Popular Today

Sabtu, Mei 10, 2008

Harga minyak lepasi AS$125 setong

BANGKOK 9 Mei - Harga minyak mentah dunia terus melonjak hari ini melepasi paras AS$125 (RM395.56) setong berikutan momentum pasaran yang meningkat dan kenaikan komoditi akibat kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, penganalisis gagal memberi penjelasan terhadap harga minyak pada pasaran hadapan setelah simpanan minyak mentah di AS dilaporkan berlebihan berbanding apa yang dijangkakan kelmarin.

Sesetengah penganalisis menyifatkan kekurangan inventori minyak termasuk diesel dan minyak yang digunakan untuk tujuan pemanasan meningkatkan harga ketika musim sejuk di hemisfera utara tetapi lebih mendorong kepada spekulasi dan momentum untuk mengekalkan harga yang tinggi.

Sementara itu, harga minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet untuk bulan Jun naik AS$0.78 (RM2.50) kepada AS$124.47 (RM397.10) setong semasa didagangkan pada New York Mercantile Exchange di Singapura, tengah hari ini.

Kontrak hadapan semalam mencatatkan rekod apabila naik pada paras AS$123.69 (RM394.57) setong dan terus meningkat pada paras AS$125.12 (RM399.13) setong.

Penganalisis dari Goldman Sachs baru-baru ini meramalkan harga minyak akan melonjak dari paras AS$150 (RM478.5) hingga AS$200 (RM638) setong dalam tempoh dua tahun lagi.

Selain itu, mereka (penganalisis) percaya bahawa bekalan minyak global yang ketat dan permintaan yang tinggi daripada negara-negara yang mana ekonomi berkembang pesat seperti China dan India juga merupakan salah satu faktor kenaikan harga minyak mentah.

Kenaikan harga turut berlaku akibat kelemahan dolar AS berbanding mata wang lain seperti euro dan yen.

Para pelabur berpendapat bahawa komoditi seperti minyak sebagai tekanan terhadap inflasi dan kelemahan dolar menyebabkan harga minyak lebih murah kepada pelabur asing.

Semalam, kenaikan juga didorong oleh komen yang diberi oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC), Abdalla Salem El-Badri bahawa bekalan minyak mencukupi dan kartel itu tidak perlu meningkatkan pengeluaran.

Beliau berkata, walaupun beberapa projek OPEC akan dilaksanakan tetapi pertubuhan itu menghadapi masalah mencari pembeli untuk menampung bekalan

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda