversi baru
dengan harapan ianya berguna untuk PRK Kuala Terengganu nanti.
Dalam situasi sekarang, Husam boleh menyambut bola tanggung dari KJ
itu, tetapi lebih bijak jika beliau tidak memberi respond, sebab itu
adalah satu strategi yang dinamik untuk menggagalkan niat sebenar
pihak lawan.
Akibat respond tersebut, ia mendapat perhatian semua pihak, termasuk
parti dalam PR sendiri. DAP mahu tidak mahu terpaksa menjawab bagi
servinal politiknya yang mejoriti didokong oleh masyarakat bukan
Melayu dan Islam, walaupun mereka sedar bahawa jawapan itu tentunya
menghiris perasaan PAS. Sebenar itulah antara matalamat KJ dan UMNO
agar wujud suasana keruh di kalangan PR.
Hatta Najib sendiri turut memberi cabaran sinis dengan meminta PAS
laksanakan Hudud di Kelantan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan di
peringkat Persekutuan. Cabaran tersebut mencerminkan beliau buta
undang-undang sehingga tidak tahu bahawa kuasa melaksanakan
undang-undang jenayah sebenar terletak pada Persekutuan, bukan Negeri.
Jika tidak, maka sudah lama PAS melaksanakan undang-undang Hudud di
Kelantan setelah dilulus oleh Dewan Undangan Negeri kira-kira 20 tahun
yang lepas, iaitu semasa bersama Semangat 46. Waktu usul pembentangan
rang undang-undang tersebut, 100% Ahli Dewan menyokong termasuk ADUN
Limbungan dan Sungai Pinang waktu itu yang mewakili UMNO/BN.
Malangnya Perdana Menteri pada masa itu menyambut keputusan tersebut
dengan gertakan akan mengambil tindakan ke atas kerajaan negeri jika
undang-undang tersebut dilaksanakan di Kelantan. Nampaknya sokongan
dua orang ADUN UMNO tidak direstui oleh boss mereka di Kuala Lumpur.
Ini senario Hudud di Malaysia yang mendapat tentangan dari pemimpin
Islam sendiri walaupn penggubalanannya dibuat oleh pakar
undang-undang, termasuk Prof. Dr. Ahmad Ibrahim, anak jadi Terengganu.
Hari ini isu Hudud berulang kembali hasil dari sebuah wacana anjuran
Jawatankuasa Penerangan PAS di Balai Islam, Lundang. Apakah ia akan
digunakan sepenuhnya dalam PRK Kuala Terengganu, apakah PAS mampu
mematahkan serangan UMNO, sama-sama kita tunggu dan lihat.
Namun, UMNO harus sedar jika tersilap langkah isu tersebut akan
memerangkap diri sendiri. Ia mungkin menjadi senjata kepada PAS untuk
menikam balik UMNO yang sedang hilang arah itu. Lagi pun, siapa tokoh
dalam parti tersebut yang mampu berhujah dengan baik tentang isu
agama?
Najib, Muhyiddin Yassin, Muhammad Taib, Tengku Adnan, Ali Rustam,
Zahid Hamidi, bahkan pemimpin UMNO peringkat negeri Terengganu sendiri
pun bukan tokoh yang layak untuk membangkit isu tersebut dalam kempen.
Mereka boleh membawa isu tersebut, tapi tidak akan mampu berhujah
dengan dalil-dalil syarak atau nas yang konkrit. Sebab itu lebih baik
isu tersebut diketepikan agar tidak mendapat malu besar di depan
rakyat.
Ramai pakar undang-undang berpendapat, jika undang-undang Hudud
dilaksanakan di negara ini, ia boleh mengambil model dari negara Sudan
umpamanya yang menggunakan dwi-undang-undang untuk rakyatnya yang
muslim dan non-muslim. Rakyat yang non-muslim diberi pilihan sama ada
kes mereka ingin dibicarakan dengan undang-undang jenayah hudud atau
undang-undang biasa. Mereka tidak terikat dengan undang-undang hudud
seperti yang difahami oleh pemimpin DAP dan lain-lain pemimpin
non-muslim di negara ini yang menentang buta tuli itu. Hal ini boleh
dibincang diperingkat pakar undang-undang, bukan oleh ahli politik
yang bukan ahli undang-undang.
Masalah dwi-undang-undang memang tidak asing lagi bagi warga Malaysia
yang wujud semenjak zaman penjajah lagi. Sebab itulah negara ini
mempunyai dua bentuk mahkamah iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah
Syar'iyyah.
Bagi pelaksanaan undang-undang jenayah hudud, ia terus terletak di
bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dengan menggunakan hakim dan jentera
yang sama, cuma teks undang-undang sahaja yang berubah dari Penal Code
yang diguna pakai sekarang. Ia bukan sesuatu yang luar biasa. Cuma,
mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih.
Kuala Terengganu - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu tidak teragak-agak untuk mengadap dan menghantar memorandum kepada Duli Yang Mulia Sultan Terengganu, sekiranya UMNO/Barisan Nasional tidak menghentikan permainan politik murahan berkaitan isu hukum Hudud dan Qisas
Ketuanya, Fariz Musa berkata isu Hudud dan Qisas tersebut sengaja ditimbulkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin dengan tujuan memerangkap Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa dan menimbulkan polemik khususnya di kalangan masyarakat bukan Islam ketika berdebat di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
“Tujuan Khairy tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina khusus di Parlimen Kuala Terengganu yang akan menghadapi Pilihanraya Kecil tidak lama lagi,”katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabat Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Terengganu, Gong Kapas, dekat sini semalam.
Beliau berkata isu Hudud dan Qisas tidak perlu dipolitikkan oleh UMNO/Barisan Nasional kerana ianya merupakan isu yang lapuk dan tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada para pengundi berketurunan Cina di Kuala Terengganu dan rakyat Terengganu amnya.
Katanya ia adalah kerana masyarakat keturunan Cina khususnya dan rakyat Terengganu amnya tidak jahil, telah arif dan matang berkaitan Hudud dan Qisas kerana mereka telah diberikan pengetahuan dan penjelasan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sewaktu PAS memerintah Negeri Terengganu.
“Kerajaan PAS Terengganu telah membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 kedalam Dewan Undangan Negeri dan diluluskan sebulat suara. Enakmen tersebut juga telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 dan kemudiannya diwartakan pada 25 September 2002,”
“Walaupun masih belum berkuatkuasa namun kerajaan UMNO/Barisan Nasional yang merampas kembali pemerintahan dari PAS pada tahun 2004 tidak menolak dan meminda Enakmen tersebut, dimana dalam kerajaan UMNO/Barisan Nasional itu termasuk seorang wakil bukan Islam iaitu dari MCA,”jelas Fariz
Katanya wakil MCA tersebut sehingga hari ini tidak pernah menyuarakan apa-apa ketidakpuasan hati terhadap Enakmen itu yang telah menjadi sebahagian daripada undang-undang bagi negeri Terengganu.
Sehubungan dengan itu beliau berkata sebenarnya UMNO sudah terdesak dan tidak mempunyai isu sehingga isu hudud dan qisas cuba dipolitikkan .
“Khairy sebenarnya yang masuk perangkap sendiri dan akan menjadi labiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu,”
“beliau harus sedar bahawa Enakmen Hudud dan Qisas telah menjadi undang-undang yang diperkenan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin.”tegasnya
Justeru katanya sebarang tindakan menentang atau mepelekehkan Hudud dan Qisas bukan sahaja membawa kepada menghina Islam dan implikasi aqidah, malah boleh dilihat sebagai ‘menderhaka’ kepada Sultan Terengganu yang telah memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di negeri Terengganu ini .
Beliau juga mendesak agar semua pihak menghentikan segera sebarang perbahasan isu politik murahan Hudud dan Qisas yang cuba dimainkan oleh UMNO/Barisan Nasional.
“Semua pihak termasuk parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat harus lebih matang menghadapi karenah UMNO/Barisan Nasional yang sudah ’bankrup’ dan mestilah mengambil pendekatan tidak melayan sebarang propaganda yang cuba dicetuskan oleh UMNO/Barisan Nasional dan media arus perdana.”tambahnya
Kalau umno nak laksanakan,x payah nak tggu sampai 50thn la,cukup dgn perlaksanaan n memahamkan rakyat tentang kebaikannya. Bukan menyerangnya seperti mana yg di lakukan sebelum ni. RTM,TV3 N Semua instrumen kerajaan boleh di gunakan kalau umno nk laksanakan..
Pemimpin UMNO TIDAKAKAN MELAKSANAKANNYA sbb merekalah akn paling banyak di kenakan tindakkan di atas pengkhianatan n penyelewangan yg tlah di lakukan selama ini..
AKU TAK HERAN KALAU UMNO N PEMIMPINNYA AKN TERUS HUKUM HUDUD NI..
Saya khuatir, Jika kerajaan UMNO melaksanakan Hukum Hudud, akan ada manusia Islam di Malaysia yang akan mempertikaikannya. Bukan kerana Hudud tersebut, tetapi kerana politik. Sama lah macam penubuhan LUTH dimana ramai yang tidak mahu menggunakan perkhidmatannya dikalangan Umat Islam di malaysia.
Satu pendekatan yang salah. Ramai orang mahir agama dalam PAS. Kenapa tidak masuk kedalam dan perbaiki mana yang anda rasa dari sudut agama yang masih perlu diperbaiki. Bukan buat bising diluar. Masuk jadi kakitangan yang mengimplementasikan syiar islam didalmnya.
Catat Ulasan