Popular Today

Rabu, November 19, 2014

Masyarakat India teruja dengan bajet Johor 2015


     


 31.    Kerajaan akan menyediakan peruntukkan yang mencakupi aspek pendidikan, kebajikan dan membantu usahawan masyarakat India pada tahun 2015 untuk tujuan Pendidikan (RM 1.5 juta), kebajikan (RM 1.5 juta) dan keusahawanan (RM1.0 juta). 

49.  Pembangunan wanita India di negeri Johor berdasarkan peruntukan untuk pembiayaan keseluruhan yang disediakan di bawah AIM oleh Kerajaan Pusat untuk usahawan India. Kerajaan Johor menyasarkan seramai 100 orang usahawan wanita India Johor akan mendapat manfaat daripada pengagihan ini.


SENAI - Pemuda MIC Johor menyambut baik Bajet Negeri Johor 2015 yang dibentangkan  Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Khamis lalu.

Ketuanya, S Hareedaven berkata, belanjawan itu jelas menunjukkan Menteri Besar prihatin dan faham denyut nadi rakyat.

“Maka atas sebab itulah beliau telah mengumumkan banyak perkara yang mampu memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

“Apa yang lebih membanggakan, peruntukan sebanyak RM4 juta turut disediakan kerajaan negeri bagi tujuan untuk membangunkan masyarakat India di negeri ini.

"Pengumuman peruntukan khas ini sudah pasti menggembirakan kami,” katanya, semalam.

Hareedaven berkata, Pemuda MIC Johor mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar di atas keprihatinan terhadap masyarakat India.

“Kami bersyukur kerana Johor ditadbir oleh seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat.

“Di atas keprihatinan beliau, kami berikrar akan sentiasa berdiri teguh dan memberi sokongan padu kepada kepimpinannya sebagai Menteri Besar.

"Semoga apa dirancang kerajaan negeri mencapai matlamatnya,” katanya.


Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda