Popular Today

Rabu, November 12, 2008

Melayu paling ramai pendapatan bawah RM1,000

11 Komen!!!
Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu atau 60.62% dari 496,500 isi rumah memperoleh pendapatan di bawah RM 1,000 sebulan. Manakala bagi pendapatn RM 2,001 hingga ke RM 3,000, Melayu sebanyak 975,500 atau 57,58% dari 1,695,600 isi rumah.

Secara keseluruhannya kaum Melayu ialah paling ramai yang mempunyai pendapatan kurang RM 1,000 dan kurang dari RM 2,000. Manakala Kaum Cina mengatasi kaum Melayu di paras gaji RM 10,000 dan RM 20,000 ke atas.

Ini menunjukkan dari keseluruhan isi rumah, kaum Melayu masih kumpulan terbesar yang perlu diberi perhatian berbanding kaum-kaum lain. Namun dasar kerajaan adalah mengingkatkan lagi pendapatan rakyat dan membebaskan diri mereka dari kemiskinan.



Sumber: Utusan Malaysia

Selasa, November 11, 2008

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM

0 Komen!!!
Aspirasi mengucapkan selamat berjuang dan selamat maju jaya kepada 442,936 pelajar yang akan menghadapi SPM 2008 pada hari ini.

Selamat maju jaya dengan cemerlang.....

SINGAPURA TAK BERSEDIA, MALAYSIA PULA?

1 Komen!!!
Semalam Perdana Menteri Singapura, menegaskan bahawa Singapura belum bersedia untuk melantik Perdana Menteri bukan dari kalangan kaum Cina kerana sebagaimana difahami majoritinya adalah kaum Cina di sana, adakah kaum India akan menjadi Perdana Menteri, mungkin, tetapi Melayu mungkin memang jauh sekali. Sehingga kini pun Melayu Singapura mendapat jawatan Menteri yang tidak penting, bukan jawatan utama seperti Menteri Pertahanan dan Menteri dalam Negeri.

Saya sebelum ini memang tidak langsung pernah bersetuju dengan tindakan Singapura tapi kali ini sahaja saya bersetuju. Jika Singapura tidak bersedia, rasanya Malaysia lagi tidak bersedia apatah lagi jika dilihat kaum Cina di Singapura telah menguasai pelbagai bidang di negara tersebut seperti ekonomi dan pendidikan dan menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Namun di Malaysia, kaum majoriti Melayu masih belum lagi menguasai bidang ekonomi khususnya. Jika dalam keadaan Singapurapun yang mana kaum Cina menguasai ekonomi masih tidak bersedia melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada kaum lain apatah lagi di Malaysia.

Jadi dalam perkara ini sahaja, saya rasa kita patut ikut Singapura iaitu biarkan keadaan sedia ada ini, biarkan majoriti yang memerintah dan bersama berkongsi suara dan kuasa bersama minoriti. Marilah kita mendaulatkan Perlembagaan negara dan menghormati kontrak sosial. Apatah lagi negara ini adalah asalnya Tanah Melayu, marilah kita bersama-sama mempertahankannya sampai bila-bila....

Ahad, November 09, 2008

MASIH RAMAI SAYANGKAN UMNO

11 Komen!!!
Mesyuarat Bahagian UMNO akan berakhir pada hujung Minggu ini iaitu genap sebulan. Sehingga semalam Pengerusi lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail melaporkan hampir 900 kes aduan politik wang yang diterima.

Dari satu sudut ianya boleh dilihat sebagai sesuatu yang serius, tetapi dari sudut yang lain betapa ahli UMNO mula sedar tentang keburukan poiltik wang dan semakin berani untuk tampil ke hadapan untuk membuat laporan. Bukankah ini satu perkembangan yang baik?. Adakah dahulu disebabkan kurangnya laporan politik wang bermakna tiada politik wang yang berlaku. Sehinggalah zaman Anwar jatuhkan Ghafar Baba ketika mahu menjadi Timbalan Presiden UMNO, adakah pada masa itu politik wang tidak berlaku..

Kini ahli UMNO semakin matang dan berani untuk mengelakkan diri dari terjerumus kehancuran parti yang disayangi iaitu parti UMNO. Jika mereka tidak sayangkan UMNO pastinya gejala politik wang ini akan dibiarkan. Apabila PAS juga melaporkan dakwaan politik wang berlaku di Kota Tinggi bermakna PAS juga sayangkan UMNO... tidak mahu parti keramat UMNO ini terus dihancurkan oleh politik sempit pihak yang mempunyai kepentingan diri.

Akhir sekali syabas kepada ahli UMNO kerana menunjukkan keberanian dan kematangan dan seterus menolak pemimpin yang menggunakan politik wang bagi mendapatkan jawatan...

Khamis, November 06, 2008

PKNS BAKAL MENJADI "LUBUK EMAS" PAKATAN RAKYAT

2 Komen!!!


Mewah!

Itulah perkataan paling sesuai yang diungkapkan, jika bendahari PKR bakal menerajui PKNS. Dengan keuntungan PKNS yang berjuta-juta pastinya akan menjadi lubuk emas kepada Pakatan Rakyat.

Nampaknya PKNS ibarat keluar mulut singa, masuk mulut naga. Sesungguhnya cadangan oleh pihak PAS ini ialah tujuan sebenar PKR. Pertama adapat menimbulkan sentimen di kalangan kaum bukan Melayu dan kedua dapat meletakkan orang 'mereka' dengan kata lain kroni mereka di dalam PKNS yang pastinya akan memberi pulangan besar kepada mereka. Ungkapan seperti projek sudah tentu akan masuk kocek kroni dan proksi mereka.

Tuduhan kerajaan belanja besar beli Eurocopter tak berasas – Najib

0 Komen!!!
http://www.malaysialeader.com/images/photo/najib-tun-razak.jpg
05/11/2008 2:30pm

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan berbelanja besar bagi pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion ternyata meleset dan tidak berasas berdasarkan penilaian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Beliau berkata kerajaan mempunyai sistem dan ia akan dipastikan telus dan mengikut peraturan.

“Maknanya tuduhan awal itu meleset sama sekali dan terbukti tidak ada asas.

Sebab itulah kita buka proses itu kepada PAC. Walaupun daripada segi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) soal keselamatan negara sebenarnya tidak wajar didedahkan kepada terlalu ramai pihak.

“Namun oleh kerana (ia) sudah dijadikan sebagai satu isu besar oleh parti pembangkang jadi kita ambil langkah membenarkan PAC membuat penyiasatan,” katanya kepada pemberita selepas temu bual khas dengan RTM mengenai pakej rangsangan fiskal kerajaan bagi Bajet 2009 di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat PAC pada Isnin yang memutuskan bahawa tiada penyelewengan daripada segi prosedur dalam pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion. – BERNAMA

berita dari : http://www.utusan.com.my/

Obama presiden baru Amerika

0 Komen!!!

Nov 5, 08 11:57am

dikemaskini Calon Demokrat, Barrack Obama mencapai kemenangan dan menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John McCain mengucap tahniah kepada Obama.

barrack obama 201008 01Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan 297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.

Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.

Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.

oleh : Malaysiakini

Hentikan tindakan politik keterlaluan, titah Sultan Azlan

2 Komen!!!
November 5, 2008 pada 6:15 pm ·

http://www.utusan.com.my/

05/11/2008 3:26pm

KUALA KANGSAR 5 Nov. — Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahu rakyat menghentikan segera tindakan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan dan keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan semata-mata disebabkan oleh perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

“Jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

“Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang Melayu,” titah baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini selepas dipersembahkan satu memorandum oleh Gabungan Melayu Perak. - Bernama

Kongsi Link Anda