Popular Today

Khamis, Februari 11, 2010

Royalti Minyak : PAS Kelantan bacul



KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan dilihat semakin buntu dalam memperjuangkan isu mendapatkan royalti minyak untuk negeri itu daripada Kerajaan Pusat.

Malah, beberapa pemerhati menyifatkan kerajaan negeri sebagai cuba berlaku tidak adil kepada penduduk Kelantan kerana enggan akur dengan langkah Kerajaan Pusat memberikan wang ihsan untuk dinikmati oleh penduduk negeri itu.

Antara faktor yang dianggap menjadikan tuntutan oleh kerajaan negeri itu semakin lemah ialah penjelasan meyakinkan oleh Kerajaan Pusat bahawa daripada segi perundangan dan geografinya, Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak.

Kerajaan negeri juga dilihat cuba melengah-lengahkan pemberian wang ihsan ini dengan membangkitkan isu-isu lain.

Pensyarah Sosiologi dan Bahasa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nik Ahmad Kamal Nik Ahmad berkata, beliau hairan kenapa secara tiba-tiba Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat cadangan supaya diadakan perbincangan dengan Umno mengenai isu Islam.

"Soalnya kenapa tiba-tiba menukar isu. Adakah kerana tiada jalan lagi untuk dipolitikkan isu royalti itu setelah Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian wang ihsan RM20 juta sebagai menggantikan royalti minyak pada Mac ini. Ia bukti Pusat bersifat adil kepada rakyat," katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata, kemungkinan juga PAS belum mempunyai langkah seterusnya berhubung isu royalti itu walaupun sudah sekian lama Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa mengumumkan akan mengambil tindakan mahkamah dengan melantik panel peguam.

"Namun sehingga kini tiada apapun tindakan dilakukan," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjelaskan bahawa Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak itu kerana operasi carigali di dua telaga yang dikatakan "milik Kelantan", berada lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan, sedangkan Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

Nik Ahmad Kamal berkata, PAS mungkin hanya melihat kepada Akta Petroleum serta perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975 dan tidak melihat undang-undang lain secara keseluruhan.

"Tekanan ditambah lagi dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyokong Kelantan layak mendapat royalti dan bukannya wang ihsan padahal beliau dilaporkan pernah menyokong pemberian wang ihsan kepada Terengganu ketika Pas memerintah negeri itu pada 1999-2004. Kenyataan Tengku Razaleigh itu mematahkan isu royalti Pas sekali lagi," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan Kelantan perlu melihat beberapa akta mengenai sempadan perairan sesebuah negeri sebelum menuduh Kerajaan Pusat tidak berlaku adil dalam isu tuntutan royalti minyak ini.

Beliau berkata, Akta Ordinan Darurat 1969 dan Akta Tanah Negara jelas menyebut hak perairan sesebuah negeri tidak melebihi tiga batu nautika dari pantai.

"Ini bermakna Kelantan tidak berhak mendapat wang royalti minyak kerana dua telaga minyak, satu daripadanya terletak di kawasan tuntutan bertindih dengan Thailand, melebihi ratusan batu dari pantai negeri itu," kata Awang Adek.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan Kelantan menolak untuk bersama Kerajaan Pusat membincangkan rancangan pembangunan hasil daripada peruntukan wang ihsan RM20 juta itu.

"Kita mahu bincang dan melihat apakah keperluan kerajaan negeri tetapi mereka menolak menyertai Jawatankuasa Pengurusan Wang Ihsan. Namun peluang itu masih lagi terbuka buat kerajaan negeri," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, pula berpendapat PAS enggan menerima pelawaan untuk menyertai jawatankuasa itu kerana dengan berbuat demikian mereka lagi tidak dapat mempolitikkan isu tuntutan royalti minyak itu.

"Kalau mereka sertai seolah-olah mereka bersetuju terima wang ihsan," katanya.

Ibrahim berkata, kenyataan Tengku Razaleigh mengenai isu royalti minyak hanyalah menyentuh aspek moral tapi isu sebenar dalam soal tuntutan royalti itu adalah perundangan. "Sebab itu ia mesti selesai di mahkamah," katanya. - Mstar

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan dilayan sangat pas kelantan ni, mereka sekarang terdesak kerana keadaan ekonomi negeri yang tak stabil kerana masalah pentadbiran yang tidak cekap. Untuk mengabui mata rakyat kelantan, mereka membangkitkan semangat kenegerian supaya rakyat kelantan membenci kerajaan pusat dengan isu royalti minyak demi menjamin sokong rakyat tidak berubah.Dalam hal ini biarlah UMNO Kelantan yang menyelesaikannya, mereka yang bukan dari Kelantan janganlah ambil peduli. Kalau cakap pun bukan mereka faham bahasa kita selain dari bahasa kelantan. Untuk menyelamatkan rakyat kelantan yang miskin tegar, eloklah duit royalti diguna untuk keperluan mereka. Berikanlah peruntukan kepada mereka yang betul-betul memerlukan bantuan kerana ramai rakyat kelantan di kawasan pendalaman yang miskin. Sediakan dana seperti bantuan untuk pelajaran,kemudahan asas serpeti membaiki mesjid, surau,perubatan bagi mereka yang sakit dan sebagainy. Nak harapkan duit balak satu sen pun mereka tak merasa. Sekarang hutan semakin berkurang. Entahlah nasib rakyat bilalah mereka akan berubah.

Anak Lenggong berkata...

Sebenarnya isu ini sengaja ditimbulkan disebabkan memereka dah kekeringan isu untuk dijaja kepada penyokong mereka dan juga kebelakangan ini perkara ini diheboh2kan supaya rakyat dapat melupakan kekecohan yang berlaku dilakangan mereka..PAS..DAP dan PKR. Yang menjadi persaolannya:-

1. Isu Royalti dah lama berlaku iaitu dizaman Tun Abd razak lagi..kenapa didalam tempoh masa 20 tahun pemerintahan Tok Nik tu ..cuma sewaktu pilihanraya umum di Manik Urai baru ditimbulkan isu ni..dulu semua pemimpin Pas tu bangang ke ataupun buta tak melihat akan perkara ini.
2. Daripada mula kes ini dihebohkan (manik Urai) husam musa kata nak bawa kemahkamah ..tetapi sampai sekarang dok camtu je...bawak laa..
3. Kenapa perlu diparlimen baru2 ini anuar mencadangkan supaya jarak bagi tuntutan royalti itu diperluaskan..sebenar nya dia tau kelantan tak layak terima pun.
4. Bila Ibrahim ali nak bawa kes ini kemahkamah sepatutnya mereka menyetujuinya tetapi mereka menghalang dengan mengatakan ibrahim Ali tiada hak untuk membawa kes ini kemahkamah..bangang betul kalau tak reti nak bawak kes ni kemahkamah dan ada orang nak tolong ikut je laa...

Kesimpulannya..adalah isu ini sengaja di ujudkan bagi dicanang kepada rakyat disetiap ceramah mereka untuk mengatakan kerajaan zalim kepada kerajaan kelantan.

Kongsi Link Anda