Rabu, September 17, 2014

Harun Din : Apa yang berlaku di selangor adalah salah PKR #MuktamarPAS2014



Tuan Guru Harun Din sekali lagi mengulangi pendirian beliau mengenai hubungan PAS dengan parti PR yang lain.

Bagi beliau hubungan Pas dan pakatan Rakyat adalah satu hubungan yang biasa. Umpama sebuah perkahwinan..ia berdasarkan satu persefahaman. Selagi dalam persefahaman n menghormati satu sama lain, perkahwinan adalah sangat relevan. Namun jika persefahaman tiada, malah dah mula menimbulkan keraguan. Maka tidak salah perpisahan / perceraian berlaku.

Beliau turut berkata dalam kes MB selangor, terdapat ketidak sefahaman. Malah hilang rasa hormat menghormati antara komponen PR.  Bahkan Apa yang berlaku di selangor adalah salah PKR dan tindakan itu tidak betul.

nampaknya semakin jelas pendirian dewan Ulama PAS ini.. Satu pendirian yang konsisten dengan mementingkan agama berbanding hubungan dalam PR.

Namun pendirian ini tidak selari dengan ahli PAS yang lain yang takut hilang kuasa jika tidak bersama PR..


Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda