Tahniah kerajaan Johor kerana terus berani dan tegas meletakkan agenda Melayu di dalam dasar kerajaan negeri. Tanpa berselindung dan apolegatik kerajaan Johor terus menegaskan azam kerajaan menambah keluasan tanah rizab Melayu.
Dengan kenyataan berani pemimpin-pemimpin Melayu seperti ini barulah rakyat yakin dengan kepimpinan seperti ini, merekalah yang menjadi barisan hadapan yang mempertahankan hak Melayu. Ini adalah tindakan yang betul.. Melayu rasa bangga mempunyai pemimpin seperti ini..
Tahniah Dato' Seri!!
Berikut kenyataan YAB MB Johor :
Agenda mempertahan dan memperluas Tanah Rizab Melayu akan terus menjadi sasaran utama Kerajaan Johor
Saya ingin menyentuh isu Tanah Rizab Melayu, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa mempertahankan tanah Rezab Melayu akan kekal sebagai antara agenda utama Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran saya sebagai Menteri Besar. Untuk itu, sudah semestinya, harapan untuk memastikan lebih banyak tanah Rezab Melayu di negeri ini akan terus menjadi sasaran utama Kerajaan Negeri.
Selari dengan matlamat tersebut, hari ini saya akan mengumumkan beberapa lagi langkah proaktif dan khusus yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam melindungi dan mempertahankan tanah Rezab Melayu. Antaranya:
a. Menukarkan status kesemua tanah peneroka FELDA seluas 145,970 hektar dan tanah FELCRA kepada Rizab Melayu;
b. Mewujudkan Inventori Maklumat Tanah-tanah Rizab Melayu;
c. Pejabat Tanah dan Galian Johor akan menguatkuasakan arahan Pekeliling Bil. 2/83 kepada semua pentadbiran tanah di Negeri Johor yang mengkehendaki supaya maklumat tanah-tanah rizab Melayu dilaporkan kepada PTG setiap 6 bulan;
d. Bagi memastikan tanah-tanah Rizab Melayu yang diluluskan kurniaannya dipatuhi oleh pemilik untuk dijadikan sebagai Rizab Melayu, Kerajaan Negeri mensyaratkan agar hakmilik tanah tersebut didaftarkan serentak dengan kaveat Pendaftar yang akan bertindak sebagai satu halangan sekiranya ada percubaan untuk menjual tanah-tanah kurniaan ini kepada pihak yang bukan Melayu.
e. Bagi menjamin tanah-tanah Rizab Melayu ini kekal, Kerajaan akan menguatkuasakan tindakan perampasan tanah yang didapati telah bertukar pemiliknya kepada bukan Melayu sama ada melalui pertukaran pegangan saham atau pengambil alihan syarikat. Selain dari itu, bagi mana-mana syarikat yang telah berdaftar sebagai “Melayu” di bawah Jadual Kedua Enakmen Rizab Melayu Johor 1936, satu endorsmen mengenai kemasukan syarat tersebut sebagai Syarikat Melayu akan diturunkan ke atas hakmilik tanah yang dipegangnya.
Secara kesimpulannya, saya percaya segala isu pokok dan penting telah dijawab. Segala kritikan, tohmahan dan andaian yang dilontar hanya berasaskan prejudis dan salah tanggap, saya kira sudah boleh kita tolak ketepi. Kita tidak banyak masa melayan prasangka dan cubaan-cubaan menghalang agenda besar pembangunan yang memanfaatkan semua. Bak kata orang, sudah lumrah berjuang, pasti ada yang menentang.
Mohamed Khaled Nordin
MB Johor
3 ulasan:
SYUKUR ALHAMDULILLAH - T'KASIH banyak-banyak YAB DS Mohd. Khaled Nordin dan UMNO JOHOR! UMNO negeri lain; apahal tak BERANI, IKHLAS dan TEGAS mcm.ni - demi ISLAM/umatnya terutama BUMIPUTERA Melayunya; yg. makin TERTINDAS di Tanah Melayu, PUSAKA nenek moyang kami ini?!
Dan UMNO JOHOR; tolong ambil alih kepimpinan KP UMNO! Makin MELUAT dgn. si LIBERAL yg. MENGUASAI Pemuda UMNO!
Dan harapnya juga, tolong pastikan mana-mana kwsn. perumahan kos rendah/mampu milik TIDAK boleh disewa atau dijual kpd. warga asing; dan kalau milik Bumiputera, tidak boleh dijual kpd. Pendatang, kerana ini diSUBSIDI khas oleh K'jaan pd. kaum Bumiputera/rakyat Malaysia (boleh dianggap jenayah PENIPUAN) - kalau tidak habis kwsn perumahan tersebut didominasi pekerja asing atau harga sewa akan naik, termasuk yg. BIADAP pd. budaya ISLAM/Melayu, termasuk yg. asyik pengotor, jumlah penyewa berkumpulan beramai-ramai, suka melepak kat luar, atau mabuk ( lepas tu, berberbunuhan sesama sendiri)! Ini juga MO licik si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM utk. MENGHALAU Bumiputera Islam/Melayu dari kwsn. perumahan tersebut!
Lihatlah PENDERITAAN kaum BUMIPUTERA Islam/Melayu akibat PENIPUAN ini - lihat di - http://www.utusan.com.my/berita/nasional/flat-myanmar-resahkan-penduduk-1.24106 ,
Flat Myanmar’ resahkan penduduk, 13 November 2014!
Makcik Sambal Belacan.
PEMBETULAN PENTING: (perenggan ketiga)
Dan harapnya juga, tolong pastikan mana-mana kwsn. perumahan kos rendah/mampu milik TIDAK boleh disewa atau dijual kpd. warga asing; dan kalau milik Bumiputera, tidak boleh dijual kpd. Pendatang (boleh dianggap jenayah PENIPUAN), kerana ini diSUBSIDI khas oleh K'jaan pd. kaum Bumiputera/rakyat Malaysia - kalau tidak habis kwsn perumahan tersebut didominasi pekerja asing atau harga sewa akan naik, termasuk yg. BIADAP pd. budaya ISLAM/Melayu, termasuk yg. asyik pengotor, jumlah penyewa berkumpulan beramai-ramai, suka melepak kat luar, atau mabuk ( lepas tu, berberbunuhan sesama sendiri)! Ini juga MO licik si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM utk. MENGHALAU Bumiputera Islam/Melayu dari kwsn. perumahan tersebut!
Makcik Sambal Belacan.
http://kerabubersuara.blogspot.com/?m=1
Catat Ulasan