Kenyataan Rasmi Dewan Ulamak PAS Pusat
Kempen Menyentuh Anjing Pada Neraca Syariat dan Aqidah Islam
1. Sepanjang zaman akan berlalu percubaan musuh Islam secara halus untuk menggugat dan meracuni aqidah, syariat dan akhlak umat Islam. Usaha-usaha sebegini tidak semestinya hanya menerusi tindakan bukan Islam malah juga menggunakan orang yang mengaku muslim sendiri kerana impaknya sangat besar bagi orang Islam.
Kehadiran golongan munafik dan fasik di kalangan muslim yang mempromosi aqidah yang rosak atau syariat yang salah serta akhlak yang rosak lebih mudah mempengaruhi orang-orang Islam sendiri.
2. Hari ini, satu percubaan untuk mempromosi syariat yang salah dengan dipelopori oleh orang Islam sendiri berlangsung menerusi agenda yang dilabelkan dengan label yang lunak dan dihiasi dengn ungkapan yang manis iaitu " i wan't to touch a dog".
Hakikatnya ia merupakan sebahagian agenda liberalisma untuk meliberalkan hukum-hakam Islam.
3. Anjing merupakan seekor binatang yang dicipta oleh Allah dengan ada kelebihan dan ada kekurangannya serta ada ketetapan hukum-hakam dan Syariat yang menjadi ujian bagi orang-orang Islam.
4. Kelebihan anjing yang dicipta oleh Allah ialah ia binatang yang digunakan untuk menjaga manusia, harta dan tanaman serta memburu dan pada hari ini digunakan untuk penyiasatan kes-kes keselamatan.
5. Al-Quran menceritakan tentang anjing yang mengiringi golongan yang lari untuk menyelamatkan aqidah mereka iaitu Ashabul Kahfi (surah al-Kahfi ayat 18).
6. Islam mengajar sifat ihsan kepada binatang termasuk anjing sebagaimana kisah dalam Hadis Sahih Bukhari dan Muslim cerita seorang lelaki memberi minum kepada anjing yang kehausan.
Sahabat Nabi saw lalu bertanya
يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ لَأَجْرًا ؟ فَقَالَ : ( فِي كُلِّ ذَاتِ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ )
يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ لَأَجْرًا ؟ فَقَالَ : ( فِي كُلِّ ذَاتِ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ )
Wahai Rasulallah, adakah kami mendapat pahala menerusi binatang?
Tegas Nabi saw; "Pada setiap makhkuk yang mempunyai limpa yang lembut (hati) pasti ada pahala"
7. Kekurangan anjing pula ialah selalunya dijadikan bidalan untuk perkara yang keji. Antaranya al-Quran membuat bidalan orang-orang yang meninggalkan ilmunya di kalangan ulamak yang menjadi jahat adalah seperti anjing yang menjelir lidahnya (surah al-A'raf ayat 176)
8. Adapun Hukum Syariat yang melibatkan anjing maka ia menjadi ujian untuk hamba-hambanya yang beriman dengan Syariat Muhammad melibatkan hukum Allah dalam membela dan juga menyentuh anjing.
Mengikut dan menjunjung Syariat ini adalah terjemahan kepada iman dan keyakinan bahawa Allah Yang Maha Pencipta telah menetapkan hukum-hakam sebagai ujian pada manusia. Di samping keimanan bahawa pada apa yang dihalalkan pasti ada kebaikan manakala pada apa yang diharamkan pasti ada keburukan sama ada kebaikkan dan kebirukan itu dapat dihayati oleh akal manusia atau tidak. Kepada umat Islam yang berjaya mengikut hukum-hakam maka syurgalah tempatnya.
8. Hukumnya ialah;
PERTAMA; Haram Membela Anjing Kecuali Untuk Maslahat Menjaga Ternakan atau Tanaman atau Berburu
Hukum ini berdasarkan Hadis-hadis Sahih antaranya Hadis Sahih riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaei dan Ibnu Majah.
Antaranya riwayat Muslim sabda Nabi saw;
مَنِ اتَّخَذَ كَلْباً إِلاَّ كَلْبَ مَاشِيَةٍ أوْ صَيْدٍ أوْ زَرْعٍ انْتُقِصَ مِنْ أجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ.
Maksudnya; "Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing menjaga ternakan atau berburu atau tanaman maka kuranglah daripada pahalanya setiap hari 1 Qirat."
مَنِ اتَّخَذَ كَلْباً إِلاَّ كَلْبَ مَاشِيَةٍ أوْ صَيْدٍ أوْ زَرْعٍ انْتُقِصَ مِنْ أجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ.
Maksudnya; "Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing menjaga ternakan atau berburu atau tanaman maka kuranglah daripada pahalanya setiap hari 1 Qirat."
Kempen menyentuh anjing membawa mesej untuk masyarakat memiliki anjing tanpa menghiraukan hukumnya. Ia satu tindakan meliberalkan hukum-hakam Syariat yang sabit dengan nas yang jelas.
Hatta jika ada yang cuba berdalih dengan pandangan segelintir Ulamak seperti Ibnu Abdil Barr yang menilai hukum memeliharanyanya sebagai makruh maka perkara makruh juga (makruh ertinya dibenci) wajar ditinggalkan dan tidak dijadikan kempen.
KEDUA; Makruh Bermusafir dengan Anjing
Bagi mereka yang dibolehkan oleh Islam membela anjing kerana menjaga tanaman, ternakan, rumah dan berburu adalah MAKRUH (dibenci) membawanya berjalan dan bermusafir.
Ia berdasarkan Hadis Sahih Muslim sabda Nabi saw;
لاَ تَصْحَبِ الملائِكَةُ رُفْقَةً فِيهَا كَلْبٌ وَلاَ جَرَسٌ.
Maksudnya; " Para Malaikat tidak menemani satu rombongan perjalanan yang ada padanya anjing atau loceng"
لاَ تَصْحَبِ الملائِكَةُ رُفْقَةً فِيهَا كَلْبٌ وَلاَ جَرَسٌ.
Maksudnya; " Para Malaikat tidak menemani satu rombongan perjalanan yang ada padanya anjing atau loceng"
Imam Nawawi berkata; fiqh hadisnya ialah makruh membawa anjing dan loceng sebagai teman musafir. Malaikat yang memohon rahmat dan keampunan untuk manusia tidak bersama rombongan musafir tersebut. (Syrah Muslim juz 14/ ms 95)
Kempen menyentuh anjing adalah menjurus kepada kempen menjadikan anjing teman perjalanan yang dibenci oleh Nabi saw.
KETIGA; Anjing Najis
Jilatan Anjing hukumnya najis di sisi majoriti Ulamak kecuali Mazhab Maliki. Ia perlu dibasuh dengan air yang bercampur tanah. Justeru, ia disebut sebagai Najis Berat ( mughallazah).
Hukum ini berdasarkan Hadis Sahih antaranya riwayat Muslim
طُهُورُ إِنَاءِ أحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الكَلْبُ أنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ.
Maksudnya; "Kesucian bekas seseorang kamu apabila dijilat anjing ialah membasuhnya 7 kali yang pertamanya dengan tanah"
طُهُورُ إِنَاءِ أحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الكَلْبُ أنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ.
Maksudnya; "Kesucian bekas seseorang kamu apabila dijilat anjing ialah membasuhnya 7 kali yang pertamanya dengan tanah"
Kempen menyentuh anjing akan mendedahkan pelakunya kepada jilatan anjing yang dihukum sebagai najis berat dalam Islam yang perlu dibersihkan dengan air dan tanah tidak seperti najis-najis biasa.
Untuk apakah kempen seumpama ini yang mendedahkan masyarakat Islam melakukan sesuatu yang dipandang berat oleh Islam?
Adapun hukum badan dan bulu anjing majoriti ulamak menghukumnya najis seperti Mazhab Syafie dan satu riwayat daripada Imam Hambali manakala mazhab Abu Hanifah, Mazhab Maliki dan satu riwayat lain Imam Hambali menilainya suci.
Kempen menyentuh anjing adalah kempen menyentuh sesuatu yang najis. Ia perlakuan yang tidak berfaedah. Malah bagi ulamak yang menilai bulunya tidak najis juga tiada kalangan mereka yang berkempen dan menyarankan untuk anjing disentuh. Kempen yang dibuat hari ini oleh orang yang mengaku Islam adalah satu perlakuan bid'ah yang diada-adakan yang mencemarkan Islam.
9. Malaysia secara umumnya berpegang dengan Mazhab Syafie yang menghukumkan Anjing sebagai najis sama ada jilatan dan daging atau bulunya.
Tindakan menyentuh anjing dalam bentuk kempen dan pesta terbuka dalam realiti masyarakat Malaysia adalah tindakan tidak bijak dan tidak sensitif terhadap pegangan beragama.
10. Diriwayatkan bahawa Imam Syafie apabila solat Subuh di Baghdad tidak melakukan Qunut selama sebulan kerana menghormati pegangan dan pandangan Abu Hanifah yang tidak berpegang dengan Qunut Subuh.
Itu boleh dijadikan sebagai satu ikutan kepada umat Islam dalam menjaga dan menghormati sensitiviti beragama berasaskan mazhab.
Kesimpulannya;
1. Dewan Ulamak PAS Pusat menasihati seluruh umat Islam di Malaysia agar tidak terpengaruh dan melibatkan diri dengan sebarang aktiviti yang menjurus kepada usaha meliberalkan hukum-hakam Syariat Islam.
2. Begitu juga sebarang usaha yang hanya berdalih dan mencari alasan dengan perbezaan pandangan ulamak bagi menghalal dan merasionalkan sesuatu tindakan adalah perlu ditolak. Ia hanyalah dalih untuk meliberalkan amalan Syariat umat Islam. Hukum Islam tidak diamalkan berdasarkan nafsu untuk mencari yang mudah tetapi untuk mencari pendapat yang terkuat dengan dalil yang terkuat berdasarkan nilaian ulamak muktabar.
3. Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan kempen menyentuh anjing adalah bercanggah dengan Syariat dan Akhlak Islam. Justeru semua pihak yang terlibat sama ada menganjurkannya atau menjadi peserta diseru kembali bertaubat kepada Allah.
4. Dewan Ulamak PAS Pusat juga menegaskan kepada pemimpin politik Islam yang memuji dan menggalakkan penganjuran program seumpama itu agar bertaubat kepada Allah dan jangan dimulakan suatu ikutan yang tidak baik kepada masyarakat Islam.
Ust Dato Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Selasa 26 Zulhijjah 1435 / 21 Oktober 2014
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Selasa 26 Zulhijjah 1435 / 21 Oktober 2014
1 ulasan:
ADA JUGA KEPIMPINAN PAS YANG SOKONG GEREJA DAN PEGUNAAN ALLAH UNTUK KAFIR.
MEREKA INI PUN MACAM NURUL JUGA..... PATUT DI TEGUR DAN DI SURUH BERTAUBAT !
JANGAN TENGAH SALAH orang SAHAJA ....Betulkan RUMAH SENDIRI DULU....
Catat Ulasan