Popular Today

Isnin, Mac 31, 2014

SKRIP MEMALI UNTUK "DIVERT" ISU MH370

PAS kali ini cuba mencetuskan isu.. Nampaknya isu pilihan mereka ialah isu Memali. Dengan menjadikan Musa Hitam sebagai barua mereka dan kali ini mereka jadikan pula Datuk Mat Zain Ibrahim, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur.

Bermula dengan pendedahan Musa Hitam yang cuba mengaitkan semula Peristiwa Mamali dengan Tun Mahathir. Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru minggu lalu.

Kini PAS beralih pula isu Mamali kepada kes pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali atau “Batang Kali Massacre” pada 1948 yang melibatkan kaum Cina dan kerajaan British.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menggesa kerajaan membuka semula penyiasatan kes pembunuhan beramai-ramai di kampung Memali, Baling, Kedah pada 1985 yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis sebelum ia dijadikan isu perkauman.
“Saya berpendapat jika kerajaan gagal atau sengaja enggan membuka semula penyiasatan tragedi Memali yang meragut 18 nyawa termasuk 4 anggota polis, selepas pendedahan mengejut yang dibuat oleh Musa beberapa hari lalu, ia mungkin akan dijadikan isu perkauman yang boleh menggugat ketenteraman awam lebih-lebih lagi dalam suasana politik negara hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider, hari ini. 
Sekiranya kes ini tidak dibuka semula, besar kemungkinan ada pihak yang akan menimbulkan persoalan mengapa kerajaan sedia menyiasat semula Batang Kali Massacre dengan semua mangsa yang terbunuh adalah orang Cina, sedangkan kerajaan enggan menyiasat semula tragedi Memali kerana semua mangsanya adalah orang Melayu yang beragama Islam,” katanya.
Sebenarnya nampak apa motif mereka bila PAS memainkan semula isu Memali ini. Yang mereka cuba pancing sebenarnya ialah Tun Mahathir sebenarnya.
Hari ini (31.2.2014) pula diikuti dengan kenyataan Mahfuz Omar, PAS menggesa siasatan semula ke atas insiden Memali 1985 dijalankan selepas bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia dan bukannya di China semasa kejadian tersebut.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata dengan pendedahan Musa itu memperlihatkan kejadian Memali sebagai satu konspirasi kerajaan dan pembentangan Kertas Putih pada 1986 perlu ditarik balik.
Nampak tak skripnya..  Musa Hitam (Mahathir berada di Malaysia),  Datuk Mat Zain Ibrahim ( “Batang Kali Massacre” pada 1948 ) dan Mahfuz Omar (pembentangan Kertas Putih pada 1986 perlu ditarik balik.)
Percayalah selepas ini akan ada lagi isu-isu lain yang berkaitan yang akan ditimbulkan.
Namun akhirnya mereka terpaksa recycle semula isu dan mencari isu lain.
Bagi Admin isu Memali ini hanyalah cara PR nak "divert" isu di kalangan rakyat sahaja apabila rakyat sekarang terarah kepada isu MH370. Mereka terpaksa mencari isu yang boleh "prolong" bagi menghidupkan sentimen rakyat kepada PR.
Sedikit sebanyak MH370 telah memberi kredit dan simpati kepada kerajaan yang bersungguh-sungguh dan begitu ikhlas untuk membantu dan mencari pesawat berkenaan.


Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda