Popular Today

Sabtu, Mei 24, 2014

Jadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami – Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di Instagram

Jadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami   Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di Instagram
Tersentuh hati kami tatkala melihat luahan hati isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Dayana Lokman yang tulus mendoakan supaya hati dia dan madunya, Wan Sakinah akan tetap bersatu dalam melayari bahtera rumahtangga bersama.
Mana taknya, seluruh Malaysia tahu mengenai konflik yang melanda rumahtangga Ashraf apabila dia bertindak berkahwin dengan Wan Sakinah tanpa pengetahuan isterinya itu.
Namun, melalui laman sosial milik Dayana, dapat dilihat bahawa wanita itu kini semakin bahagia hidup berumahtangga bersama suami dan madunya.
Jadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami   Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di Instagram
Melalui caption yang ditulis, Dayana turut mendoakan supaya mereka berdua dapat menjadi isteri yang baik buat Ashraf serta ibu yang terbaik untuk anak mereka, Sarah Ashraf.
Dalam pada itu, peminat juga seakan-akan tersentuh dengan luahan hati Dayana dan turut mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Jadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami   Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di InstagramJadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami   Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di Instagram
Mungkin sejak kelahiran anak sulung keluarga ini, hubungan Dayana dan Wan Sakinah bertambah akrab. Buktinya, mereka kini semakin terbuka berkongsi foto bersama.
Malah, khabarnya Dayana dan Sakinah turut menjaga anak mereka bersama-sama. Kalau nak tahu, beberapa hari lalu, Sakinah turut memuat naik foto yang dikirim oleh Dayana sewaktu mengikuti perkhemahan di Raub, Pahang.
Kedua-dua wanita ini wajar dipuji. Maklum sajalah, hidup berpoligami tidak semestinya tak bahagia? Ashraf sendiri sudah membuktikan mereka mampu bahagia bersama dan saling menyayangi antara satu sama lain.
Apapun, kami doakan semoga kebahagiaan Ashraf sekeluarga akan kekal hingga ke akhir hayat dan mereka saling menyokong serta membantu sesama sendiri.

Sumber : Oh Bulan

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda