Popular Today

Selasa, Mei 27, 2014

Jawapan Calon BN terhadap manifesto #BonekaDAP!!

0 Komen!!!

Jawapan yg tepat.. patut DAP bgtahu di Penang harga rumah paling mahal di Malaysia..

Jom ke hari terbuka Pelan suara hati johor

0 Komen!!!

Rakyat Johor di jemput hadir memberi  maklum balas di makmal pameran hari terbuka Pelan suara hati johor di Medini Mall Nusajaya pada 31  Mei 2014 yang akan dilancarkan oleh  YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin pada hari Sabtu, bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Ikuti peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi maklumat dan pelan strategik ke arah memacu transformasi pentadbiran kerajaan negeri Johor.

Pelan Suara hati Johor inisiatif menteri besar Johor adalah bagi merakyatkan Kerajaan , melestarikan pembangunan Pro Rakyat dan memperkasa muafakat Johor bertemakan kerajaan berteras pencapaian

Ayuh bersama melakar masa depan Johor

Aktiviti

1. Pameran Pelan Suara Hati Johor
1000 - 1800

i)Pameran Pelan Suara Hati Johor memaparkan inisiatif-inisiatif pro-rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Johor.

Memberi peluang kepada orang ramai  mengemukakan maklum balas ke atas langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran Negeri Johor disamping membangkitkan isu-isu utama rakyat untuk perhatian kerajaan negeri.

2. Pendaftaran secara online Rumah Mampu Milik Johor
1000 - 1800

3. Pendaftaran kerja secara online melalui Jobs Malaysia

Memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat pendaftaran online dan penyesuaian kerja.

4. Pendaftaran Duta Muafakat Johor

5.Sembang bersama EXCO

Sesi sembang DJ bersama setiap EXCO untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan.

6. EXCO bersama rakyat
1200 - 1400

EXCO berada di kawasan pameran bagi mendengar masalah dan mendapatkan cadangan rakyat.Pengunjung berpeluang bertemu dan barbincang bersama EXCO secara bersemuka.

Isnin, Mei 26, 2014

Polis dirempuh oleh kumpulan perompak

0 Komen!!!

p: , Lkpl169004 Mohd Azwan Akan bkahwin awal bln 6 ini..
URB KERIAN,IPK KERIAN PERAK
Mninggal lebih kurang 12 pagi td dan jenazah arwah masih msih tempat jejadian..
Semasa kejadian dlm tugas dan dilanggar  oleh suspek samun..laporan akn menyusur..
26/05/14 12.42PM sebuah kereta model toyota wish warna emas number plat WRU5308 tadi saja rompak kereta rokok di parit buntar.member-member sila perhatian.kalau nampak kereta ini sila laporkan.
Mengikut kejadian tersebut ang URB nama Wan telah mengejar kereta tersebut tp telah di kanggar kereta back up jenis honda ang tersebut telah meninggal dunia telah di langgar kumpulan tersebut.
Kejadian di Alor Pongsu.
WRV 5308 TOYOTA WISH SILVER

HONDA CIVIC WARNA BIRU NO X DPT

SASPEK SAMUN VAN ROKOK.
SASPEK  AGRESIF LANGGAR MOTOR URB.1 ANGGOTA MENINGGAL DILOKASI .LOKASI TERAKHIR DARI BGN SERAI MENGHALA ALOR PONGSU....GAGAL DIKESAN.
Info terkini kereta honda civic warna coklat...no plt W** 5227  /W**2557
bumper depan kiri ade kerosakan semasa langgar urb td.

polis yg meninggal owg kulai jhor..

takziah...al fatihah...

#BonekaDAP desprate nak menang PRK

0 Komen!!!

Boneka DAP ini dah terdesak sangat nak menang.. banyak kali dah menipu pengundi.. tu belum jadi Ahli Parlimen lg.. baru jadi calon jek.. 

Anwar tuduh pengadil piala thomas korup!!

0 Komen!!!

Ahad, Mei 25, 2014

Strategi DAP : RBA sebarkan berita palsu kemangkatan Sultan Perak

4 Komen!!!

Salam... Harap Maklum..
Berita tentang Kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah PALSU..
Telah disahkan oleh Pej Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak...
Baginda kini masih di rawat di IJN..

Sengaja disebar utk huru harakan jentera dan pemimpin yg ada di Teluk Intan. Cerita yg sama turut disebar dua minggu lepas lagi
Bilik no. 156.
Keadaan Tuanku stabil sekarang.

Doktor bertugas:

a) Dr Azahari Rosman;
b) Dato Dr Shahril;
c) Dato Dr Suraya;
d) Dato Dr Yap.

Kerabat Tuanku juga ada di IJN. Tq

Sabtu, Mei 24, 2014

Jadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami – Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di Instagram

0 Komen!!!
Jadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami   Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di Instagram
Tersentuh hati kami tatkala melihat luahan hati isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Dayana Lokman yang tulus mendoakan supaya hati dia dan madunya, Wan Sakinah akan tetap bersatu dalam melayari bahtera rumahtangga bersama.
Mana taknya, seluruh Malaysia tahu mengenai konflik yang melanda rumahtangga Ashraf apabila dia bertindak berkahwin dengan Wan Sakinah tanpa pengetahuan isterinya itu.
Namun, melalui laman sosial milik Dayana, dapat dilihat bahawa wanita itu kini semakin bahagia hidup berumahtangga bersama suami dan madunya.
Jadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami   Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di Instagram
Melalui caption yang ditulis, Dayana turut mendoakan supaya mereka berdua dapat menjadi isteri yang baik buat Ashraf serta ibu yang terbaik untuk anak mereka, Sarah Ashraf.
Dalam pada itu, peminat juga seakan-akan tersentuh dengan luahan hati Dayana dan turut mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Jadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami   Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di InstagramJadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami   Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di Instagram
Mungkin sejak kelahiran anak sulung keluarga ini, hubungan Dayana dan Wan Sakinah bertambah akrab. Buktinya, mereka kini semakin terbuka berkongsi foto bersama.
Malah, khabarnya Dayana dan Sakinah turut menjaga anak mereka bersama-sama. Kalau nak tahu, beberapa hari lalu, Sakinah turut memuat naik foto yang dikirim oleh Dayana sewaktu mengikuti perkhemahan di Raub, Pahang.
Kedua-dua wanita ini wajar dipuji. Maklum sajalah, hidup berpoligami tidak semestinya tak bahagia? Ashraf sendiri sudah membuktikan mereka mampu bahagia bersama dan saling menyayangi antara satu sama lain.
Apapun, kami doakan semoga kebahagiaan Ashraf sekeluarga akan kekal hingga ke akhir hayat dan mereka saling menyokong serta membantu sesama sendiri.

Sumber : Oh Bulan

Infografik: Fakta menarik mengenai pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi

0 Komen!!!

Pasangan panda dari negara China, Fu Wa dan Feng Yi dari Chengdu, China telah diterbangkan ke Malaysia untuk dipinjamkan selama 10 tahun.

Dalam tempoh tersebut, Malaysia akan membayar sekitar RM3 juta kepada China untuk penjagaan haiwan tersebut.

Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.

Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai haiwan dilindungi dan semakin pupus di dunia itu.


Rhys Ifans

Kongsi Link Anda