Popular Today

Rabu, Mac 19, 2014

#masihMisteri : SIMULASI - ADAKAH KAPTEN ZAHARIE AJEN CIA?



Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

“Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharia,” kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai. – www.astroawani.com



Semakin lama semakin mendedahkan siapa itu Kapt Zaharie.. banyak persoalan yang timbul mengenai siapa sebenarnya Kapt Zaharie ini..

Kenapa dia buat simulasi dengan landasan yang dimiliki oleh tentera Amerika ni? Simulasi untuk mendarat kat sana? 

Bagaimana dia tahu mengenai landasan ini dan siapa boleh izinkan dia mendarat di sana..


Apapun ini hanyalah persoalan semata-mata. Apa yang sebenarnya masih belum diketahui.


Marilah kita doakan keselamatan MH370

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAK Mustahil APT! Lagipun bukankah kita kan ada penjenayah-penjenayah Islam/Melayu - yg. sanggup bunuh, rompak dan mcm-mcm lagi, walaupun mangsa adalah umat Islam sendiri!

Sebab itu, K'jaan kita JANGANlah nak PERCAYA lagi sgt. si KAPIR DAJAL Intelligence CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat) (yg. sebenaqnya sudah dikuasai Mossad-Israel/ZIONIS)! CIA dan ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean serta PELIWATPEMBANGKANGSONGSANG, tak habis-habis nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi!

Ini berita terbaru kenapa sebenarnya kenyataan saksi-saksi di MALDIVES penting – yg. mesti disiasat oleh K’jan kita dgn. teliti dan segera sendiri!

Lihat di http://beforeitsnews.com/international/2014/03/mh370-pilots-simulator-had-diego-garcia-landing-programmed-in-2479048.html:

MH370 Pilot’s Simulator Had Diego Garcia Landing Programmed In!

Tuesday, March 18, 2014

(Before It's News)

I’ve believed the US/UK military has been involved in this all along, and that the plane was flown to Diego Garcia. Now, it seems all evidence is pointing that way…..If one connects the dots, it seems obvious this was a military operation using US/UK assets to hide the aircraft.

I’ve been glued to CNN, as this story is fascinating. Not once has that propaganda news channel mentioned that Diego Garcia is within the range of the flight the plane took. Yet it’s all over the internet. Hmm.

Dan komen seorg. Pembaca di blog itu:

stompk

“Hey Jim, thanks for that. I also noticed that residents of the Maldives are reporting seeing a large commercial airliner flying low by their islands headed towards the South. South of the Maldives is of course, Diego Garcia.

Dan di http://www.haveeru.com.mv/news/54062:

Maldives island residents report sighting of 'low flying jet'

Farah Ahmed and Ahmed Naif, Haveeru Online

Mar 18, 2014

Residents of the remote Maldives island of Kuda Huvadhoo in Dhaal Atoll have reported seeing a "low flying jumbo jet" on the morning of the disappearance of the Malaysia Airlines flight MH370….Eyewitnesses from the Kuda Huvadhoo concurred that the aeroplane was travelling North to South-East, towards the Southern tip of the Maldives – Addu….

Satellite data suggests that the last "ping" was recieved from the flight somwhere close to the Maldives and the US naval base on Diego Garcia…..

Dan lihat lokasi Diego Garcia – di http://en.wikipedia.org/wiki/Diego_Garcia:

Diego Garcia

…Diego Garcia lies in the Chagos Archipelago at the southernmost tip of the Chagos-Laccadive Ridge — a vast submarine range in the Indian Ocean,[2] topped by a long chain of coral reefs, atolls, and islands comprising Lakshadweep, Maldives, and the Chagos Archipelago. ….

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Tanpa Nama berkata...

PEMBETULAN:

Maaf, Makcik nak tulis AB, bukan APT!

Makcik Sambal Belacan.

Tanpa Nama berkata...

usa bersekongkol dengan boeing sebab tm pernah cakp yg boeing ada teknologi untuk mendaratkan pesawat dengan selamat jika dirampas.....pastu boeing x berminat nak kaji kes ni....

Kongsi Link Anda