Popular Today
Rabu, Mac 19, 2014
#PRKKajang :PKR hanya gula-gulakan pengundi kajang!!
Bila masalaha rakyat Kajang akan selesai.. seorang demi seorang ADUN yang dipilih oelh pengundi Kajang telah meletakkan jawatan... Adakah Kajang akan menerima nasib yang sama sekiranya mereka memilih sekali Calon PKR yang telah ada sejarah meletakkan Jawatan sebagai Ahli Parlimen!!
PR sentiasa mengaku mereka yang terbaik.. tapi hakikatnya di bawah mereka tidak langsung merasai khidmat wakil rakyat PKR ini. Walaupun gaji dah naik tetapi prestasi masih buruk.. masalah rakyat tetap tidak dijaga..
Masalah rakyat Kajang ini tidak akan selesai jika pengundi Kajang masih memilih Nek Wan.. kerana beliau tidak berani untuk selesaikan masalah rakyat. Tetapi jika penundi Kajang memilih Chew Mei Fun sebenarnya rakyat Kajang menunjukkan kecerdikan mereka.. Mereka tahu Chew Mei Fun sebagai seorang pembangkang di DUN Selangor boleh mendesak masalah rakyat diselesaikan. Jika tidak Kerajaan Negeri akan menyembunyikan masalah rakyat ini daripada pandangan umum rakyat Selangor!!
Tindakan Chang Khim menghina saya : Mei Fun
KAJANG - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini menyelar Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim kerana membuat kenyataan menghina beliau di dalam ceramahnya semalam.
Mei Fun berkata gesaan Chang Khim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor supaya beliau menarik diri dalam tempoh 48 jam daripada bertanding disifatkan amat menghina kredibiliti beliau.
"Dia (Chang Khim) hanya menghina saya... kalau saya nak jadi Ahli Majlis, tak kan saya meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) pada tahun 2010," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Pesara-Pesara Kerajaan anjuran Kelab Umno Pesara-Pesara Kanan Kerajaan di sini hari ini.
Chang Khim dalam ceramahnya semalam menyeru beliau untuk menarik diri daripada bertanding pada PRK ini dan sebagai ganjarannya beliau ditawarkan jawatan Anggota Majlis Perbandaran Kajang, katanya.
Mei Fun berkata Pakatan Rakyat sengaja memperlekeh kekuatan dan perkhidmatan yang disediakannya ketika menjadi Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal.
"Pakatan sengaja memutarbelit kredibiliti saya kerana mereka sedar rekod pencapaian saya baik selama ini dan terbukti bahawa saya memang berkhidmat untuk pengundi di PJ (Petaling Jaya) Utara,” katanya.
Mei Fun berikrar akan menjadi jambatan antara rakyat dengan kerajaan pusat agar terus membawa pembangunan di Kajang sekiranya beliau mendapat mandat daripada pengundi-pengundi di sini. - Bernama
Selasa, Mac 18, 2014
Panas!! : Khalid Samad mengamuk tuduh Raja bomoh adalah angkara BN
Khalid Samad masih tidak mahu sedar diri.. masih belum insaf lagi.. Masih menuduh kerajaan Malaysia lagi.. dan bercakap umpama dia lebih tahu dari orang yang berada di menara kawalan KLIA.
Pada jumaat lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memperlekehkan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 yang terputus hubungan dengan menara kawalan pada Sabtu lalu.
Khalid turut mengandaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan meletakkan jawatan kerana kejadian tersebut selain mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan Malaysia yang meluaskan jarak pencarian sehingga ke Selat Melaka.
Tindakan tuduhan melulu dan tanpa bukti adalah cara jahat Pakatan Rakyat untuk merosakkan kredibiliti kepimpinan UMNO khasnya DS Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang dituduh lemah untuk menguruskan kehilangan kapal terbang ini.
Hari ini adalah hari kesepuluh kehilangan kapal terbang MH370. Terlalu banyak teori yang berlaku dan sepatutnya rakyat Malaysia mendoakan keselamatan penumpang pesawat tersebut. Namun yang menyedihkan rakyat Malaysia ini dalam kesedihan rakyat Malaysia datang pula bomoh bodoh yang mendakwa diri dia sebagai raja bomoh.
Semalam Khalid Samad tanpa selindung menuduh raja Bomoh adalah angkara UMNO..
“Jangan nak bohong, nak lepas tangan.. Dalam video tu pun bomoh nak marah dengan Khairy.. apa dia kata.. Kamu Ingat saya ini orang Pas ke? Kamu Ingat saya orang PKR ke? Saya ini orang Barisan Nasional.. kapal layar.. Ini semua kerja Barisan Nasional.. Jangan nak bohong!!” - Khalid Samad - 17 Mac 2014, Kajang.
Patut Khalid Samad sekali lagi siasat dan bukan menuduh tanpa bukti mengenai pengelibatan UMNO dan raja Bomoh.. dan jangan buat tuduhan melulu..
Khalid Samad terlupa bagaimana Air France yang terlibat dengan kemalangan pada Jun 2009 mengorbankan 447 nyawa perlu mengambil masa dua tahun untuk mencari.
Jika Khalid seorang yang bertanggungjawab, beliau perlu realistik dan menyeru seluruh rakyat malaysia tanpa ideologi politik untuk bersatu dan berkongsi kesedihan bersama serta bersikap patriotik. Tetapi Khalid dan pembangkang sebaliknya.
#PrkKajang : Jom layan Wan Azizah dihalau oleh Peniaga yang berasal dari Pulau Pinang ini.
#VoteForChewMeiFun
Wajah baru kenderaan rasmi kerajaan negeri Johor
Kerajaan Negeri Johor juga terbaru telah menukar kenderaan rasmi perdana kepada jenis Honda.
Berbeza dengan kerajaan Pulau Pinang di mana Ketua Menteri Pulau Pinang telah menerima sebuah mercedes pada awal tahun ini.
#PRKKajang : Terkini!! Kejadian yang memalukan Wan Azizah
Perkara ini sangat memalukan Wan Azizah..
Apatah lagi Wan Azizah selaku orang dan pemimpin besar Pulau Pinang. GAGAL membela sendiri orang pulau Pinang. Mereka terpaksa berkelana ke negeri lain untuk mencari rezeki.
Peniaga trsebut berkata "kami dihalau kering-kering".. Bahasa Pulau Penang..
Bagaimana seorang pemimpin yang gagal di penang tetapi masih mahu menjadi Calon di Kajang
Anda fikir-fikir kan lah!!
Video ni di ambil dari FB Afiq KLtown..
Semakin biadap : Malam Cinta Rasul pula dihina!!
Selepas ketiadaan ISA, rakyat melihat sesetengah pihak di negara kita semakin biadap khasnya berkaitan dengan Islam.
Ianya umpama tiada berpenghujung mengenai isu penghinaan terhadap Islam. Tebaru apabila terdapat pihak menghina program Cinta rasul dan samakannya dengan bomoh..
Islam kini dilihat sebagai satu sasaran pihak tertentu.. tujuannya adalah untuk membangkitkan kemarahan umat Islam dan akhirnya rakyat Malaysia yg berbilang kaum akan bergaduh sesama sendiri.
Agenda ini kita biasa lihat khasnya berkaitan dengan Amerika. Lihat sahaja mereka akan ambil kesempatan dalam kesempitan. Mereka akan menuduh sesuatu negara kawal keadaan dan menindas terhadap minoriti dan mereka akan masuk campur dengan ketenteraan.
Rakyat Malaysia mesti berhati-hati dengan agenda barat yang sentiasa mahu untuk campur tangan hal ehwal negara!!











