PKR juga amal politik wang!!
KUALA SELANGOR 11 Mei - Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor yang berlangsung hari ini disifatkan tidak bersih apabila para pengundi didakwa dipengaruhi oleh politik wang.
Calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S. Manikavasagam mendakwa perkara itu berlaku di Jeram apabila calon lawannya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi pegawainya memberikan wang RM50 kepada ahli PKR untuk mengundi Menteri Besar itu.
"Saya ada bukti, saya ada rakaman. Mereka (pihak Abdul Khalid) beri duit (kepada ahli). RM30 untuk mengundi jawatan pusat, RM20 untuk mengundi cabang.
"Dulu kita kata BN (Barisan Nasional) main duit, sekarang beliau sendiri yang buat seperti itu. Saya minta JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) supaya mengambil tindakan secepat mungkin," katanya. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan