Popular Today

Khamis, September 18, 2014

Anwar pengkhianat rakyat Selangor!!

4 Komen!!!

Rata-rata rakyat Selangor bersetuju krisis politik di Selangor ketika ini adalah berpunca daripada angkara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata hasil kaji selidik pihaknya di 20 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, seramai 2,138 responden berpendapat pilihan raya kecil DUN Kajang pada Mac lepas, yang sengaja dicetuskan PKR, adalah punca berlakunya krisis itu.

"Melalui kaji selidik responden di beberapa kawasan DUN termasuk di Semenyih, Damansara dan Sekinchan, sebanyak 44.5 peratus bersetuju bahawa Anwar mewujudkan satu keadaan iaitu menukar menteri besar Selangor melalui pilihan raya kecil Kajang atau 'Langkah Kajang'.

"Bermula dengan Langkah Kajang, beliau digambarkan mempunyai kecenderungan untuk melebarkan kuasanya dengan meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dengan cukup mudah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum 'Kemelut Politik Selangor: Angkara Siapa?' anjuran Majlis Perundingan Melayu di Shah Alam, hari ini.

Ismail yang juga pensyarah kanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, berkata selain Anwar, responden turut menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut politik itu.

Beliau berkata rakyat Selangor berpendapat tindakan Abdul Hadi, yang sentiasa berdolak-dalik dalam membuat keputusan berhubung calon menteri besar baharu, menyebabkan kemelut tersebut berpanjangan.

"Hasil kaji selidik menunjukkan sebanyak 17.9 peratus reponden mengakui tindakan Abdul Hadi yang lemah dalam membuat keputusan menyebabkan krisis ini berlaku, manakala 15.2 peratus bersetuju Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail patut dipersalahkan sementara selebihnya berpendapat Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) sebagai punca," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kemelut pertukaran menteri besar Selangor, Ismail berpendapat percaturan yang dibuat PKR untuk menukar menteri besar pada ketika ini adalah tidak tepat.

Beliau berkata sekiranya Abdul Khalid dianggap lemah oleh PKR dalam menerajui Selangor, Abdul Khalid sepatutnya tidak dicalonkan menduduki kerusi menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.

"PKR sendiri mendakwa Abdul Khalid lemah. Kalau Abdul Khalid lemah, kenapa calonkan beliau sebagai menteri dan Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang.

"Apa yang saya lihat, kaedah yang digunakan Anwar dan PKR untuk menukar menteri besar pada waktu ini adalah tindakan yang tidak tepat," katanya.

- Bernama

Video Panas !! Skandal PAS dengan PR

0 Komen!!!



Pengkalan Kubor!! 

Video Panas : Mat Sabu rindukan Dyana.. :) #PengkalanKubor

0 Komen!!!


Di manakah abe Mat.. Dyana merindukannya... 

PRK Pengkalan Kubor

Panas!! Gambar Flashmob sokong ulama #muktamarPas2014

0 Komen!!!

Hahahah.. biasanya flash mob puak2 PR ni tentang isu GST dan sebagainya..

Tapi kali ni flashmob tentang sokong ulama.. nampknya macam dah terdesak sgt puak ulama dalam PAS..

Dan yg lebih kelakar flash mob ni tak sampai 10 org.. kena ketawa je dengan puak anwarinas..

Panas!! Live band di Muktamar Pas 2014

2 Komen!!!

Pas mmg dah berubah.. kalau dahulu mereka akan berikan ceramah agama dan forum perdana..

Tapi sekarang mereka berikan golongan hiburan..

Islam yang mereka pegang telah semakin longgar!!

Rabu, September 17, 2014

Pemimpin PR akan pulau ucapan Hadi Awang

0 Komen!!!



Berita baik untuk Hadi, ucapan dasarnya esok tidak akan dipulaukan kumpulan Erdogan.

Beginilah taraf seorang presiden dan ulama dalam PAS..

Ulama tidak lagi dihormati.. betul kata Harun Din ada agenda lain yang mahu musnahkan doktrin ulama dalam PAS..

 
 
Perpecahan dalam PAS semakin terserlah.. Agenda Anwar dalam PAS semakin berjaya.. PAS kini bukan lagi yang dahulu.. dulu mereka mahu nafikan.. namun kali ini telah semakin jelas..
 

Gambar diatas menunjukkan betapa rendahnya taraf ulama dalam PAS.. sehingga timbalan Presiden PAS pun menyuruh ulama PAS ini berubah.. siapa?? ulama!!


Wan Azizah masih ditolak sebagai MB - ulama Pas

0 Komen!!!


Dewan Ulama ‎PAS menegaskan masih mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kerana percaya beliau tidak bersalah atas tuduhan dilemparkan kepada bekas ahli politik PKR itu.

Dr Wan Azizah tidak sesuai menjadi menteri besar, menegaskan "Langkah Kajang" untuk meletakkan beliau mengikut perundangan membazirkan duit rakyat.‎ 

Nasib lah ko Wan Azizah.. sebenarnya kalau Dewan Ulama tak cakap pun.. Ko memang tak layak jadi MB... ko jadi MB atas faktor Anwar sahaja.. bukan kelayakan ko...

Harun Din : Apa yang berlaku di selangor adalah salah PKR #MuktamarPAS2014

0 Komen!!!


Tuan Guru Harun Din sekali lagi mengulangi pendirian beliau mengenai hubungan PAS dengan parti PR yang lain.

Bagi beliau hubungan Pas dan pakatan Rakyat adalah satu hubungan yang biasa. Umpama sebuah perkahwinan..ia berdasarkan satu persefahaman. Selagi dalam persefahaman n menghormati satu sama lain, perkahwinan adalah sangat relevan. Namun jika persefahaman tiada, malah dah mula menimbulkan keraguan. Maka tidak salah perpisahan / perceraian berlaku.

Beliau turut berkata dalam kes MB selangor, terdapat ketidak sefahaman. Malah hilang rasa hormat menghormati antara komponen PR.  Bahkan Apa yang berlaku di selangor adalah salah PKR dan tindakan itu tidak betul.

nampaknya semakin jelas pendirian dewan Ulama PAS ini.. Satu pendirian yang konsisten dengan mementingkan agama berbanding hubungan dalam PR.

Namun pendirian ini tidak selari dengan ahli PAS yang lain yang takut hilang kuasa jika tidak bersama PR..


Kongsi Link Anda