Popular Today

Selasa, Ogos 28, 2012

Jom Meriahkan sambutan kemerdekaan dengan tweet #merdeka55!!

0 Komen!!!


Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia

B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter

B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)

RAJAH A

3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:
"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"
3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

2. ****Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?
Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.

Ahad, Ogos 19, 2012

HIMPUNAN JANJI BERSIH YG KOTOR

1 Komen!!!


Rakyat Malaysia dikhabarkan bahawa Sasterawan Negara Pak Samad Said bersama dengan 26 NGO akan mengadakan Himpuan Janji Bersih pada malam `countdown’ 30 Ogos di Dataran Merdeka. Objektif utamanya ialah protes tema Hari Kemerdekaan `Janji ditepati’. Salah satu sebab Himpunan demi himpunan diadakan ialah undang-undang sedia ada tidak cukup `mengerunkan’ penganjur dan peserta, pengamal undang pihak penganjur cekap berhujah diMahkamah manakala pendakwaraya kerajaan tidak berupayaan melawan dan akhirnya para Hakim yang terlalu demokratik dan idealistik serta kurang semangat menjaga keamanan. Sila layari blogspot penulis mengenai perkara ini.

Berdasarkan pengalaman Bersih 3, Himpunan Janji Bersih ini dijangkakan menjadi kecoh. Banyak juga hartabenda awam akan di rosakkan. Aktiviti perniagaan dan pelancungan turut akan terganggu. Kecederaan pasti sukar dibendung. Dunia luar turut menyaksikan kekecohan ini dan berfikir panjang untuk melancong mahupun membuat pelaburan. Hampir separuh tenaga pihak keselamatan dibuangkan kepada Himpunan ini. Masa, duit dan anggota keselamatan.

Rayuan demi rayuan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Datuk Bandar Kuala Lumpur, para NGO dan rakyat yang sukakan keamanan malah arahan Mahkamah telah dibuat kepada penganjur tetapi tidak diendahkan. Saranan para tokoh agama khas dari Kerajaan di`bakul sampah’ oleh mereka kerana fatwa ulamak kerajaan telah dibeli dan ada motif politik..

Apa lagi hendak buat? Perhimpunan ini yang di dalangi oleh parti politik DAP, PKR dan PAS memang tidak akan dapat dikawal walaupun dengan ribuan Polis dan Tentera berkawal.Undang Perhimpunan Aman tidak di hormati, Akta Dataran Merdeka yang tidak membenarkan himpunan berunsur politik telah diingkari. Mahkamah juga mendapati Bersih 2 yang ganas itu pun `halal’.

Penulis ingin nyatakan bahawa Kerajaan Malaysia terajuan Dato Sri Najib adalah sebuah kerajaan yang terlalu mendengar (overdo) nadi rakyat yang tidak bertempat. Kerajaan kena bertegas dalam perkara perkara yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.Segalanya sudah dibuat namun perhimpunan haram tetap diadakan. Sekali lagi apa penyelesainya?.

PENULIS CADANGKAN DI DALAM MASALAH HIMPUNAN JANJI BERSIH INI, KERAJAAN BN KEMBALIKAN KUASA RAKYAT YANG SUKAKAN KEAMANAN BERTINDAK MELALUI :-

1. PERHIMPUNAN JUGA TETAPI SECARA KECILAN 80-120 ORANG (2-3 BAS 40 ORANG PENUMPANG),
2. BUKAN DI STADIUM ATAU DATARAN MERDEKA TETAPI HADAPAN RUMAH ATAU PEJABAT PENGANJUR,
3. SETIAP MINGGU HARI SABTU DAN AHAD SELAMA 1 ATAU 2 ATAU 3 BULAN BERGANTUNG PADA KEADAAN,
4. WAKTU BERHIMPUN 9 AM HINGGA 12 PM ATAU BERGANTUNG PADA KESESUAIAN..

Sebelum melaksanakan, Kerajaan BN perlu menubuhkan jawatankuasa yang meliputi kewangan (penajaan atau pembiayaan perhimpunan termasuk dana guaman), undang undang (menasihati bentuk himpunan yang dibenarkan, waktu, pendekatan, ketenteraman awam-Bersih 2 yang ganas pun diputuskan dibenarkan oleh Mahkamah), kordinasi (jadual kedatangan peserta,bas, makan minum, T-shirt dan sebagainya), publisiti (perhubungan dengan media massa) keselamatan (keselamatan jalanraya, pengawal-ahli silat dan RELA atau PERKIDA) dan politik (strategi perhimpunan).

Siapakah peserta pesertanya? Buat permulaan biarlah ahli UMNO dan penyokong UMNO Melayu Islam. Sebagai contoh, UMNO mempunyai melebihi 100 bahagian dan ratusan cawangan (penulis tidak sempat buat semakan). Jikalau `target perhimpunan’ itu di rumah pengerusi penganjur Pak Samad Said di Kuala Lumpur, UMNO Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan/Melaka akan dikerah menjalankan tugas. Perhimpunan ini memerlukan 3 buah bas atau 120 orang sahaja satu hari. Secara rotation, ahli boleh didatangkan dengan 1 bas dari 1 cawangan pada hari setiap Sabtu dan Ahad. Ini juga bermakna hari Sabtu dan Ahad , 6 buah cawangan UMNO akan memainkan peranan dalam I minggu. Minggu berikut 6 lagi cawangan akan melibatkan diri dalam perhimpunan. Jadual perlu disusun dan setiap cawangan diberitahu jadualnya `in advance’.

Peserta akan diajar berdemonstrasi secara aman dan tertib dan diiringi oleh pengawal dan `cheer leader’. Unit undang undang akan menasihati samada `loud healer’ dan sepanduk serta ayat-ayat boleh digunakan atau sebaliknya.

Penulis memilih penyelesaian melalui perhimpunan juga kerana segala `solution’ sudah dilakukan hinggakan kuasa tertinggi mahkamah pun telah digunakan. Penulis rasa penganjur penganjur mesti merasai kesusahan pada rakyat ketika berlangsungnya perhimpunan. Penganjur mesti merasai kesesakan lalulintas keluar masuk rumah atau pejabatnya, kebisingan, ketakutan, keremasan sepanjang 2 hari dalam seminggu itu. Tidak payah merosakkan hartabenda rumah atau pejabat mereka. Cuma hadir `to make presence felt’.

Perhimpunan ini juga sebaiknya di adakan di Segambut (Brother Anwar bin Ibrahim), Pulau Pinang (Lim Guan Eng), Kota Bahru ( Tok Guru Nik Aziz), di Marang, Terengganu (Tok Guru Hadi Awang), Ipoh Timur (Lim Kit Sial), Shah Alam (Tan Sri Khalid), sebagai tanda protes kerana mereka juga penganjur dan mengarahkan pengikut mereka berdemonstarsi.

Peserta perhimpunan di Pulau Pinang harus didatangkan dari cawangan UMNO dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

`Infact for Penang, ’, UMNO dan orang Melayu perlu berada di KOMTAR atau rumah Lim Guan Eng setiap Jumaat selepas sembahyang Jumaat.Peserta boleh melakukan solat hajat di ruang kosong di KOMTAR atau hantar memo atau bunga atau keranda tanda protes kepada Lim Guan Eng. Penulis harap NGO yang pernah melakukan `demonstrasi’ perlu disokong dan berhimpun secara tetap. Alangkah bahagianya melihat 10-20 bus penuh dengan orang UMNO berada depan pejabat Lim Guan Eng setiap Jumaat selama 1 bulan atau 2 bulan atau 3 bulan. Penulis hendak rakam resahan si Lim Guan Eng rasis ini. Cuba lah `kurang ajar’ sikit.

Begitu juga Selangor, negeri yang menghadapi masalah pengurusan sampah, masalah air yang dirawat dan Talam. Banyak lagi jika nak di`list’kan, seperti EXCO kangkang, kerja memurtadkan orang Islam oleh sebuah gereja, tulisan jawi, azan dan sebagainya. Alangkah bahagianya jika setiap Jumaat, selepas solat, orang Melayu berhimpun hadapan rumah Menteri Besar (kerana pagar besar pejabatnya selalunya tidak dibuka) pada waktu pagi sebelum beliau pergi pejabat atau balik pejabat. Penulis juga suka jika orang Melayu berkampung hadapan rumah Teresa Kok, Ronnie Liu dan EXCO atau ADUN secara rotation dan tetap.
Sekarang masa untuk berbuat sesuatu. Jangan banyak bercakap dalam blog sahaja. Tunjukkan orang UMNO Melayu pun boleh buat macam Janji Bersih.

Penulis mohon maaf kerana agak radikal dalam cadangan penyelesaian Himpunan Janji Bersih ini kerana setakat ini ia belum berjaya di bendung dan diinsafi oleh mereka berkenaan.

Peruntukan kewangan adalah daripada kerajaan sebanyak mana yang diperlukan. Jika Bersih 3 menelan belanja RM20 juta (contohnya) untuk mengurus dan membayar elaun polis, kerosakan harta awam dan `demage’ berkaitan, kerajaan boleh memperuntukan wang yang sama untuk tujuan ini.

Kita faham parti parti PKR,DAP dan PAS telah menggunakan platform Bersih sebagai senjata mengekalkan momentum `sokongan atau kebangkitan rakyat’ menghadapi pilihanraya PRU13 yang sudah hampir. Ini adalah perkara kelaziman bagi Brother Anwar bin Ibrahim.

Sekali lagi, jikalau penulis menjadi PM, penulis akan cuba menyelesaikan masalah `kegemaran berhimpun yang bahaya’ ini melalui perhimpunan juga tetapi yang aman, tertib dan kerap (setiap hari selama 1 bulan/2 bulan/3 bulan bergantung keadaan). Secara ringkas dan contoh, penulis mengalakkan perhimpunan di depan rumah Ambiga tempohari dengan sedikit perubahan. Mengambil kata kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, orang Melayu (rakyat yang sukakan keamanan) mesti kurang ajar sedikit untuk mencapai kejayaan.

Oleh kerana PKR,DAP,PKR (jangan percaya jikalau mereka kata mereka tidak terlibat dengan menaja Janji Bersih), UMNO,MCA,MIC,PPP,GERAKAN dan lain (yang dikenali Himpuan Anti Janji Bersih) juga harus menjadi `frontman’ menghadapi mereka. Rakyat atau bukan ahli parti boleh terlibat juga.

Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

Ahad, Ogos 05, 2012

MALAYSIA PERLU MENCUBA LAGI : Sukan Olimpik Lee Chong Wei Tewas

0 Komen!!!

LONDON: Hasrat Malaysia untuk memperoleh pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik hancur apabila Datuk Lee Chong Wei tewas kepada musuh ketatnya dari China, Lin Dan dengan pungutan mata 21-15,10-21 dan 19-21.

Dengan kekalahan itu bermakna Chong Wei memungut pingat peraknya yang kedua selepas tewas kepada pemain yang sama dalam perlawanan akhir di temasya Beijing empat tahun lalu.

Kongsi Link Anda