Popular Today

Jumaat, Februari 19, 2010

Peruntukan Hal Ehwal Islam - Pembohongan Guan Eng didedahkan

0 Komen!!!

Tiada apa pun yang hendak dibanggakan oleh umat Islam terhadap Lim Guan ENG, Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang mengenai peruntukan hal ehwal Islam.

Dakwaan pemberian sebanyak RM 24 juta untuk hal Ehwal Islam Pulau Pinang hanyalah penipuan semata-mata.

Lim Guan Eng su Cauvanis DAP ini didakwa menyembunyikan fakta sebenar di sebalik dakwaan kononnya kerajaan negeri memperuntukkan RM24.3 juta untuk pembangunan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang pada tahun ini.

Ini kerana, jumlah sebenar peruntukan yang disediakan bagi tujuan itu didakwa hanyalah RM11 juta, lebih rendah berbanding RM12.2 juta yang diberi ketika era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008. [rujuk sini]

Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohd. Yussoff Hamid ketika membuat pendedahan itu berkata, peruntukan RM24.3 juta yang dinyatakan kerajaan negeri sebenarnya turut merangkumi perbelanjaan tahunan bagi kos pengurusan agensi agama Islam.

''Bajet pengurusan berjumlah RM13 juta adalah bajet mengurus yang diperuntukkan secara tahunan untuk membayar emolumen termasuk gaji kakitangan agensi di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Islam.

Lain kali janganlah perbodohkan orang Islam ni.. umat Islam bukanlah komoditi yang boleh diperbodohkan sesuka hati... kecuali orang PAS ni memang suka diperbodohkan DAP!!!..

Rakyat nampak tindakan DAP sekarang ni dah over, nak tunjuk bagus dan perfect... orang lain semua salah.. apa yang dia buat semua betul.. lepas tu ada pulak mangkuk ayun PAS.. dengan muka tak malu pergilah menyembah DAP....

Semakin menyampah aku tengok si Lik Guan Eng ni... banyak penipuan yang telah dilakukan tetapi beliau memang pandai berlakon sehingga rakyat diperbodohkan... Apa orang Islam tak sedar lagi...

Khamis, Februari 18, 2010

Edisi hari ke-7 : ANUwar gagal lagi, tamparan kepada karpal

1 Komen!!!
Permohonan Peguam ANUwar, Karpal supaya hakim diri tidak menjadi kenyataan. Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau menarik diri daripada terus mendengar kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Kerana Amanah dan tanggungjawab, maka Hakim Mohamad Zabidin berkata beliau tidak nampak sebarang sebab kenapa beliau perlu menarik diri. "Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya sebagai seorang hakim,”.

Selain itu beliau mengatakan bahawa ANuwar and the geng gagal menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah ataupun mungkin bertindak berat sebelah.

ANuwar And tthe geng juga gagal menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah, tetapi berdasarkan perkara-perkara lain..

Apo nak dikata.. mana boleh kepalsuan terus dibela... jika datang kebenaran pasti kebatilan akan terhapus...

ANuwar cuba melabel hakim sebagai tidak serius.. dan berat sebelah... namun sebenarnya ANuwar yang cuba lari dari kebenaran dan keadilan.

Ingatlah bahawa kita merancang tetapi perancangan Allah lebih hebata daripada perancangan manusia.

Perarakan Maulud Nabi, Guan ENg kunci mulut!

2 Komen!!!

Apa sudah jadi.. dulu dengan nada sombong mengatakan bahawa perarakan maulidur rasul akan diadakan secara besar-besaran.. sekarang takut pula membuka mulut dan dipertanggungjawabkan..

Menurut Utusan Malaysia, Ketua Menteri, Lim Guan Eng cuba mengelak daripada bertanggungjawab terhadap tindakan kerajaan negeri membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri itu apabila enggan menjawab segala soalan mengenainya.

Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim untuk menguruskan hal berkenaan.

Guan Eng menyifatkan gesaan supaya kerajaan negeri mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 Masihi peringkat negeri sebagai helah untuk memerangkap dirinya.

Sekarang kita nampak bahawa Guan Eng tidak ikhlas mengenai isu perarakan maulidur rasul..


Dulu dalam ceramah "SIAPA JUARA RAKYAT", Lim Guan Eng menyatakan bahawa kerajaan negeri akan mengundang Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Pak Lah agar turut serta menyertai perarakan ayang akan di tentukan lokasinya kelak. Malahan beliau akan juga turut menyertai perarakan tersebut sekiranya di benarkan oleh agama Islam.

Islam hanyalah mainan Pakatan Rakyat, mereka bukan mahu betul-betul untuk memperjuangkannya sebagaimana yang dilakukan oleh BN.

Kenyataan Nik Aziz untuk menyelamat sekutu politik juga mengenai pembatalan perarakan maulud Nabi juga amat dikesali.. adakah kerana sekutu politik maka lambang dan usaha memartabatkan Islam dibelakangkan... Bezakan politik jalanan dan syiar Islam..

Perarakan Maulud Nabi ialah lambang syiar Islam, lambang cinta dan sayang umat Islam terhadap nabi Muhammad SAW. Perarakan juga ialah lambang persaudaraan, pengorbanan, kesamarataan yang diterapkan dalam ajaran Islam.

Jadi janganlah perkecil perarakan ini... walaupun ianya bukanlah rukun., tetapi ianya adalah cara untuk umat Islam terus memperingati junjungan besar nabi Muhammad SAW dan ajarannya yang membawa rahmat seluruh alam..

News : Tiga wanita Islam disebat, syariah Islam dimartabatkan

0 Komen!!!
Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 17 Feb. - Di sebalik kontroversi hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang tertangguh sehingga kini, tiga wanita Islam telah menjalani hukuman sebat mengikut kaedah syarak pada 9 Februari lalu.

Dalam pelaksanaan hukuman sebat syariah kali pertama ke atas pesalah wanita itu, dua orang daripada mereka dikenakan hukuman enam kali sebatan manakala seorang lagi empat kali sebatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka telah disabitkan di bawah Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari lalu.

Selain itu, beliau berkata, terdapat empat pesalah lelaki turut menjalani enam kali sebatan pada hari tersebut atas kesalahan yang sama.

''Pada 9 Februari lalu, kira-kira pukul 10 pagi, hukuman sebat syariah telah dilaksanakan dengan sempurna ke atas tujuh pesalah syariah.

''Berdasarkan temu bual dengan tiga pesalah wanita itu, didapati mereka telah reda, insaf dan bertaubat dengan hukuman yang diterima.

''Sebatan itu tidak mendatangkan kesan luka pada badan tetapi wanita tersebut mengakui ia memberikan kesan amat mendalam dalam diri mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, pesalah wanita tersebut melahirkan harapan mereka agar kaum wanita lain bertindak menjauhi perbuatan yang ditegah oleh agama.

''Salah seorang wanita tersebut telah dibebaskan pada 14 Februari lalu setelah menjalani hukuman penjara satu bulan.

''Seorang lagi akan dibebaskan beberapa hari lagi manakala seorang lagi pada Jun ini," katanya.

Justeru, Hishammuddin berharap, isu sebatan syariah tidak disalah ertikan sehingga mencemarkan kesucian Islam.

Katanya, hukuman itu adalah untuk mendidik dan memberi keinsafan agar mereka yang terlanjur dapat kembali ke pangkal jalan seterusnya membina hidup baru yang lebih baik.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pihaknya telah bekerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dalam melaksanakan tugas tersebut.

Katanya, seramai 13 pegawai pelbagai agensi hadir semasa hukuman sebat syariah itu dilaksanakan.

Mereka terdiri daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), para pegawai agensi agama itu selain pegawai daripada Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.

''Saya ingin memaklumkan persiapan bagi melaksanakan hukuman sebat secara syariah telah lama dibuat oleh Jabatan Penjara.

''Persiapan itu antara lainnya termasuk pelantikan dan latihan pegawai sebat rotan wanita untuk pesalah syariah yang telah dimulakan pada penghujung 1990-an," katanya.

Katanya, apabila timbul isu mengenai sebatan secara syariah terhadap pesalah wanita pada 20 Julai lalu, pihaknya telah memanggil Ketua Pengarah Penjara serta pegawai sebatan bagi mendapatkan penjelasan selain melihat demonstrasi sebatan syariah pada 27 Ogos tahun lalu.

''Pada 4 September 2009, Jabatan Penjara telah mengadakan perbincangan melibatkan Jakim, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Peguam Negara.

''Hasil perbincangan dan demonstrasi yang ditunjukkan, semua bersetuju dengan tatacara pelaksanaan sebatan syariah yang digunakan oleh Jabatan Penjara," katanya.

Utusan Malaysia

Rabu, Februari 17, 2010

News : Anwar gagal rayu batalkan tuduhan liwat terhadapnya

1 Komen!!!
17/02/2010 5:13pm

PUTRAJAYA 17 Feb. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam rayuannya agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma’ah sebulat suara menolak rayuan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Mahkamah juga menolak permohonan Anwar agar perbicaraan kes itu, yang sedang berjalan, ditangguhkan sehingga rayuannya terhadap keputusan hari ini didengar di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Abu Samah berkata, bahawa mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Anwar, 63, sedang dibicarakan terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan kes itu ditangguhkan sehingga esok bagi menunggu keputusan hakim sama ada akan menarik diri ekoran dakwaan pihak pembelaan kononnya beliau berat sebelah. – Utusan Malaysia

Edisi Firaun Kecil : Hanya najis politik tinggal dalam Pakatan

2 Komen!!!

Tembelang Pakatan Rakyat kini didedahkan lagi.. bau busuk dan jijik Pakatan Rosak ini semakin mengeluarkan bau yang kuat sekuat agenda jahat dan keji mereka.

Pakatan Rosak kini ditawan sekumpulan ‘firaun kecil’, antara petunjuk kejayaan kumpulan terbabit ialah pengenalan agenda Middle Malaysia dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Agenda Firaun kecil ini ialah untuk memisahkan negara daripada kerangka Perlembagaan yang kita miliki sekarang. Antaranya kerangka Perlembagaan kita ialah menghormati agama Islam (sebagai agama rasmi) dan kedudukan istimewanya, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu.

Kesan kepada agenda Firaun kecil ini adalah, penyokong akar umbi PKR khususnya orang Islam mendapati mereka amat resah dengan agenda kumpulan ini. Seterusnya menyebabkan perpecahan di kalangan ahli Parlimen PKR yang berpunca daripada perasaan tidak puas hati.

Zulkifli berkata “Jika dibiarkan akan lebih ramai ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti, yang tinggal ialah mereka yang kita kata sebagai ‘najis-najis politik’.

Najis politik ini yang telah merosakkan keamanan dan keharmonian negara ini. Agenda jahat mereka yang telah merosakkan struktur kaum negara ini menjadi caca marba dan kacau bilau.

Agenda Firaun Kecil ini adalah sama dengan agenda Malaysian Malaysia, yang mahukan keistimewaan Melayu dan Islam dihapuskan. Ini adalah bukti bahawa Pakatan Rakyat tidak berhasrat langsung untuk mempertahankan bangsa Melayu dan Umat Islam dinegara ini.

Oleh itu bukti jelas terbentang, bahawa tindakan mereka PAS, PKR dan DAP adalah untuk menghapuskan keistimewaan Melayu dan Islam. Orang Melayu dan Islam hanya akan melukut ditepi gantang sebagaimana peniaga Melayu di Pulau Pinang.

Jumaat, Februari 12, 2010

Berita Terkini : Zahrain keluar PKR!!

4 Komen!!!

11.30 pg

Setelah menimbulkan rasa tidak puas hati dan kritikan pedas terhadap Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang, Zahrain dilaporkan umum keluar PKR dan letak semua jawatan dalam parti terbabit berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas.

Menurutnya, beliau akan menjadi ahli parlimen yang berprinsip dan tidak mesra BN.

Berikutan itu, beliau mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR berkuatkuasa serta merta.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercyaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti dan akan menjadi wakil rakyat bebas sepenuhnya.

Pada beberapa minggu yang lalu Zahrain telah mengkritik pentadbiran DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Zahrain melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Senarai berikut adalah menunjukan rupa 'khinzir' Lim sebagai pemimpin parti biaDAP berasal dari Melaka yang dikritik oleh Zahrain:

1. gagal melaksanakan janji-janji mereka yang 'ditabur' pada pilihan raya umum lalu.

2. Lim menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya sambil berkata beliau bukan menyerang DAP .

3. "Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,”.

4. Gagal melaksanakan janji-janji manis pilihan raya itu adalah pilihan raya majlis tempatan dan sistem tender terbuka. Kerana pemimpin komunis ini keberatan untuk menjalankan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan itu kerana ia mungkin akan mengurangkan kuasanya.

5. Gagal melaksanakan janji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender.

6. "Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam," katanya.

7. Siapa yang menentang akan dituduh ejen kepada Umno jika mengkritik pemimpin nombor satu negeri ini.

8. Projek-projek dianugerahklan kepada kroni,"

9. Lim tidak sesuai sebagai Ketua Menteri kerana beliau bukan dari kalangan rakyat tempatan dan tidak memahami tentang sentimen tempatan.

10. "Beliau juga gagal membawa pelabur luar walaupun telah ke seluruh dunia untuk menarik pelabur. Pengundi tahu, rakyat Pulau Pinang sangat teliti dengan perkembangan ekonomi,"

11. Dalam pada itu beliau mempersoalkan, satu pertiga daripada ucapan Lim ketika konvensyen PR dibuat dalam bahasa Mandarin. Sebagai seorang pemimpin dalam PR, dia seharusnya menghormati setiap bangsa dan berucap dalam bahasa yang difahami pada setiap majlisnya, katanya.

Khamis, Februari 11, 2010

Royalti Minyak : PAS Kelantan bacul

2 Komen!!!


KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan dilihat semakin buntu dalam memperjuangkan isu mendapatkan royalti minyak untuk negeri itu daripada Kerajaan Pusat.

Malah, beberapa pemerhati menyifatkan kerajaan negeri sebagai cuba berlaku tidak adil kepada penduduk Kelantan kerana enggan akur dengan langkah Kerajaan Pusat memberikan wang ihsan untuk dinikmati oleh penduduk negeri itu.

Antara faktor yang dianggap menjadikan tuntutan oleh kerajaan negeri itu semakin lemah ialah penjelasan meyakinkan oleh Kerajaan Pusat bahawa daripada segi perundangan dan geografinya, Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak.

Kerajaan negeri juga dilihat cuba melengah-lengahkan pemberian wang ihsan ini dengan membangkitkan isu-isu lain.

Pensyarah Sosiologi dan Bahasa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nik Ahmad Kamal Nik Ahmad berkata, beliau hairan kenapa secara tiba-tiba Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat cadangan supaya diadakan perbincangan dengan Umno mengenai isu Islam.

"Soalnya kenapa tiba-tiba menukar isu. Adakah kerana tiada jalan lagi untuk dipolitikkan isu royalti itu setelah Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian wang ihsan RM20 juta sebagai menggantikan royalti minyak pada Mac ini. Ia bukti Pusat bersifat adil kepada rakyat," katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata, kemungkinan juga PAS belum mempunyai langkah seterusnya berhubung isu royalti itu walaupun sudah sekian lama Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa mengumumkan akan mengambil tindakan mahkamah dengan melantik panel peguam.

"Namun sehingga kini tiada apapun tindakan dilakukan," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjelaskan bahawa Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak itu kerana operasi carigali di dua telaga yang dikatakan "milik Kelantan", berada lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan, sedangkan Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

Nik Ahmad Kamal berkata, PAS mungkin hanya melihat kepada Akta Petroleum serta perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975 dan tidak melihat undang-undang lain secara keseluruhan.

"Tekanan ditambah lagi dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyokong Kelantan layak mendapat royalti dan bukannya wang ihsan padahal beliau dilaporkan pernah menyokong pemberian wang ihsan kepada Terengganu ketika Pas memerintah negeri itu pada 1999-2004. Kenyataan Tengku Razaleigh itu mematahkan isu royalti Pas sekali lagi," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan Kelantan perlu melihat beberapa akta mengenai sempadan perairan sesebuah negeri sebelum menuduh Kerajaan Pusat tidak berlaku adil dalam isu tuntutan royalti minyak ini.

Beliau berkata, Akta Ordinan Darurat 1969 dan Akta Tanah Negara jelas menyebut hak perairan sesebuah negeri tidak melebihi tiga batu nautika dari pantai.

"Ini bermakna Kelantan tidak berhak mendapat wang royalti minyak kerana dua telaga minyak, satu daripadanya terletak di kawasan tuntutan bertindih dengan Thailand, melebihi ratusan batu dari pantai negeri itu," kata Awang Adek.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan Kelantan menolak untuk bersama Kerajaan Pusat membincangkan rancangan pembangunan hasil daripada peruntukan wang ihsan RM20 juta itu.

"Kita mahu bincang dan melihat apakah keperluan kerajaan negeri tetapi mereka menolak menyertai Jawatankuasa Pengurusan Wang Ihsan. Namun peluang itu masih lagi terbuka buat kerajaan negeri," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, pula berpendapat PAS enggan menerima pelawaan untuk menyertai jawatankuasa itu kerana dengan berbuat demikian mereka lagi tidak dapat mempolitikkan isu tuntutan royalti minyak itu.

"Kalau mereka sertai seolah-olah mereka bersetuju terima wang ihsan," katanya.

Ibrahim berkata, kenyataan Tengku Razaleigh mengenai isu royalti minyak hanyalah menyentuh aspek moral tapi isu sebenar dalam soal tuntutan royalti itu adalah perundangan. "Sebab itu ia mesti selesai di mahkamah," katanya. - Mstar

Kongsi Link Anda