Popular Today

Rabu, April 23, 2008

MPF: Mr Karpal-si Dinosaur Celupar

Apr 23, 08 3:11pm (Malaysia Kini)

Malang jika seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat begitu mudah terpengaruh dengan laporan akhbar arus perdana sehingga melatah menggesa PAS menggugurkan agenda negara Islam, kata Forum Profesional Muslim (MPF).

"Pemimpin de facto Pakatan Rakyat dan majlis perundingan Pakatan mesti mengekang dinosaur yang sering pula 'celupar' dan pendek akal sehingga gagal membezakan fakta dan cereka," kata pengerusi badan itu Dr. Mazeni Alwi.



Beliau mengulas gesaan pengerusi DAP Karpal Singh semalam agar PAS menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi parti itu untuk meneruskan agendanya tersebut dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan, PKR dan DAP.

"Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

"Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat," kata Karpal lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr. Mazeni berkata sesiapa yang mengikuti perkembangan politik Malaysia kini mengenali Dr Dzulkifly sebagai seorang tokoh PAS yang menjunjung politik Islam yang serasi dengan prinsip-prinsip asas demokrasi, tadbir urus yang baik dan menghormati kebebasan asas.

Karpal mengulas laporan kenyataan pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu sewaktu mendiskusikan buku Dr Abdelwahab Al-Affendi, Who Needs an Islamic State hujung minggu lalu anjuran MPF.

Dalam diskusi itu, tambah Dr Mazeni lagi, Dr Dzulkifly berkata "kalaulah saya pengarang buku ini."

Karya penulis Sudan itu membahaskan konsep politik Islam yang berbeza daripada negara teokratik yang ditakuti Karpal, kata Dr Mazeni, kepada politik Islam yang menghargai nilai-nilai yang sejajar dengan demokrasi.

"Beliau (Dr Dzulkifly) sebenarnya memainkan peranan penting mencipta semula (imej) PAS dan menyediakan manifesto (negara kebajikan) dalam pilihanraya umum ke-12 yang jelas sekali mendukung semangat politik seumpama itu," tambahnya.

--------------------------------------------------------------------------------

Nampaknya PAS dah mula membalas hujah Mr Karpal-si Dinosaur Celupar, sebenarnya memang jelas bahawa DAP umpama utara dan selatan, tidak mungkin akan bersatu dari segi idealoginya. DAP dengan negara sekularnya dan pas dengan negara Islamnya.

Persoalannya sejauh mana, khawin kontrak mereka berterusan dan hidup dengan bertikam lidah. Bila agaknya nak minta fasakh?... atau nak istihar nusyuz sahaja...

Jadi sekarang kita nak dengar sendiri dari mulut orang No 1 PAS, Tuan Presiden... Penyokong PAS dan rakyat pun sedang menunggu pendirian PAS... ada berani ke?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya PAS macam cacing kepanasan asyik di baham Dinosaur Celupar ni...

Tanpa Nama berkata...

Sila ambil perhatian!!!! PERLUKAN PERKATAAN BARU UTK BUKU YG BERJADUAL -WHAT MR KARPAL DOING - BANDUD (CLOWN- contribute by Tun, TQ Tun). PELAWAK ( Joker by MOST Malaysian and mukris of cause). PENIPU. BONGKAK. SOMBONG BODOH. BAGAL. PEBERONTAK. PEDEMDAM.LUPA DARATAN.TERLAJAK PANDAI. BELAGAK.BANGAP. SONGOS.
PEYAKIT. NYANUK. PENCELARU. PENGACAU. PEMERAS UGUT. PENDERHAKA. KURANG AJAR. BIADAP. PEROSAK.BAHALUL. (Sila sambung......

Ah Kau said...

KALAU KITA NAK TAMBAH BENGALI OK Tak

Amen said...

SORRY APEK!! Tu BoDOH puya olang KARPAL SULAH KASI cakap....dia bukan bengali....TAPI TAK PA, PASAL SAYA SUKA LU PUNYA SEPUPU, JACKIE CHAN..Gua KASI APPROVED........EDIT SIKIT..MEMGALI BUKIT!! >> New words.....PEROSAK. BAHALUL.diikuti MEMGALI BUKIT. TQ

Kongsi Link Anda