Popular Today
Selasa, Disember 16, 2014
Hudud - DAP atau PAS yang tidak matang
Pemuda Pas Kelantan sifatkan desakan DAP agar PR menyatakan pendirian tolak hudud sebagai kenyataan tidak matang, malah lebih kepada provokasi terhadap Pas.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, DAP tentunya menyedari pendirian Pas dalam isu hudud sebelum menyatakan persetujuan untuk bersama-sama di dalam gabungan parti pembangkang.
“Di dalam hal ini iaitu desakan agar PR tolak hudud, Pas tidak perlu melayan provokasi, malah bagi Pemuda Pas, kerajaan negeri perlu mara ke hadapan bagi memastikan undang-undang ini dapat dikuatkuasakan apabila tiba masanya,” katanya.
Sebenarnya dalam masalah ini, yang tidak matang ialah PAS.. sudah tentu PAS mengetahui dasar DAP tetapi masih duduk dalam PR..dan yang lebih tidak matang PAS lagi ialah dua daripada 3 Parti dalam komponen PR menolak Hudud.. jika ikut demokrasi dan undian PAS pasti kalah..Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, DAP tentunya menyedari pendirian Pas dalam isu hudud sebelum menyatakan persetujuan untuk bersama-sama di dalam gabungan parti pembangkang.
“Di dalam hal ini iaitu desakan agar PR tolak hudud, Pas tidak perlu melayan provokasi, malah bagi Pemuda Pas, kerajaan negeri perlu mara ke hadapan bagi memastikan undang-undang ini dapat dikuatkuasakan apabila tiba masanya,” katanya.
inilah masalah bila orang yang tidak matang cakap orang lain yang tidak matang.. 2x 5
Gerakan Anwarinas terus mencengkam dalaman PAS
Jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur, calon yang popular menggantikan beliau adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana tidak ada calon lain meskipun naib presiden popular Datuk Husam Musa, yang boleh menewaskan ahli Parlimen Marang itu jika berlaku pertandingan satu lawan satu.
Inilah maklum balas awal diperolehi daripada satu kajian yang dibuat di kalangan perwakilan dan akar umbi PAS.
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomudin Bakar memberitahu The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim adalah calon popular dalam penemuan awal kajian terbaru yang dilakukan firmanya di kalangan perwakilan PAS seluruh negara yang kini menyelesaikan kajian di Perlis, Kedah dan juga Johor.
Persoalannya kenapa kajian ini dibuat.. bagi saya ianya satu tindakan untuk menekan Hadi meletakkan jawatan..
Ini yang dinamakan barua oleh Hj Hadi.. gerakan dalaman PAS yang mahu menjatuhkan Hadi.. walaupun ianya mengatakan ianya hanya pasukan kajian bebas.. tetapi sebenarnya dia membawa pihak tertentu.."
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tuan-ibrahim-calon-pilihan-ganti-hadi-dalam-pas-kata-firma-kajian#sthash.w4FbEC9p.dpufHudud - PAS dan DAP terus berperang!!
Dalam PR.. satu parti nak Hudud tapi dua parti tak nak Hudud iaitu PKR dan DAP..
sekarang mi perang besar sedang berlaku dalam PR...
semalam dalam Persidangan DAP Kebangsaan seramai 968 Perwakilan DAP sebulat suara menolak Hudud.. manakala Anwar pula jadi tukang angguk DAP dengan mengatakan Hudud PAS bermasalah11
Respon daripada itu... amaran keras Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kepada DAP berikutan tindakan parti itu yang berterusan menentang hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.
Mohd. Amar dalam nada tegas berkata, Pas akan tetap dengan perjuangan mereka selama ini untuk melaksanakan undang-undang Islam walaupun mendapat tentangan daripada DAP. “Dia tidak boleh paksa Pas ikut dia (tolak hukum hudud).
Kita akan tetap laksanakan hukum hudud. Kalau DAP rasa tidak selesa dengan perjuangan Pas, dia boleh undur, keluar pakatan pembangkang..
tapi kenapa PAS tak marah Anwar pulak??? hmmm 1000 persoalan ni??
Ps: PAS jangan jd menteri amaran jek.. sikit2 amaran.. sikit2 amaran... amaran sahaja.. tindakan x de...
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-hormati-pas-atau-keluar-pakatan-8217-1.37025#sthash.xBmP8Kvp.dpuf
Anwar memang kuat RASUAH!!!
Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee selaku saksi defendan kelima memberitahu, beliau ditawarkan RM5 juta untuk lompat parti dengan menyertai PKR dan tawaran itu diterima daripada pihak ketiga melalui panggilan telefon. “Pemanggil tersebut berkata dia daripada PKR.
Saya tidak ingat namanya tetapi suara dia bercakap seperti orang Sabah. “Saya kemudian memaklumkan kepada polis Cawangan Khas (SB) berhubung panggilan telefon tersebut dan menyerahkan nombor telefon pemanggil yang tertera di dalam log telefon saya,” kata beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Menurut Ronald, 53, beliau tidak mengingati secara tepat tarikh panggilan itu tetapi sebelum 16 September 2008.
“Saya tidak menghiraukan sangat panggilan itu kerana saya tahu bahawa saya tidak akan lompat parti, walau apa pun yang ditawarkan. Ia tidak terfikirkan. Saya tidak membuat susulan terhadap panggilan berkenaan selepas itu,” ujarnya dalam kenyataan saksinya.
Terdahulu, Ronald memberitahu, Anifah memang ada berbual (melalui telefon) dengan seseorang bernama Tony Vun kerana beliau ketika itu antara ahli kumpulan bersama menteri tersebut yang akan ke luar negara.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta Anwar terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman atas kapasiti peribadinya kerana mendakwa Anifah memfitnahnya ketika sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Hillary Clinton semasa lawatan kerja ke negara tersebut pada 2009.
Dalam saman tersebut, Ketua Pembangkang itu selaku plaintif mendakwa, Anifah yang dinamakan sebagai defendan dalam sidang akhbar itu menyatakan beliau pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sebagai ‘umpan’ melompat parti selepas Pilihan Raya Umum 2008.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ronald-kiandee-ditawar-rm5j-lompat-parti-1.37042#sthash.el0eSZNz.dpuf

Isnin, Disember 15, 2014
Anwar tidak yakin dengan Hudud PAS Kelantan!!
Hendak seribu daya.. tak nak seribu dalih.. inilah pepatah yang sering kita dengar kepada mereka yang mempunyai impian..
Nampaknya memang jelas Hudud bukanlah Impian Anwar AL bontoti.. bagi Anwar Impian dia menjadi PM lagi penting dari impian PAS nak laksanakan Hudud.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan mahu meminda enakmen tentang hudud di Dewan Undangan Negeri bermasalah, kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.
"Akan ada banyak masalah kerana anda perlu meminda undang-undang persekutuan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya (hudud)," kata Anwar ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
"Katakan mereka buat juga. Siapa yang akan membuat tangkapan? Siapakah yang akan membawa mereka (suspek) ke penjara? Ia bukan dalam kuasa (kerajaan negeri) mereka. Oleh itu, terdapat banyak masalah."
Kenapa Anwar sekarang baru cakap tentang masalah nak laksanakan Hudud???
jika ada masalah Anwar patut carilah penyelesaian kepada masalah.. nampak gaya Anwar tidak pun mencari penyelesaian kepada masalah PAS.
Kerajaan Kelantan telah menetapkan 29 Disember untuk memanggil satu sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.
Jadi apa yang sebenarnya berlaku ialah PR hanya membohong rakyat.. apatah lagi mereka telah menipu pengikut PAS... bagi mereka pengikut PAS hanyalah lembu yang ditarik hidungnya sahaja.
Ps; Siapa yang tolak Hudud sebenarnya wahai Macai PR!!
Faktor gagal PR ke Putrajaya ialah HUDUD - LENSA
Pilihanraya lebih penting daripada Hudud
Maksudnya
Hukum British lebih penting dari Hukum Islam
Dulu PAS yang terkedek2 melaungkan bahawa sistem pilihanraya ialah sistem tinggalan penjajah. Dalam Islam tiada demokrasi.. namun kali ini berbeza.. PAS sanggup tinggalkan Islam demi hukum penjajah!!
Cadangan PAS membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen hanya akan meranapkan harapan parti pembangkang itu menawan Putrajaya, kata badan bukan kerajaan (NGO) Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa).
Lensa yang pro Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, ketika majoriti rakyat memberikan undi popular kepada PR semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, PAS seharusnya menumpukan kepada usaha memulihkan hubungan dalam gabungan parti pembangkang itu.
"Kita risau (akan) kelam kabut jika hudud dibuat sekarang. Impaknya lagi besar. Kita boleh kehilangan masa emas ketika PR berada pada ambang kemenangan di mana 52% rakyat memberi undi popular.
lebih 52% beri kepercayaan kerana agenda di bawah PR sebelum ini ialah agenda kebajikan dan agenda yang jelas dapat diterima rakyat,” kata Pengarah Komunikasi Lensa Syukri Razab ketika ditemui The Malaysian Insider.
Beliau berkata, sebelum PRU13, hudud tidak diperkenalkan PR dalam Buku Jingga, sekali gus berjaya mendapat kepercayaan rakyat.
Langgan:
Catatan (Atom)
.png)

.jpg)