Popular Today

Selasa, Oktober 21, 2014

Nik Aziz sifatkan peserta Program Sentuh Anjing tidak berotak


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang terbabit dalam Program Sentuh Anjing atau 'I Want To Touch A Dog' adalah seperti manusia yang tidak berotak.
"Orang seperti ini hanya mempunyai kepala saja tapi di dalamnya tidak mempunyai otak. Tidak boleh digunakan untuk berfikir.
"Malah dalam kepala mereka itu juga penuh dengan ulat. Perkara ini tidak munasabah langsung terutama membabitkan orang Islam," katanya berucap pada majlis sempena Pentadbiran Kelantan 24 Tahun di sini, sebentar tadi.
Beliau mengulas mengenai Program Sentuh Anjing yang diadakan di Selangor, kelmarin, yang membabitkan penyertaan orang Islam yang menyentuh dan memeluk anjing.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan "Tak ada otak" yg sebenarnya "Jahil Agama". Itulah hasil TAUBAH POLITIK PAS. Nak buat camna kan? Bagi PAS yg penting Undi/sokongan. Memang kepala taik puak2 bah lol. ...

Kongsi Link Anda