Popular Today

Selasa, November 18, 2008

Sepatutnya "saya duduk politik yang gunakan Islam"

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Nik Abdul Aziz berkata beliau menyifatkan perjuangan sesuatu parti terhadap satu bangsa tanpa mementingkan agama boleh membawa kepada satu kesan yang tidak sihat dan tidak berkekalan.

"Sebab itu saya masuk parti Islam, yang memperjuangkan agama kerana ianya tidak akan kehabisan. Matlamat perjuangannya sentiasa ada iaitu demi agama tanpa mengira kepentingan bangsa pun.

"Saya tidak duduk dalam politik yang gunakan Melayu, tetapi saya duduk dalam gerakan Islam,"

Kata Aspirasi: Nilai Islam ialah nilai yang universal. Tetapi nilai PAS yang tidak Universal sebab PAS menganggap siapa yang bukan PAS dianggap sebagai tidak Islam dengan kata lain sebagai kafir. Sepatutnya Nik Aziz kata "Saya tidak duduk dalam politik yang gunakan Melayu, tetapi saya duduk politik yang gunakan Islam" itu yang lebih tepat. Sebab itu yang PAS buat selama ini hanya menggunakan hukum dan ayat al-Quran sesukahati, hari ini haram, esok halal. Hari ini tidak boleh berkawan bersama orang kafir tetapi kemudiannya boleh.

Bagi orang Kelantan pula, mungkin tidak kisah jika yang memerintah bukan dari kalangan Melayu dan Islam dan patut dilaksanakan pada Pilihanraya Umum ke-13. Rakyat mahukan tindakan bukan cakap semata-mata.. Bukan ke bengong jika majoriti rakyat adalah kaum Melayu tetapi hendak memberi pemerintahan kepada bukan Melayu. Lekeh sangat ke Melayu Islam ini....

Namun PAS hanya berani dengan UMNO sahaja tetapi dengan DAP penakut....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS SEKONGKOL DAP HAPUS KETUANAN MELAYU

19.11.2008

Kepimpinan Melayu Islam akan dihapuskan oleh orang bernama Nik Aziz Nik Mat.Ketuanan Melayu dianggap tidak ada dalam al quran.

Siapa orang Melayu ni? Mereka adalah orang Islam. Adakah Nik Aziz mahu beri jawatan Perdana Menteri kepada bangsa lain sedangkan orang Melayu adalah majoriti rakyat di negara ini.
Nik Aziz juga menggambarkan, parti politik selain daripada PAS seolah-olahnya tidak memperjuangkan Islam.

Bagaimana perasaan ahli-ahli PKR? Nik Aziz jelas mahu beri jawatan ini kepada bangsa lain. seolah-olahnya orang Melayu tidak jadi PM tidak apa, namun yang penting baginya parti kuat (UMNO) tumbang.

PAS hanya berani ganyang UMNO sahaja tetapi bersekongkol dan takut dengan DAP. Yes Bos (DAP) ! kata orang PAS.

Aspirasi berkata...

Setuju 200% dengan waris pahang....

Kongsi Link Anda