Selasa, Disember 16, 2014

Anwar memang kuat RASUAH!!!

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee selaku saksi defendan kelima memberitahu, beliau ditawarkan RM5 juta untuk lompat parti de­ngan menyertai PKR dan tawaran itu diterima daripada pihak ketiga melalui panggilan telefon. “Pemanggil tersebut berkata dia daripada PKR.

 Saya tidak ingat namanya tetapi suara dia bercakap seperti orang Sabah. “Saya kemudian memaklumkan kepada polis Cawangan Khas (SB) berhubung panggilan telefon tersebut dan menyerahkan nombor telefon pemanggil yang tertera di dalam log telefon saya,” kata beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat. 

Menurut Ronald, 53, beliau tidak mengingati secara tepat tarikh panggilan itu tetapi sebelum 16 September 2008. 

“Saya tidak menghiraukan sangat panggilan itu kerana saya tahu bahawa saya tidak akan lompat parti, walau apa pun yang ditawar­kan. Ia tidak terfikirkan. Saya ti­dak membuat susulan terhadap panggil­an berkenaan selepas itu,” ujarnya dalam kenyataan saksinya. 

Terdahulu, Ronald membe­ri­ta­hu, Anifah memang ada berbual (me­lalui telefon) dengan seseorang bernama Tony Vun kerana beliau ketika itu antara ahli kumpulan bersama menteri tersebut yang akan ke luar negara.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta Anwar terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman atas kapasiti peribadinya ke­rana mendakwa Anifah memfitnahnya ketika sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Hillary Clinton semasa lawatan kerja ke negara tersebut pada 2009. 

Dalam saman tersebut, Ketua Pembangkang itu selaku plaintif mendakwa, Anifah yang dinamakan sebagai defendan da­lam sidang akhbar itu menya­takan beliau pernah mena­warkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sebagai ‘um­pan’ melompat parti selepas Pi­lihan Raya Umum 2008. 

 - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ronald-kiandee-ditawar-rm5j-lompat-parti-1.37042#sthash.el0eSZNz.dpuf

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda