Popular Today

Selasa, Oktober 21, 2014

LLM tawar diskaun, rebat tol sempena Deepavali

LLM tawar diskaun, rebat tol sempena Deepavali
Selain pemberian rebat dan diskaun kadar tol, beberapa lebuhraya juga akan memberikan sebanyak 500 hingga 1,500 kad Touch and Go secara percuma kepada pengguna lebuh raya.

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menawarkan diskaun kadar tol di antara lima hingga 37.5 peratus dan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena cuti perayaan Deepavali Rabu ini.

Ketua Pengarah LLM, Datuk Ismail Md Salleh berkata lebuh raya yang menawarkan rebat tol ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar; Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK) dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang.

Beliau berkata, lebuh raya yang menawarkan diskaun pula ialah Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) dan Lebuhraya SMART.

"Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX) juga memberikan diskaun tol," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Lebuhraya lain ialah Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS).

Selain pemberian rebat dan diskaun kadar tol, Ismail berkata beberapa lebuhraya akan memberikan sebanyak 500 hingga 1,500 kad Touch and Go secara percuma kepada pengguna lebuh raya.

Lebuh raya itu ialah Lebuhraya SILK, Lebuhraya Grand Saga dan Lebuhraya LATAR, katanya.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda