Popular Today

Selasa, Mei 06, 2008

Hanya bertanggungjawab...

Laporan akhbar hari ini menyebut bahawa Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini dihadap di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.

Raja Petra minta dibicarakan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan dan Raja Petra dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000.

Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin enggan membayar ikat jamin RM5,000 yang mengakibatkan beliau dipenjarakan di Sungai Buloh sehingga tarikh kesnya bermula.

Tindakan beliau yang memlih untuk tidak membayar ikat jamin sebanyak RM 5000 sebenarnya bukanlah satu kejutan kerana tindakan hero seperti ini telah lama dilakukan oleh kebanyakan tokoh parti pembangkang seperti Mahfuz Omar satu masa dahulu.

Tindakan raja Petra juga tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan poltik sebab itu sebagaimana di laporkan Harakah Daily, turut hadir ialah pemimpin Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ronnie Liu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta beberapa orang pengendali blog.

Dan kehadiran ramai tokoh pembangkang ini memang jelas menunjukkan bahawa pembangkang merupakan orang penting di belakang Raja Petra.

Sebagai seorang penulis blog terkenal tidak bermaksud mereka lepas dari tanggungjawab. Namun apa yang membezakan penulis blog ini dan kerajaan ialah mereka tidak ada tanggungjawab terhadap rakyat tetapi kerajaan ada. Kerajaan bertanggungjawab jika rakyat berada di dalam susah, sakit, lapar dan sengsara kerana kerajaan ini kerajaan yang bertanggungjawab.

Apa yang perlu diingat bahawa semua orang perlu bertanggung apa yang dibuatnya sendiri samada dituliskan, dicakapkan dilakonkan dan sebagainya. Negara ini mempunyai undang-undang, dan kini Suruhanjaya kehakiman juga telah ditubuhkan biarlah undang-undang mengadili. Jika sabit bersalah ataupun sebaliknya biarkan undang-undang menjalankan kewajipannya.

Hanya bertanggungjawab- hsy

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju. RPK atau penyokongnya tidak perlu melenting memarahi kerajaan jika mereka berada dipihak yang benar. Dia harus bertanggungjawab atas apa yang dia tulis dan buktikannya di mahkamah.

Tulisan RPK umpama satu aset penting bagi pembangkang. Ya, tindakan RPK untuk tidak membayar bail merupakan satu tindakan yang berjaya memancing perhatian seterusnya menjadikan dia hero.

Tidak kurang juga personaliti-personaliti pembangkang yang tampil membela beliau, mereka juga berjaya mencuri perhatian, meraih simpati dan menjadikan mereka seolah-olah pejuang pengendali blogger. Itu semua elemem politik semata-mata.

Kongsi Link Anda