KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan (Cik Ta) terpaksa menanggung kerugian hampir setengah juta ringgit gara-gara dua pihak telah menggunakan nama dan gambarnya bagi mempromosikan produk kecantikan dan kesuburan tanpa kebenaran.
Rozita atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar@Che Wan, 40, berkata, akibat kejadian itu, dia mengalami kerugian kerana kehilangan kontrak bagi tawaran untuk menjadi duta beberapa produk gara-gara namanya dikaitkan dengan produk berkenaan di laman sosial Instagram dan Facebook.
"Saya mendapat tahu ada pihak menggunakan nama dan gambar saya yang disampaikan oleh wakil sebuah syarikat yang ingin mengambil saya menjadi duta produk mereka.
"Bagaimanapun syarikat tersebut enggan menjalinkan kerjasama dengan saya jika saya dikaitkan dengan produk berkenaan," katanya kepada mStar Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan